Thursday, October 31, 2013

Adat Bisnes

Post kali ni pasal adat bisnes. Bukan CM yang nak bisnes tapi CM ambik contoh orang lain wat bisnes. Nak mulakan bisnes ni semangat kena kuat. Kalau semangat hangat2 tahi ayam tak akan menjadi bisnes ni. Ada kawan CM buat bisnes ni, semangat dia cukup kuat nak maju kehadapan. Kalau CM memang xde langsung semangat nak wat bisnes. Sebabnya tak yakin pada diri sendiri. Memang dah menjadi adat dah kalau orang nak mula bisnes memang ramai la yang dengki ni. Kalau semangat tak cukup kuat memang akan down la. Tu pentingnya semangat tu. Kalau xde semangat memang tak akan berjaya sesuatu bisnes tu. CM tumpang gembira jer kalau tengok  kawan2 buat bisnes sampai kaya raya. Yang penting tanggungjawab terhadap tugasan tak terabai. CM ada juga angan2 nak buat bisnes tapi tak tahu bisnes apa. CM selalu bincang dengan wife nak buka kedai makan tu pun kalau dah pindah kat kelantan. Berangan tu perlu ada baru la cita2 akan tercapai betul tak. Tu jelah cara nak tambah pendapatan sikit. Kalau kira dengan gaji memang dah cukup dah tapi x salahkan kita tambah lagi pendapatan kita ni. Sekurang2nya dapat tolong orang susah dari kitakan. Dapat juga ganjaran kat situ. Bila tengok kawan buat bisnes rasa seronok la pulak. Tapi perasaan takut dan kurang keyakinan diri tu sangat menebal. Tunggu la masa yang betul2 sesuai baru boleh rancang bisnes betul2. CM akan doakan kawan CM berjaya dalam bisnes baru dia. Tutup telinga dengan kritikan yang negatif. Thinking positive. Chaiyok!

Hariku

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu

Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya dipenuhi dengan suaramu divaku

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa CM Selalu update blog?

Sejak dua menjak ni CM rajin mengupdate blog. Nak tahu kenapa? Jap lagi CM cerita. Kalau sebelum ni asyik copy paste jer dari blog orang lain tapi sekarang  ni banyak lak idea nak menulis. Biasanya orang yang tulis blog ni imaginasi dia cukup kuat tapi CM x la imaginasi macam tu sekali. Menggunakan trade mark baru 'menulis bila perlu' asyik nak tulis jer.. Macam perlu jer tulis semuanya. Masa buat trade mark tu kan tak perasan lak sama dengan blog kawan iaitu 'bercakap bila perlu'. Bila tengok balik eh, Nak Sama lak!. Emmm biar jelah, bukan tiru tau tapi Kebetulan.

Faktor pertama sebab CM suka  update blog ialah sebab pakai hp baru. Kalau dulu nokia x blh nak update sekarang dengan Samsung senang update sebab ada software untuk blogspot.  Jadi tak payah buka laptop dah. Dengan hp banyak idea boleh imagine. 

Faktor yang kedua lak ialah dengan tulis blog, ni dapat memberikan kita kepuasan tau. Kepuasannya ialah bila kita menulis kita dapat meluahkan segala yang terpendam dihati. Sebabnya CM ni jenis tak suka bercakap tentang sesuatu perkara dengan orang. Bila menulis blog ni sekurang2nya dapat memuaskan hati dan meredakan perasaan. Bukan semuanya kita nak cerita. Tapi cukupla sekadar apa yang perlu sahaja.

Faktor ketiga pula, bila CM baca blog orang lain seronok jer rasa. Sebabnya blog ni diibaratkan macam diarila. bila kita baca baru tahu sesuatu perkara tu tentang seseorang tu. Contohnya orang tu apa yang sensitif,  apa yang dia tak suka dan apa yang dia lalui sebelum ni. Jadi CM pun nak gak mcm tu biar orang tahu sikit sebanyak perangai dan aktiviti kita. Barulah orang tak fikir bukan2. Contohnya kenapa CM ni tak ok hari ni. Kalau tanya susah nak bagi jawapan.. Jadi bila tulis dalam ni sekurang2nya orang tahu kenapa CM x ok.  Tak payah tgu jawapan dah. :)

Jadi tu la antara faktor2 yang menyebabkan CM suka update blog sekarang ni. Faktor yang paling utama ialah sebab hand phone baru tu lah. Senang nak tulis cerita sebab hp selalu kat tangan berbanding laptop yang kena buka dulu. Ok lah dulu,  azan maghrib dah. Jom solat, Jangan tinggal solat tau :)

Siapa sahabat sejati saya?

