Wednesday, April 9, 2014
Lambaian Kasih, Sanjungan Budi
Cara simpan fail dalam gajet
Namun, bagaimana jika peranti anda hilang, rosak dan sebagainya? Habis segala-galanya hilang begitu saja jika tiada salinan lain atau backup.
Oleh itu, anda memerlukan ‘rakan’ backup untuk menyimpan fail dan tidak bergantung kepada hanya satu-satunya kaedah lama dengan menggunakan khidmat setoran ‘online’ yang menyimpan fail secara maya dalam ‘cloud’
Wednesday, April 2, 2014
Bersabarlah
Disaat apa yang kita impikan begitu dekat
Dan telah Allah letakkan di atas telapak tangan
Sungguh hanya dengan kehendak Allah jua lah
Jari-jari kita dikuatkan untuk kemudian menggenggamnya
Sungguh hanya Dialah yang akan memberi kita
Kemampuan untuk kemudian memeluknya erat
Jika mungkin hari ini
Allah meletakkan semua apa yang kita impikan
Diatas telapak tangan kita
Untuk sekedar menguji keikhlasan
Bersabarlah …
Bersabarlah
Hingga akhirnya ia akan menggantinya
Dengan yang terbaik
Dan menguatkan kita
Untuk benar-benar menggenggam dan merengkuhnya
Kerana ia memang Allah berikan untuk kita
Bersabarlah ….
Jika waktunya telah tepat
Sungguh apa yang Allah tetapkan untuk kita
Tak akan pernah tertukar
Affan Tomyam & western food
Monday, March 31, 2014
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

"Sedangkan lidah lagi tergigit..
apa pula suami isteri.."
Usahlah terus bermusuhan...
Kenanglah semula detik indah bersama..

Sekurang-kurangnya kita pernah makan bersama-sama~

Sekurang-kurangnya kita pernah minum bersama-sama~

Sekurang-kurangnya kita pernah luangkan masa bersama-sama~
Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak terkendali
Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang
>..........................................................................................<

dan petiklah bunga itu sebelum datang musim gugur ..:
"Kebahagiaan orang beriman adalah dengan mencintai Allah.
Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu
yang dalam. Hanya mereka yang sungguh-sungguh berimanlah yang dapat
merasakannya. Dan, perasaan itu tidak boleh digantikan."
Friday, March 28, 2014
ABC special terbaik
ABC terbaik yang CM pernah makan. Marvellous betul. Kalau ada masa lapang dan teringin nk makan abc kat seksyen 2, Shah Alam ada jawapannya. Tengok la gambar dibawah ni. Mana tak terliur sape yang melihatnya. Dah banyak kali dah pergi makan nih dan kalau datang sini kat medan selera mesti CM akan order ABC special. Specialnya abc ni ada aiskrim dan anggur. Sape2 yang rasa teringin nak makan abc special ni silalah ke medan selera seksyen 2 Shah Alam sebelah UiTM tu jer. Terbaikk la ABC kat sini. Hehehe... ada kawan CM tu bila CM pos kat group what's up, meleleh air liur dia sampai x sabar nak g makan. Hahaha.. ok jom ramai2 makan ABC special kat seksyen 2 Shah Alam. Lepas makan leh lepak kat Taman Tasik Shah Alam sambil cuci mata yer hahaha.
Sizzling yee mee
Kalau pergi ke tesco x sah kalau x mkn benda nih iaitu sizzling. Favourite CM nih. Pertama kali makan dulu lupa dah tahun bila. Tapi bila dah start makan benda ni jadi sedap pulak. Mula2 takut gak nak cuba dulu tapi sekarang menu wajib order kalau pergi ke tesco. Kat bawah ni sizzling yang Cm order masa gi kat tesco semalam manakala chicken chop tu wife CM order tapi CM kena habiskan. Adieb lak makan nasi air ani sup utara ada kat tesco. Air wajib lak tembikai manakala wife CM order air nenas. Bestttt :)
Wednesday, March 26, 2014
Cendol Bakar Taman Melati MRR2
Wednesday, March 19, 2014
Menjadi diriku
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekukurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku
terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki
Wednesday, March 12, 2014
Macam Popeye
Ahli bina badan di Brazil meletakkan diri mereka dalam bahaya apabila menyuntik diri mereka dengan alkohol dan bahan kimia yang boleh membawa maut semata-mata untuk membesarkan otot.
Arlindo de Souza mempunyai otot lengan berukuran 73 sentimeter - yang terbesar di Brazil- selepas mengambil suntikan berkenaan yang menyebabkan otot badan kelihatan bengkak seperti karakter kartun Popeye.
Namun, dia sendiri mengakui tindakannya memberi kesan berbahaya kepada dirinya.
Di antara mereka yang menggunakan kaedah itu, ada yang terpaksa dipotong lengannya akibat jangkitan, tidak kurang juga yang meninggal dunia.
Logo atau lencana SKKJ2
Monday, March 10, 2014
Pray For MH370
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, tiada Tuhan selain Allah dengan kekuasaan-Mu, tiada Tuhan selain Allah dengan hak-Mu, dengan kemuliaan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi; ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami hamba yang lemah lagi hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah permohonan kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engakau tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali kesemua penumpang dan Anak kapal Pesawat MH 370 dalam keadaan yang selamat..
Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa-doa kami ini, ya Allah. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya, ya Allah. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya, ya Allah. Bantulah kami ya Allah. Redhailah kami Ya Allah, Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
#PrayForMH370
Tuesday, March 4, 2014
Tak perlu sebab untuk sayang seseorang ;)
Fitnah gaya moden lagi dahsyat!

http://harus-redha.blogspot.com
Rahsia Hati Tak Siapa Tahu

"Hidup tak akan menghargai kalau kita tak rasa kehilangan"
Jom hargai orang lain ;)
Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.
Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.
Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.
Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.
Sahabat kerana Allah
Antara permata dan batu
Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :)
Ikhlas ker dia maafkan kita?

Adieb is two dah
Monday, March 3, 2014
Baru dapat idea
Saturday, March 1, 2014
Dah mtk izin kambing katanya...






























