Saturday, July 21, 2012

Anugerah Pemenang Rumah Paling Semak Dan Kotor Di Dunia

Macam manalah seorang manusia boleh tinggal di rumah dan bilik paling semak dan kotor ini. Kalau macam ini bilik-bilik mereka ini boleh dah tidak boleh digelar bilik dan rumah lebih sesuai jika dipanggil tong sampah anda semua tengok lah sendiri bertapa semak dan kotornya rumah mereka ini.

Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur

Gadis ‘Ghaib’ SMS Dari Dalam Kubur
JERTIH: ”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.
Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.
Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.
“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita

Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita
Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita
Ini jam lu orang jangan berotak kuning sangat boleh tak? Gua nak berkongsi sedikit info tentang ‘Kote Mamak’ ni je. Sejenis tumbuhan atau buah ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai ‘Samanea Saman’. Orang Perlis memanggilnya sebagai ‘Buah Kote Mamak’. Jangan salah faham.
Tumbuhan atau buah ini, diburu kerana kaya dengan khasiat semulajadi. Ia dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis.
Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita
Walaupun nama yang digelarkan terhadapnya agak kurang sopan, tetapi khasiatnya tu yang penting. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.
Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita
Buah ini dikatakan berasal dari Kepulauan India . Di Malaysia , ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. – myinfo101.com

Koleksi Lagu-Lagu Religi Sempena Bulan Ramadhan FULL ALBUM





Tracklists:

Ae-Man - Lafaz Niat Puasa.mp3
Ae-man - Ramadhan Bulan Puasa.mp3
Amir - Iktibar Ramadhan.mp3
Diari Ramadhan Rafique.mp3
Hijjaz - Nasihat Ramadhan.mp3
Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat.mp3
Jalil Hamid - alkisah bulan puasa.mp3
Munif - Amalan Ramadhan.mp3
Nadamurni - Ahlan Wasahlan.mp3
Nadamurni - Hakikat Puasa.mp3
Nadamurni - Nasihat Ramadhan.mp3
Nadamurni - Pengisian Ramadhan.mp3
Nakkal & Yasin - Ku Cuba Puasa.mp3
Nasyid Arab - Ramadhan.mp3
Radja - Malam 1000 Bulan.mp3
Raihan - Harapan ramadhan.mp3
Raihan - Iktibar Ramadhan.mp3
Raihan - Lailatul Qadar.mp3
Raihan - Mulianya Ramadhan.mp3
Raihan - Puasa Dulu Baru Raya.mp3
Ramadhan.mp3
Saujana, Saff One & Amar - Bulan Ramadhan.mp3
Soutus Sofwa - Puasa.mp3
The Zikr - Ramadhan 2 Zaman.mp3



~:: DOWNLOAD ::~
MEDIAFIRE | JUMBOFILES| HULKSHARE | HOTFILE | ZIPPYSHARE | SHARPFILE | UPTOBOX
sumber : teammuzik.blogspot.com

MP3 AL-Quran 114 Surah oleh Sheikh Abdulrahman Alsudaes

Sheikh Abdulrahman Alsudaes - Imam Mekah, Arab Saudi.
 klik link dibawah untuk download
 http://www.mediafire.com/?c46yhrldpe73kmd.

Saturday, July 14, 2012

Amuk: Pengakuan suami Muhdalina - Bahagian II

14 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai. Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Muhdalina seperti dipukau

Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa
ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi  tidak sempat.

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.

Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.

Langkah ke Putrajaya

Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak  polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.

Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk

Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?


Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya...saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya...anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini
memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.

Wang kertas baru Isnin ini

Beberapa contoh siri wang kertas baru yang mula diedarkan Isnin ini.
KUALA LUMPUR 12 Julai - Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.
“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.
Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.
Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai.

Thursday, July 12, 2012

5 juta bayi tabung uji lahir sejak 1978


5 juta bayi tabung uji lahir sejak 1978
Keratan akhbar yang membawa berita kelahiran bayi tabung uji pertama, Louise Joy Brown pada 25 Julai 1978.
LONDON – Satu hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan pakar kesuburan mengumumkan lima juta bayi tabung uji telah dilahirkan di seluruh dunia sejak Julai 1978.