Malam ni nak cerita pasal sahabat sejati. Sebelum ni asyik BFF jer. Ada ker BFF? Perasan jer lebih hahaha.  Xpelah perasan pun yang penting bahagia. Kuang3. Sebut pasal sahabat sejati ni ia boleh dikatakan cukup perfect dan istimewa dalam hidup kitakan. Istimewa mcm mana tu? Nanti CM akan ceritakan kenapa seseorang itu CM anggap dia sahabat sejati.
Pendek kata sahabat sejati ni boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
   *Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    *Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    *Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    *Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    *Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    *Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    *Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    *Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
    *Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    *Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
    *Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
   * Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    *Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
    *Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Jelaskan macam mana sahabat sejati yang CM maksudkan? Siapa sahabat sejati CM? Adakah sahabat sejati CM mempunyai ciri2 seperti diatas?  Mestilah ada sebab tu CM anggap dia sahabat sejati CM walau tak semua yang disenaraikan diatas, ada 5 ciri pun dah cukup dah. Kenapa CM anggap dia sahabat sejati? Sebabnya ialah sahabat yang biasa tak ada ciri2 seperti diatas. Sahabat sejati akan sentiasa membantu kita menjadi orang yang terbaik di dunia dan akhirat.  Berani tegur kesilapan kita, sentiasa menasihati kita, sentiasa memberi semangat untuk kita, sentiasa berusaha menjaga hati kita, sentiasa menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu kita dalam apa jua keadaan. Sahabat sejati CM ada tak semua tu? :) itu hanyalah diantara yang tersurat sahaja yang CM citer. Banyak lagi perkara2 yang tersirat belum diceritakan. Bila CM anggap orang tu sahabat sejati, diharap sahabat tu pun sama juga. Semoga CM tak perasan lebih untuk kali ini.  Hahaha. Tu jelah pasal siapa sahabat sejati CM. Babai.

Monday, October 28, 2013

Buang jauh2...

Petang ni nak tulis sikit jer...Bila fikir balik banyak perkara yang CM buat pentingkan diri sendiri. Rasa macam diri ni betul jer apa yang dibuat dan orang lain semuanya salah. Perasaan jer kot. Padahal xde pun rasa macam tu. Tapi itu jer cara nak baiki diri supaya menjadi lebih baik dan disenangi oleh kawan2. Kadang2 terlebih over, terlebih cakap, terlebih gurau dan kadang2 terlalu mengharapkan. Itu semua bila difikirkan agak poyo jer rasa. Huhu. Rasa nak buang jauh2 dah perasaan macam tu, nak jadi seorang yang disukai oleh kawan2 dah. Xnak berfikir negatif dah dan akan sentiasa bersangka baik pada semua orang. Bila datang perasaan tak suka kat orang, mulalah berfikiran negatif dan membuat macam2 andaian. Tak baiknya rasa diri CM ni. Xpelah lepas ni nak ubah dah diri untuk menjadi lebih baik dari sekarang dan disenangi serta di sayangi oleh semua orang. Insyaallah.  Berfikiran positif akan menyebabkan hati kita menjadi tenang dan bahagia. Lagi orang suka. Itu jelah perasaan petang ni datang dan doakan CM disukai oleh semua orang dan tak nak orang ada perasaan benci kat CM lepas ni. :) Insyaallah.

Singkirkan Fikiran Negatif!

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.

Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu dipercayai. Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran – fikiran negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.

Maka abaikan dan hapuskan bila fikiran negatif mula bersarang di hati.

Bayang – bayang gagal, takut membina sesebuah hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera dihilangkan.

Fikiran – fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.

Jangan Berkeluh Kesah Tentang Perkara Yang Tidak Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagiaan luar biasa bila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang telah kita miliki dan tidak mahu mencaci apa yang tidak kita miliki.

Hidup ini adalah rentetan syukur yang tidak berkesudahan, bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.

Apa yang berada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayang hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Selalu melihat pada kesyukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.

Selalu sahaja ada nikmat yang tidak ada pada kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki. Sebeberapa melimpah nikmat dunia ini tidak akan dapat kita miliki semuanya.

Mencuba berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.
Jangan Mendengar Gosip

Sudah pasti gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Memang kecederungan telinga kita  adalah mendengar apa yang membuat kita seronok, apa yang membuatkan kita gembira  dan apa yang membuatkan rasa ingin tahu membuak – buak.

Namun kadang kala rasa ingin tahu itu hanya akan memberikan penyesalan. Apatah lagi bahan percakapan yang dibincangkan adalah kita. Huhu.. sangat prihatin!

Oleh itu alangkah lebih baik kalau kita tidak mendengar semua yang diperbincangkan orang tentang kita. Manusia yang memberi komen itu adalah hal biasa, yang tidak biasa adalah kita yang selalu memberi respons terhadap apa sahaja komen mereka.

    Kadangkala telinga lebih baik ditutup dan mendengar yang baik – baik sahaja.

Mengubati kekecewaan

Sebagai manusia kita memang takkan lari dari perasaan kecewa a.k.a di kecewakan dan sebagainya. Sukar untuk kita cari ketenangan dan kebahagiaan perasaan. Kebahagiaan tak datang bergolek, ia perlu di cari dan di usahakan. Kecewa ni tak semestinya bila putus cinta saja.. boleh jadi kecewa sebab perniagaan kurang memberangsangkan, kecewa bila tak dapat naik pangkat, kecewa dengan keputusan exam dan sebagainya.

Bila kita kecewa, ingatlah bahawa kita sedang diuji. Jangan ambik jalan pintas untuk selesai kan masalah dengan cara minum racun, bunuh diri, terjun bangunan dan lain-lain. Banyak-banyak kan lah ber-istighfar... Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk tewaskan kekecewaan dan undang kebahagiaan... (^____^). Hindari kekecewaan dengan....

Bersihkan pemikiran
Cara kita berfikir terbahagi kepada dua iaitu positif atau negatif... fikiran positif seperti melihat kebaikan di dalam diri, persekitaran dan orang lain. Sentiasa muhasabah kekurangan diri.. kerana kita manusia dan kita  tidak sempurna. Tidak mudah putus asa. Anggap kegagalan sebagai pembakar semangat.

