Sempena cuti deepavali dan cuti awal Muharam, CM mengambil kesempatan untuk pergi bercuti di Port Dickson. Percutian ni di panggil Percutian bajet kerana CM pergi hanya sehari sahaja dan menginap di hotel bajet. Nak kata bajet pun tak la jugak sebab RM110 jugak satu malam menginap kat hotel tu. Hotel yang CM tempah melalui agoda tu ialah hotel Sea Front Hotel. Hotel ni dekat dekat dengan pantai Tanjung Gemok. CM rasa menyesal tempah hotel ni kerana ia agak jauh dengan pantai Telok Kemang, Port Dickson. Lebih kurang 13 KM jugak la nak sampai ke pantai itu. Huhuhu. Tapi hotel dah tempah, walau bagaimanapun terpaksa la meneruskan penginapan dan percutian bajet kali ni. Lain kali jika ada rezeki nak buat percutian mewah sikit, baru seronok bercutikan. Pergi kat Port Dickson pun sebab Mak Mertua yang nak pergi pantai sebab tu permintaan dia sebelum balik kampung. Lagipun 2 minggu lagi kami nak pergi sabah lak, kesian lak sebab tak bawak mak mertua pergi sebabnya tiket dah lama dah tempah. Sebab tu kami bawak dia pergi ke Port Dickson. Masa waktu tengahari kat sana kami sempat makan kat kedai koboi tu kat jalan nak pergi Telok Kemang tu. Kami makan nasi ayam panggang. Rasanya tak la sedap pun tapi suasana koboi tu yang menarik. Saja nak ambik mood untuk dinner nanti. :)
Percutian kali ni agak seronok walau kami berempat jer pergi. Sebabnya CM suka tengok adieb dapat bermain dengan seronoknya kat sana. Kalau sebelum ni dok terperap jer kat dalam rumah tak pergi mana2. Jarang2 sekali kena bawak keluar pergi main air laut bukan main gembira lagi la adieb. :). Berjam2 berendam dalam air laut, dari air belum pasang sehinggalah air pasang. Bila malam pulak CM bawa adieb pergi main fun fair. Kebetulan kat Telok Kemang ada Fun Fair. Seronok la adieb dapat naik kereta api sampai tak nak turun dah. 2 kali naik plak tum sehinggalah kena paksa adieb turun kalau tak pokai jawabnya duduk situ lama2. Huhu. Lepas main sana kami pergi makan lak kat kedai nasreen tomyam. CM makan tomyam susu jer manakala wife lak bungkus kue tiaw ladna. Kedai tu ramai orang tapi makanan dia tak la best sangat, biasa jer. Cuma yang menariknya orang pergi makan kat situ ialah kedainya besar, dan menarik perhatian orang yang nak ke Telok Kemang. Lepas makan kami balik hotel untuk rehat dan tido.
Keesokan pula sempena 1 Muharam, kami bersiap la nak pulang. Sebelum pulang tu wife lak ajak sarapan kat kedai di kawasan hotel tu Sarapan la kejap. CM makan bakso manakala wife makan nasi lemak ayam. Adieb tinggal kat hotel dengan tok dia. Sebabnya mak mertua puasa hari tu sempena awal muharam. Masa balik kami singgah kejap kat Nilai 3. Jumpa kawan sekolah lama iaitu Ima yang meniaga kat situ. Banyak la barang yang dia beli untuk adieb. Rasa serba salah la pulak. Dia bagi jam, baju jersi, selipar dan belanja Marry Brown lagi. Huhuhu. Masa kat sana CM sempat beli beberapa barang untuk dinner nanti. :) harap2 berbaloi la nanti untum tema koboi. Selepas beli apa yang patut kami pun bertolak pulang. Walaupun percutian bajet, kos kesana dikira agak mewah jugak la time2 gaji tak masuk lagi ni. Huhuhu.
1 Komen:
That іs a гealⅼy gօod tip particularⅼy to those new to the blogosphere.
Brief but very preciѕe info… Thank үou for sharing this one.
A must read article!
see : Here’ѕ How Тo Password Protect Folder Like А Professional
Post a Comment