Perwakilan turut memuji ia sebagai peristiwa yang luar biasa bagi rawatan kesuburan.

Bayi tabung uji pertama, Louise Brown yang dilahirkan di United Kingdom (UK) pada Julai 1978 manakala ibunya Leslie Brown meninggal dunia bulan lepas.

Walau bagaimanapu, perwakilan semasa bersidang di Turki, memberi amaran pasangan yang tidak menggunakan rawatan kesuburan sebagai satu insurans polisi sekiranya mereka melambatkan proses untuk menjadi ibu bapa.

Jawatankuasa Antarabangsa Bantuan Pemantauan Reproduktif Teknologi (Icmart) membentangkan data terkini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang subur dalam persidangan Persatuan Eropah Pembiakan Manusia dan Embriologi.

Ia berkata angka rasmi hingga tahun 2008, ditambah dengan tiga tahun seterusnya meletakkan jumlah bayi yang dilahirkan melalui teknik tabung uji seramai 5,000,000.

Dipetik BBC hari ini, Pengerusi Icmasrt, Dr David Adamson berkata teknologi ini berkesan bagi merawat masalah kesuburan bagi berjuta-juta ibu bapa dan ramai bayi yang dilahirkan melalui teknik itu.

“Teknologi ini turut berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lalu bagi meningkatkan kadar kehamilan,” katanya.

Tambah beliau, kira-kira 1.5 juta kitaran IVF dan teknik yang sama dilakukan setiap tahun dan menghasilkan sebanyak 350,000 kelahiran bayi.

Menurut Pengarah dan Perunding pakar sakit puan IVF, di Hospital Hammersmith, berkata: “IVF kini sebahagian daripada kehidupan, jadi pasangan tidak seharusnya malu untuk menjalani proses ini.”

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang besar ini membantu dalam kadar pembiakan manusia bukan menggalakkan pasangan untuk menangguhkan masa untuk mempunyai cahaya mata sendiri.

“Jika mereka melambatkan proses untuk mendapat anak sendiri, mereka akan melihat teknik IVF ini sebagai salah satu polisi insurans kerana mereka boleh menggunakan teknik ini bila-bila masa saja,” tambahnya.

Malangnya, fakta turut berkata yang kadar kejayaan proses ini tidak begitu berjaya di kalangan wanita yang telah meningkat usia.

Pensyarah kanan  University Sheffield, Dr Allan Pacey  berkata: “Saya rasa ia adalah penting bahawa kita telah sampai ke  tahap kelahiran  sebanyak 5,000,000. Ia kini  lebih jauh  diterima kerana telah digunakan 10 atau 20 tahun lalu.”

“Bagaimanapun, kita mesti memastikan yang pasangan benar-benar memahami yang IVF bukan satu penyelesaian bagi menjamin mereka mendapat anak melalui teknik ini. Seharusnya mereka mencuba dahulu kaedah semula jadi sebelum menggunakan teknik IVF ini,” tambahnya.

“IVF ialah sesuatu yang digunakan bagi pasangan yang benar-benar memerlukannya,” tambah beliau.

Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor


Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor
Imej makhluk asing menyerupai obor-obor gergasi.
LONDON - Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren," katanya yang merakamkan imej itu melalui kamera satelit.

Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.

“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katan

Cicak Spiderman ditemui di Kenya


Cicak Spiderman ditemui di Kenya
Cicak Spiderman adaptasi dari Mwanza Flat Headed Agama.
NAIROBI - Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.

Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.

Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.

"Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai," katanya.

Laung takbir ketika ditahan

PENGSAN...wanita warga asing yang pengsan ketika ditahan, semalam.
PENGSAN...wanita warga asing yang pengsan ketika ditahan, semalam.
PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 52 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Selain wanita terbabit, seorang lagi wanita warga Indonesia berusia 24 tahun pengsan dalam lori Jabatan Imigresen kerana terlalu takut selepas ditahan. Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Azrul Izham Hamzah berkata, operasi itu menahan 18 warga Indonesia, China (enam) dan enam warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun. “Semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut di spa hotel berkenaan dan disyaki menawarkan khidmat seks manakala enam lelaki itu pula bekerja sebagai penjaga spa berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.