Lakukan sesuatu
Yup..lakukan sesuatu.~!  Bila tak ada benda nak buat, perasaan kecewa itu sentiasa menghantui diri kita. Buat apa semua tak kene. Sekejap termenung, kejap menangis dan ini akan membuatkan u olls jadi pemurung. So, sampai bila nak takut dengan bayang-bayang sendiri..? Busy kan diri anda dengan kerja, habiskan masa dengan kawan-kawan. Shopping, vocation and what so ever. Lagi satu, banyak kan berdoa, mohon petunjuk dari ALLAH, perbanyakan amalan dan jangan tinggal solat. Elakkan duduk sorang-sorang. Kalau rasa nak makan, makan sampai lebam pun tak ape.. huhuhu.. (~____~)

Cari kegembiraan
Cari kegembiraan biar betul pada jalannya... bukan dengan cara meneguk todi. Itu cari bala dan dosa ye kawan-kawan. First thing first, kita kena gembira kan diri sendiri dulu. Jangan harapkan orang lain untuk happy kan kita. Buat something yang u olls enjoy... Bila kita ceria, secara tidak langsung kekecewaan itu akan terkikis sedikit demi sedikit..

Jauhkan rasa kecewa
Setiap manusia melakukan kesilapan. Well, itu normal okay~!!  Manusia yang sempurna ialah mereka  yang menyesali kesilapan yang di lakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya, sanggup maaf dan melupakan apa yang berlaku. Hapuskan rasa bersalah dalam diri kerana perasaan bersalah itu akan membuat kan anda semakin stress...

Rendahkan harapan
Yup...last but not least. Harapan boleh memberi tekanan. Semua orang mempunyai matlamat, impian, cita-cita dan juga keinginan. So, untuk mencapai semua perkara yang di hajati ia perlulah seiring dengan usaha, tenaga dan juga keupayaan seseorang individu. Kalau cakap berkobar-kobar tapi tiada usaha, tak guna juga. Rezeki tak kan datang bergolek. Tapi tuah manusia kita tak nampak. (^^,) Rezeki ALLAH ini luas. Dimana ada kemahuan di situ lah terbentang laluan-nya.

Dedikasi untuk wife

Malam ni CM nak coretkan dedikasi untuk wife. Selalu cite pasal sahabat jerkan. Kesian lak kat wife CM. :). Dia amat bermakna dalam hidup CM. Tanpa dia xdelah sampai disini CM sekarang. Perkenalan semasa ting 6 dulu tidak disangka sampai sekarang hubungan kami. CM sangat bahagia bersamanya. Perkongsian hidup dengannya telah diberikan oleh Allah seorang cahaya mata yang cukup sempurna dan insyaallah bulan 5 nanti seorang lagi akan menyinari hidup kami. Susah senang kami harungi bersama tanpa ada sedikit penyesalan dalam hati ini. Bermula dengan kosong sekarang alhamdulillah kami telah mempunyai semuanya apa yang orang lain ada. Anak, kereta, tanah, kebun getah, rumah, motor semuanya adalah hasil perkongsian dan pencarian bersama yang bermula dengan kosong sejak kami berkahwin pada bulan 9 2010. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi segalanya kepada kami ini. Seorang isteri yang sangat memahami dan sangat memberi semangat kepada CM sehingga CM berubah sikap daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Terima kasih isteriku kerana kamu semangat hidupku dan cintaku sampai syurga. I love u sayang. :)

Sunday, October 27, 2013

Akhirnya...

Ni tentang target yang CM nak capai sebelum ni. Akhirnya semalam CM dapat pakai  baju jersi kelantan yang dah lama CM beli tetapi tak muat. Perasan jer muat masa beli hari tu. Terkejut giler dapat pakai. Kalau bulan lepas x muat lagi walau dah kurus sikit. X muat kat bahagian perut.  Huhuhu. Semalam rasa teruja betul dapat pakai yang selama ini CM berangan jer nak pakai. Terima kasih semangatku, terima kasih sayangku. Kerana kamu CM dapat mengecapi apa yang diinginkan sebelum ini. Seronoknya rasa. Maknanya CM akan melepasi target tak lama lagi. Gilalah rasa. Betul2 menjadi kenyataan ni. Apa2 pun itu bukan perkara hipokrit yang CM lakukan dan bukan perkara bodoh yang CM lakukan. CM lakukan kerana cita2 dulu dan impian seorang lelaki. Heheheh.  Kerana kamu CM dapat mencapai impian itu  sebab itu CM sayangkan kamu. Hehehe. Terima kasih dan terima la kasih ini yer hahaha.

Perasan lebih


Menjadi diri sendiri

Pagi ahad yang indah CM nak tulis sikit coretan tentang tajuk diatas. Tajuk yang CM buat ni nak cari balik apa yang telah hilang dalam diri ini. Kadang2 kita cuba menjadi orang lain untuk mendapat perhatian tapi kita lupa yang semua itu adalah hipokrit semata-mata. Orang hipokrit selalu merasa dirinya hebat. Untuk menjadi seperti itu mereka suka.menipu diri sendiri dan orang lain untuk.kepetingan diri dan kepuasan nafsu semata2. Kita boleh perasan orang ni macam mana bila sentiasa ingin mencuri tumpuan seseorang. CM pun Kadang2 ada jugak sedikit hipokrit dalam diri namun cepat2 buang sikap itu apabila tersedar yang itu adalah perkara yang paling bodoh dalam hidup. Tetapi ada juga manusia yang tak sedar diri hanyut dalam dunia dia semata2 untuk kepuasan nafsu mereka. Orang macam ini adalah orang yang cuba menjadi orang lain semata2 untuk menunjuk dan menonjol diri. Bila hipokrit ada dalam diri seseorang itu maka dia akan berasa dialah yang paling hebat. Cubalah untuk menjadi diri sendiri supaya kita tidak hanyut dalam dunia khayalan semata2. Apa yang kita inginkan itu x semuaya akan menjadi milik kita.  Terimalah hakikat kekurangan diri kita untuk kita menjadi yang lebih baik lagi.

Perkara yang paling tak suka

Dalam hidup kita mesti ada perkara yang kita tidak suka. Tak kira la apa benda sekalipun ia menyebabkan kita tidak suka perkara tu. Ni baru lepas balik BBQ kat Kem Bumi Jati Jalan Kebun Klang. Sebelum tido macam biasa CM akan menulis dulu. Malam ni CM akan menyenaraikan perkara yang CM tak suka. Banyak benda yang CM tak suka sebenarnya tapi beberapa sahaja yang CM akan senaraikan. Dan beberapa lagi biarlah rahsia. Perkara pertama ialah janji. Kalau orang berjanji dengan CM, CM cukup benci dengan orang tu kalau janji itu tak ditepati. Kalau orang menepati janji memang CM akan hormat dan hargai betul2. Kerana orang yang menepati janji merupakan orang yang boleh dipercayai. Dah janji pun tak tepati macam mana kita nak percaya kat seseorang tu. Benci tu mmg CM tak akan tunjuk tetapi akan simpan dalam hati sampai bila2. Sebagai contohnya kalau orang tu berjanji dengan kita nak pergi mana2 tetapi bila tiba masanya pergi dengan orang lain.  Dah la berjanji nak pergi sama tetapi sampai masa tak ajak pun dan terus keluar dengan orang lain. Kita menunggu macam tunggul kayu. Memang benda tu CM simpan dalam hati. Tu salah satu contohla.

Perkara yang kedua ialah menipu. Orang menipu ni hidupnya tak berkat. Sebab menipu orang jer. Biasanya orang menipu ni dia tidak jujur dan tidak ikhlas dalam sesuatu perkara. Sebagai contohnya orang tu cakap benda baik jer depan kita sedangkan kat belakang kita mengutuk  dan memperli kita. Kalau tak tahu xper, kalau tahu memang CM akan benci sampai bila2. Tu salah satu contoh. Contoh yang lain pula ialah bercakap tak serupa bikin. Contohnya dia buat benda lain tapi bila tanya dia akan cakap buat benda lain. Pantang dan benci betul orang menipu macam tu. Rasa macam diperbodohkan jer. Lagi satu ialah bila kita cerita kat orang tentang seseorang tu, orang tu lak gi cerita kat orang yang kita cerita tu. Bodoh betul rasa kalau kena macam tu.

Perkara lain pula ialah berasa dirinya betul sahaja orang lain semuanya salah. Yang ni mmg CM tak suka kerana orang jenis ni tak boleh terima pendapat orang lain. Bila kita cakap semuanya salah hanya pendapat dia sahaja betul. Orang macam ni tak boleh hidup dalam masyarakat. Buang kat laut jer senang cerita.

Perkara seterusnya ialah orang yang suka mengambil kesempatan. Contohnya bila tengok jer orang tu baik dan boleh di makan, terus mengambil kesempatan terhadap kebaikannya. Kiranya macam buli la kan. Tak patut betul.

Perkara yang lain lak ialah bila bercakap meninggi diri. Contohnya cakap besar yang dia ni semua boleh buat. Tetapi hakikatnya nak suruh betulkan skru pun tak boleh buat. Rasa nak bagi pelempang jer orang macam ni biar padan dengan muka.

Banyak lagi perkara2 yang CM tak suka tetapi cukuplah itu sahaja yang CM nak kongsikan. Kalau cerita semua nanti orang cakap mengada2 la pulak. Cukup itu jelah malam ni tentang perkara yang CM tak suka. Yang lain2 biarlah rahsia. Kalau CM benci kat seseorang tu CM akan benci betul2. Setakat ni xde la benci lagi,  tak suka tu ada la sikit2. Jangan sampai CM benci sudah.