“Jika dilihat kepada kehidupan mereka, kami percaya mereka mangsa sindiket pemerdagangan orang kerana hidup berkurung dan diawasi setiap masa dan penjaga tidak membenarkan mereka tinggal di luar.

“Mereka hidup dalam keadaan bersesak berikutan ditempatkan beramai-ramai di dua bilik hotel yang dijadikan rumah mereka,” katanya Azrul berkata, dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).

Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Selangkah dibelit ular

PENDUDUK Felda Tenang memegang ular sawa sepanjang 6.5 meter yang ditembak mati di Labis semalam.


LABIS - Seorang penoreh getah di tanah rancangan Felda Tenang di sini trauma selepas dia nyaris dibelit seekor ular sawa batik sepanjang 6.5 meter ketika bekerja di kebunnya semalam.
Narizan Ali, 41, memberitahu, kelibat reptilia gergasi itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi ketika dia menoreh dari satu pokok ke satu pokok di kebun getah berkeluasan 3.2 hektar itu.
"Bila saya beralih ke satu pohon lain, saya terkejut ternampak seekor ular sawa batik yang hanya selangkah dari kedudukan saya.
"Saya panik dan terus lari sebelum haiwan itu sempat menyerang. Pada masa itu saya hanya fikirkan mati," katanya ketika ditemui selepas kejadian itu di rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari kebun tersebut.
Narizan menceritakan, tanpa berlengah dia terus menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan penduduk kampung.
Beberapa minit kemudian, lima lelaki termasuk seorang rakannya yang juga anggota Rela tiba di tempat kejadian bersama selaras senapang patah.
Namun, usaha mereka selama 30 minit untuk menangkap reptilia gagal gara-gara tindak balas agresif ular berkenaan yang cuba menyerang mereka.
"Ular itu sangat agresif, melawan seperti nak menelan kami. Demi keselamatan, kami ambil keputusan membunuhnya dengan rakan saya melepaskan dua das tembakan," jelas Narizan.
Namun, ular itu tidak mati, sebaliknya ia sempat melarikan diri ke dalam belukar.
Penduduk kampung kemudian melancarkan gerakan memburu ular sawa berkenaan sebelum berjaya menarik reptilia yang cedera itu kira-kira sejam kemudian.

Bercerai angkara fahaman politik



CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Orang Ramai Tidak Prihatin, Hanya Lihat Mangsa Ragut Terbaring Tanpa Beri Bantuan


GEORGE TOWN: Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan (gambar), 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.

Rakaman CCTV menunjukkan dia terbaring di jalan raya selama kira-kira tujuh minit.


Kim Chuan, yang jatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya dalam kejadian pukul 6.02 pagi pada Selasa, meninggal dunia akibat kecederaan itu sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.

Kakaknya Lay Yong, 63, mahu orang ramai yang lalu-lalang "mendengar suara hati mereka".


"Mereka yang melihatnya seharusnya melakukan sesuatu dengan sekurang-kurangnya menjerit untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimana mereka hanya boleh berjalan sahaja? Saya marah tetapi apa yang boleh saya buat?" Lay Yong berkata di bilik mayat Hospital Pulau Pinang, Rabu.


Pegawai penyiasat berkongsi kesedihan dengan Lay Yong di Hospital P.Pinang.
Dia berkata Kim Chuan ketika itu dalam perjalanan ke kedai kopi milik keluarga di Carnarvon Street.

Dia akan menaiki bas setiap pagi untuk membantu di kedai kopi itu.

"Kakak saya jenis orang yang tidak akan teragak-agak untuk membantu orang lain. Peragut yang melakukan ini sangat kejam," katanya.

Kim Chuan, seorang janda yang baru sahaja berpindah ke rumah pangsa Rifle Range dua minggu lalu, berjalan seorang diri berhampiran Blok J kawasan tersebut apabila beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal.

Kira-kira pukul 6.10 pagi, tiga orang yang baik hati telah mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.

Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.

"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.

Mayatnya akan dibakar di Batu Gantong pada pukul 2 petang, Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.

"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.



Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.

Sumber: Mstar Online

Cabul rakan dalam tandas


GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol. 