Saturday, October 26, 2013

Sensitif

Malam ni nak cerita pasal sensitif. Ada sesetengah orang ni tak boleh nak bergurau kerana mudah sangat sensitif.  Bila kita bergurau mereka akan mudah sensitif dan tak suka dengan gurauan kita tu. Kita anggap perkara tu biasa jer tapi ada setengah orang boleh ada setengah orang tak boleh. Ni nak cerita pasal kawan sorang ni mudah sensitif. Tu pun kawan baik dia yang bagitahu CM. Ada la satu hari tu CM pos gambar dia tgh berbaring kat dalam group kitaorang jer. Tapi dia marah lak kat CM dan menuduh CM nak menjatuhkan maruah dia. Laaa itu pun nak marah. CM akan tu biasa jerkan. Kawan2 jer tgk. Masa tu CM tak tahu pun, tapi kawan baik dia merangkap kawan CM jgk bagitahu CM. Terkejut gak la sebab benda tu boleh jadi dia nak marah kat CM. Tapi dia x cakap pun, cuma cakap2 belakang jer. Kutuk2 gitu jer. Pantang betul CM kalau jenis orang cakap belakang gitu terus CM jumpa kawan CM tu settlekan masalah. Terkejut gak dia CM panggil dia waktu tengah hari tu masa dia datang sekolah. Cuma sempat cakap kejap jer sebab ramai cikgu2 lain kat situ. Last2 jumpa lak kat tandas terus cakap dari hati ke hati. Baru settle masalah tu. Tak bestla kan kalau cakap belakang gitu. Terus cakap depan jer kalau x suka cara kita bergurau tu kan. Senang la kita nak mitak maaf ke apa. Nasib ada kawan sorang lagi bagitahu CM. Dah tahu dia sensitif CM x gurau dah la lepas ni gitu dengan dia. Senang cerita. Ada sorang lagi kawan tu tak puas hati gak dengan CM. Tak puas hati pasal apa pun tak tahu la CM. Tu pun kawan dia yang cakap kat CM. Kalau tak CM tak tahu. Depan bukan main lagi baik rupanya belakang dok ngutuk kita.  Sakit hati betul rasa. Dah la lama dah tak gurau dengan dia, tiba2 jer tak puas hati jugak. Gila ke apa. Tapi CM malas nak ambik hal pun. Nak buat tak tahu jer. Biarlah orang tak suka pun asal jangan ludah kat muka.kita sudah. Nak buat macam biasa jer walau tahu bukan semua kawan tu baik. Baik di depan tak bermakna baik di belakang.  Biarlah orang nak kata apa pun kat CM asal CM  tak kacau orang. Kawan baik pun tak semestinya baik dan jujur selalu dengan kita. Itu perlu diingat selalu. Motto baru untuk CM malam ni  'Jangan terlalu mempercayai seseorang  itu walaupun kawan baik sekalipun'. Itu jelah luahan CM untuk malam ni. Nak tido dulu esok ada perkhemahan Ko-Kurikulum. Bye

Friday, October 25, 2013

Mengamit Cerita lama - kawan bagi hint

Apa tu hint? Nanti CM cerita. Semalam kawan lama CM tegur CM dlm chat. Kawan lama tu merangkap BFF CM masa kat UM dulu. Dia antara kawan pompuan yang CM baik berbanding yang lain2. Berceritalah sambil tanya khabar. Kawan CM tu dah kahwin dah 5 tahun lepas namun belum dapat rezeki anak lagi macam kawan kita sekarang ni. CM akan sentiasa doakan kawan2 CM ni cepat dikurniakan rezeki itu. Insyaallah.  Sebelum ni tak tahu pun kisah sebenar disebalik cerita dulu. Rupanya baik dulu tu ada tanda2 jugak. Dia cakap dia dah bagi hint dulu tapi CM x faham. Hint tu maksudnya tanda2 yang dia suka kat CM. Terkejut CM semalam dia cakap gitu. Mmg dulu CM perasan ada hint2 tu tapi x la rasa dia suka kat CM. Kalau CM faham masa tu mmg jodoh CM dah kot. Dia tunggu CM cakap jer. Hahaha..Tapi jodoh mmg ditentukan oleh Allah s.w.t dah. Banyak kali dia bagi hint rupanya. Tapi langsung CM x faham. Kononnya masa tu CM x reti la benda2 mcm tu. Hahaha. Padahal dalam hati masa tu ada rasa suka jugak. Dah xde jodohkan. Semalam bila dia cakap baru CM tahu. Lucu betul. Dia antara yang paling best sangat dalam hidup CM masa tu. Semalam mengamit kenangan betul rasa. Hahaha..tapi tu kisah dulu la. Tersengih sorang2 CM semalam hahaha. Dekat subuh baru stop. Kebetulan dia study untuk interview SPP untuk penempatan guru gstt yang diserap dulu. Sekarang semua dah bahagia dengan keluarga masing2 dah. Seronok tengok semua bahagia cuma rezeki mereka itu belum tiba lagi. Insyaallah CM akan sentiasa doakan yang terbaik untuk uols semua. Baru dapat tahu kisahnya....tak bertepuk sebelah tangan rupanya dulu hahaha. 

Thursday, October 24, 2013

Susah ker nak senyum?

Malam ni rasa nak tulis banyak perkara. Tapi simpan dulu untuk lain kali. Otak malam ni tak berapa betul sikit tapi nak jugak tulis tentang senyum. Susah sangat ker nak senyum? Tu soalan untuk diri CM nak try cuba jawab malam ni. Betul mmg CM susah sangat nak senyum kat orang. Perangai paling susah nak baiki dari dulu sampai sekarang.  Kalau tengah stress lagi la susah nak senyum. Apa penyakit tak tahulah. Mmg CM nampak sombong kalau orang tak kenal tapi sebaliknya CM bkn orang jenis tu. Cuma kurang cakap jer. Suka mendiamkan diri dan xde idea nak cakap dengan orang.  Kalau dalam wasap atau we chat mmg byk modal. Kalau kat depan banyak diamkan diri. Kecuali kalau kawan yang rapat mmg byk idea la ckp. Mesti ramai orang tak suka dengan CM. Itu hakikatnya mmg CM tahu. Sebab tak banyak cakap. Nak senyum kat orang pun susah apa tah lagi nak berbual2. Tapi kalau dah kenal rapat tahu la perangai CM macam mana. Ramai dah kawan tegur suruh senyum sikit. Kalau stress mudah nampak kat muka. Insyaallah CM akan cuba sentiasa senyum kat orang lepas ni walau stress tetap akan cuba senyum. Senyum itu sedekahkan.  :)

Jadi Ustaz kejap

Petang ni nak jadi ustazlah kejap. Hahaha. Bukan nk jd ustaz pun cuma sebagai renungan untuk kita bersama. Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. CM dulu2 pun selalu tertinggal solat kerana lalai dan alpa. Sekarang alhamdulillah, sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk agama Allah. Kalau kat sekolah, CM akan tinggalkan kelas sekejap untuk menunaikan perkara yang wajib dulu. Biarlah orang nak cakap CM ponteng kelas pun asalkan kewajipan kita sebagai umat islam tetap ditunaikan. Dulu2 masa bujang hati selalu tidak tenang. Sebabnya selalu tinggal solat. Sekarang hati berasa sangat tenang kerana sentiasa mengingati-Nya. Orang cakap jahat macam mana pun kita, jangan sesekali tinggalkan solat. Tapi biasanya orang yang solat ni xdelah buat jahat sangat pun. Kadang2 ada sesetengah orang ni masa ditimpa musibah sahaja baru nak ingat Tuhan. Masa senang bukan nak solat pun. Masyallah.  Ada juga CM perhatikan kawan2 yang tak solat. Hmmm tak tahu nak cakap apa dah. Sibuk sangat dengan kerja sampai nak solat tak sempat. Takkan la kita nak tegurkan, semua dah besar dah. Pandai la fikir mana baik mana buruk. Sebab apa CM cakap macam tu sebab tak pernah terserempak atau tengok pun kawan tu solat.  Tapi tak tahu la jika dia solat senyap2. Astargfirullah hal azim. Semoga CM bersangka baik sentiasa.  Diharap tanggapan CM ni salah. Semoga tidak menimbulkan fitnah. Insyaallah.  Kadang2 CM berfikir mengapa doa CM tidak dimakbulkan oleh Allah? Mungkin solat itu belum lagi sempurna. Sentiasa belajar dan belajar lagi agar solat kita diterima oleh Allah. Kadang2 kalau banyak berfikir pun, solat kita jadi tak kusyuk. Kalau boleh hindarkanlah berfikir semasa solat. Gangguan iblis tu sentiasa akan mengganggu kita. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Insyaallah.  Jangan tingalkan solat tau! :)

Kenapa beria sangat?

Malam ni nak jawab persoalan yang ditanya dulu iaitu kenapa CM beria sangat nak kurus? Hahaha...beria sangat ker? Mestilah beria kerana xde pun orang kat dunia ni nak jadi gemuk. Uols nak jadi gemuk? Xnak kan?. Titik tolaknya bermula masa hari latihan sukan sekolah. Masa tu latihan lompat jauh kat padang. Ada la sorang member ni ambik gambar. Sebelum ni CM x pernah pun ambik gambar penuh. Kononnya nak cover la x nk bg nampak gemuk hahaha. Jadi CM x thu la bentuk badan ni mcm mana perasan kurus jer lebih. Menyampah betul hahaha. Jadi member CM pun post la kt group dlm what's up. Terkejut CM tgk, huduh sangat bentuk badan macam tu. Macam tongkang pecah pun ada. Hahaha. Sebelum ni perasan jer lebih.  Seminggu CM termenung mcm mana nak buat nih. Lepas tu kan, CM tekad nak kuruskan badan. Ada la cerita kat kawan hajat nak kuruskan badan. Dia pun bagi la semangat kat CM. Jadi bermula awal puasa CM mula diet yang agak keras. Langsung x jamah nasi hanya makan sup sayur, ikan bakar dan minum air oat. Sebulan puasa turun lebih 10 kg. Banyakkan? Lepas sahaja bulan puasa CM nekad nak masuk gym kat padang jawa. Tu pun kawan yang cerita pasal gym. Selain gym, CM juga akan jogging kat stadium kota raja paling kurang 3 kali seminggu. Diet ttp diet. Sehingga sekarang pun CM tidak makan nasi lagi cuma makan bihun sup, sup daging, buah dan makanan yang ringan jer. Setakat malam ni berat CM dah kurang 20 kg dah. Tak payah la cerita berat brp kg dah hahaha.

Kalau uols nak tahu, dulu masa gemukkan CM pernah berangan nak jadi kurus. Siap nak buat permintaan lagi kalau dpt minta apa yang dihajati. Lucu betul. Sekarang CM akan cuba turunkan lagi dalam 10kg. Harap2 mimpi ini jadi kenyataan. Nak jugak pakai seluar dan baju size L. Hahaha. Baru la ada keyakinan diri sikit nak berdepan dengan orangkan. Kalau tak sebelum ni rasa rendah diri sangat. Rasa malas nak menonjol kat tmpt2 orang ramai.  Sekarang ni keyakinan diri tu mula ada dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi supaya cita2 CM akan tercapai. Menyampah betul tgk gbr tu hahaha...