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.

Kisah mat seberang diculik UFO


Ini ada satu kisah lucu dari seberang. Seorang lelaki yang tinggal di sanggar Protagon Bukit Pakar Timur, Bandung, yang bernama Suherman mengaku bahawa beliau pernah diculik oleh UFO. Beliau dikatakan menyimpan rahsia ini selama 12 tahun dan tidak berani menceritakan cerita ini karana takut dianggap gila.

Suherman mengaku sebelum diculik, dia melihat sebuah benda berbentuk cakram bersinar mendekatinya dengan kelajuan sangat tinggi. Kemudian, dia mengaku tidak sedarkan diri dan apabila sedar kembali dia sudah terbaring dalam sebuah ruangan pesawat (UFO).

Dia juga mengatakan bahawa makhluk dalam pesawat itu lebih kecil dari manusia, kira-kira tingginya lebih dari satu meter. Selain itu, makhluk itu memiliki kepala yang lebih besar, mata yang lebih besar, mulut yang lebih kecil, dan hidungnya seperti rongga, serta makhluk-makhluk itu kebanyakan tidak memiliki rambut, meskipun terdapat juga yang memiliki sedikit rambut. Warna kulit makhluk itu berwarna coklat tua mengarah ke warna hitam.

Itulah kisah lucu dari Indonesia. Cerita sebegini bukan sahaja berlaku kepada orang Indon, malah telah diceritakan diseluruh dunia. Ramai yang mengaku telah diculik makhluk asing. Tetapi satu kajian mendapati ia sebenarnya adalah tidak benar. Setelah dilakukan ujian menunjukkan mereka yang pernah mengalami kejadian diculik makhluk asing mempunyai cerita yang kurang diyakini.

RM32,000...Pasangan miskin pulangkan wang yang ditemui


Pasangan tidak berumah warga Brazil yang tinggal di bawah jambatan di Sao Paolo menemui beg sampah mengandungi wang 20,000 real (RM31,800) di tepi jalan semalam, dan segera menyerahkannya kepada polis.

Pihak berkuasa berkata, pasangan itu sedang berjalan awal pagi apabila mendengar bunyi alat penggera. 
Mereka mendekati untuk melihat apa yang berlaku dan terjumpa sebuah beg bimbit dan beg sampah penuh wang. 

Pasangan itu memberitahu pengawal keselamatan dan memintanya memanggil polis. - AFP

Monday, July 9, 2012

Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'

9 Julai 2012
Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.


Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.

Sunday, July 8, 2012

MISTERI!! Bas sarat penumpang kena alih dengan makhluk halus

Di Jakarta.., seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,"

Saturday, July 7, 2012

Keluarga 69...Laki 'projek' adik ipar, bini buat anak lelaki lain


SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan.

Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Nenek potong tangan cucu 8 bulan

27 Jun 2012
Bayi malang ini terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menyambung semula kedua-dua tangan
Bayi malang ini terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menyambung semula kedua-dua tangannya.
BEIJING - Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.
Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.
Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.
"Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.
"Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri," kata seorang jiran keluarga mangsa.
Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.
Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.

Nelayan berpesta kutip wang

30 Jun 2012
Nelayan berpesta kutip wang
Puluhan nelayan berebut mengutip ratusan wang kertas terapung di kawasan paya di Guwahati.
NEW DELHI - Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.

Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang  kertas tersebut.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. "Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, tetapi ada yang berjaya mengaut puluhan helai wang kertas bernilai 1,000 rupee," katanya.

Pegawai polis, Apuba Jibon Baruah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap ketulenan wang itu dan punca kejadian itu.

"Polis percaya siasatan akan berhasil dengan adanya sampel mata wang yang akan di serahkan ke Bank Reserve untuk mendapatkan pengesahan. Kami mengesyaki ianya adalah wang haram," katanya.

Chachal adalah perkampungan nelayan yang kebanyakannya penduduk miskin.

Lubang misteri terbesar di China

Wartawan Sinar Harian
7 Julai 2012
Lubang misteri terbesar di China
Sebuah kereta terjerlus ke dalam lubang misteri di wilayah Hunan, kelmarin.
BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.

Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.