Ni la Gambarnya..macam tongkang pecah.
 Benci betul tengok menyampah hahaha



Inilah gambar sekarang. Tiada lagi perut buncit hahaha. Maaf la ambik gambar sendiri. Xde orang nak tlg ambik.

Wednesday, October 23, 2013

Benci betul rasa!!!

Tiba2 rasa benci pulak bila tgk gambar2 tuh...arghhh sakit hati rasa. Takpe2 lepas ni giliran CM lak buat diorang sakit hati. Bukan main seronok lagi yer...hmmm menyampah tengok. Ok dah puas hati dah Hahaha.... :) Gambar mana yer? Biarlah CM jer tahu gambar mana..huh! Malas tengok dah hahaha....ada jugak gitu yer... :) kalau tgk lagi sakit hati...ok dah ok dh sikit sakit hatinya...apesal tertengok lagi hari nih...adoiiii benci betul rasa!!!

Monday, October 21, 2013

Koboi yang buntu

Ni lepas tulis artikel kusut teringat pulak pasal tema koboi untuk majlis dinner akhir tahun nanti. Masa tu kena pakai pakaian bertemakan koboi. Buntu betul rasa fikir nak cari pakaian koboi nih. Nak sewa rasa x berbaloi dan lagi satu jauh lak nak pergi ambik. Godek2 kat google tak jumpa jugak kedai yang jual pakaian koboi dekat2 klang nih. Tgk kat e bay ada jual, nak order takut sampai lepas dinner nanti. Hmmmm buntu betul rasa. Ingat nak pergi cari kat GM Klang tapi ada ke kat sana? Pakaian budak2 banyak la rasa. Buntu lagi dok fikir nak pakai apa. Takkan la nak pakai kemeja biasa jer lagipun setahun sekalikan. Lagi satu CM yang beria ia bagi sokongan kat kawan buat tema ni tapi CM lak tak pakai pakaian koboi mana boleh gitukan. Tu orang panggil cakap tak serupa bikin hahaha. Nanti orang tak percaya kat kita lak baru padan muka. Kalau xde sangat ada topi koboi pun dah ok dah rasakan. Yang penting kena dengan tema tak menang takpe. Sokongan utk kawan tu penting.  Kalau tak kecik hati dia nanti. :) sebabnya dah janji tak nak kecik kan hati kawan dah. Macam mana pun akan cuba cari pakaian koboi supaya majlis tu akan nampak lebih meriah dan grand. Argghh tak nak fikir dah, makin fikir makin buntu.  Fikir esok pulak nak tido dah. Zzzzzz.

Kusut

Jam dah pukul 2 pagi dah tapi kenapa mata x boleh lelap lagi. Fikir punya fikir baru teringat ptg td pekena tea ais. Golek sana golek sini x boleh tido jugak. Jadi masa tengah golek2 macam2 dok fikir dalam kepala. Semakin fikir semakin kusut jadinya otak. Orang cakap kalau kita asyik fikir jer masalah lama2 boleh jadi shock hahaha. Jadi CM pun stop la fikir kejap sebab nak tulis dalam ni. Lagi pun CM tak suka cakap masalah kat orang tapi dengan tulis dalam blog ni sekurang2nya mengurangkan sikit tekanan oleh masalah2 yang membelengu sekarang ni.  Masalah di sekolah dan masalah2 lain Kalau fikir tak akan habis masalah2 tu. Jadi CM ambil keputusan tak nk fikir dah masalah2 tu cuma perlu mengambil langkah secara sistematik untuk settlekan masalah ni satu persatu. Huhuhu. Orang cakap masa senang kena beringat, tapi bila dah susah baru nak menyesal. Adoiii kusut betul kalau fikirkan. Tapi CM xde la susah pun cuma kalau  susah jer. Suka menggunakan perkataan 'kalau' supaya lebih beringat pada hari mendatang. Baik kita fikir dulu sebelum benda tu berlakukan. Lepas ni nak cuba elakkan masalah2 tu berlaku dan akan membuat perancangan yang lebih teliti lagi supaya tak jadi macam sekarang ni. Kusut betul rasa :).

Thursday, October 17, 2013

Korban

Raya korban tahun ni CM tak dapat merasa sekeping pun lagi daging korban ni. Hahaha. Sahkan daging kuah daging korban pun x dpt rasa. Sedih betul rasa. Pergi jalan2 rumah adik beradik pun bukan mereka buat korban pun. Masak bihun, ayam dan nasi himpit. Kempunan betul. Tapi masa hari raya korban dapat la kupon utk ambil daging korban kat masjid, tp CM xdpt pergi ambil sebab nak pergi beraya rumab adik beradik kat selayang baru. Kupon tu CM sedekahkan kat pak guard yang jaga apartment kami nih. Huhu.

Pada hari raya ketiga lak sekolah CM buat la korban sekor lembu.  Korban tu dibuat pada waktu pagi. CM tak terlibat pun jd ajk atau apa2 benda. Sedih betul sebab tak dapat merasai kemeriahan korban tu. Tapi x mengapa lagipun kena jaga adieb sebab neneknya belum dtg lg utk jaga adieb. Tgu la wife CM balik sekolah ambik adieb. Kira tukar shift la kan. wife CM balik pukul 12.40, dan bawa adieb pergi sekolah dia manakala CM masuk sekolah dalam pukul 1.00ptg. Lagipun hari tu bertugas. Semangat la tengok kawan2 post gambar tengah makan sup. Ada sorang kawan baik tu cakap macam2 menu ada. Hari2 dia cakap. Excited la CM nak pergi merasa hasil kerjanya. Sampai di sekolah kena urus budak2 sesi petang dulu. Ramai la cikgu petang xde sebab terlibat dengan program korban waktu pagi. Kelas terpaksa di pecahkan. Jadi CM pun tak pergi la makan lagi sebab urus murid2. Lepas urus murid CM pun pergilah kat bilik KH yang sediakan makanan td. Excited betul nak pergi merasa supkan. Dah tengok gambar kawan post kat wasap tuh meleleh air liur haha. Sampai saja kat bilik tu tengok semua orang dah kemas dah. Xde dah nampak orang dok makan. Berkecai hati rasa. Rasa nak nangis jer. Huhu. Tak dapat la merasa kuah sup yang kawan buat. Bukan nak makan sangat cuma excited kawan2 dok cerita. Tapi x mengapalah dah xde rezeki.  Masa tu ada kawan panggil ada lagi makanan yang di bungkus dah. Tapi dah rasa tawar hati dah tu xnak makan. Lagipun ada kelas waktu tu. Sebak jer rasa tadi hahaha. Kempunan lagi daging korban. Ingatkan ada la sampai pukul 3, ni pukul 1.30 semu dah kemas. Harap2 esok CM dapat merasa daging korban. Kuah pun jadilah. Teringat cerita batu belah batu bertangkup. Kempunan nak makan telur tembakul. Huhu. Tu jelah luahan sedih CM untuk raya korban tahun ni yang terpaksa berkorban. :(....

Soal hati

Bila berbicara tentang hati, tiada sesiapun yang tahu isi hati seseorang. Hati berkait rapat dengan perasaan. Tiada siapa pun menduga kerana hati seseorang itu mudah tersentuh dan terusik. Jika seseorang itu mempunyai hati terhadap sesorang itu, ia mudah terguris dan tersentuh. Soal hati CM pulak  sukar menemui jawapannya...huhu

Erra Fazira – Soal Hati

Kau hanya wajah biasa di mataku
Pasti lenyap sederas tibamu
Tak perlu aku memikirkan mu selalu

Kau tiba pada waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diriku yang dulu

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidupku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui…

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan

Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai hidup ku
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)

Kesedihan

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang.

Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.

Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.

Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Wednesday, October 16, 2013

Wanita psiko

Malam ni nak cerita pasal wanita psiko. Apa tu wanita psiko? Google la sendiri yer hahaha. Sehari dua ni kan CM diganggu oleh seorang perempuan yang CM nak gelar dia wanita psiko.  Kenapa CM panggil dia wanita psiko? Sebabnya dia baru add CM kt fb tak sampai sebulan pun lepas tu selalu jer nak chat dgn CM. Wanita tu orang Johor umur 23 tahun. Mula2 dia tegur biasa jer lama2 ish3... malas nak cerita la CM makin mengarut la pulak. Walau CM tak layan pun dia ttp tegur CM. Hahaha psikokan?. Kalau jrg2 tu xpe la jgkkan ni 24 jam. Pagi tgh hari, ptg dan tgh malam. Naik serabut la pulak CM. Hahaha. CM akan chat dgn orang yang CM suka jer kalau orang yang CM tak suka rasa menyampah pun ada. hahaha. Macam mana yer CM nak atasi masalah ni? Nak remove nanti orang kata sombong pulak. Tak remove mengada2 pulak. Adoiii. Wanita tu cantik dan seksi. Tp CM tak sukaaa orang psiko mcm tuh. Adoiiii.  Ada kan satu kali tu dia ajak CM kahwin. Tak ker gila mcm tuh. Hahaha. Tunggu masa jer nak remove ni. Biarkan dulu dia dengan psiko dia. Sebabnya kalau kita buat dengan kekerasan wanita psiko ni boleh buat mcm2 kat kita. Takut jugakkan.  CM ambil jalan bertenang dan cool. Yang tak tahannya asyik ajak web cam jer. Setakat ni CM tak layan pun dan selalu cakap bz kalau dia tegur hahaha. Mula2 dulu jer layan chat. Sekarang kena log out jer fb untuk Jalan selamat. :). Tapi masih dia hantar chat. Stress betul rasa. CM akan chat, wasap atau wechat ker dengan orang yang CM suka jer. Setakat ni sorang jer kawan yang CM suka chat. Yang lain bukan x suka cuma xde mood nak layan. Hehehe. Tu jelah cerita malam ni tentang wanita psiko.  Huhu :).

Saturday, October 12, 2013

Raya haji

Tahun ni agak sedih kerana x dapat balik raya haji kat kg. Kalau kat Kelantan raya haji sangat meriah. Tapi disebabkan cuti yang x berapa mengizinkan terpaksa beraya kat sini. Sedihnya teringat mak dan ayah kat kg. Maaf ye.mak n ayah anaknda disini tak dapat balik :(. (Cakap macam mereka baca jer blog ni hahaha). Tak lama dah nak cuti sekolah ni. Boleh tinggal lama2 kt kg. Sabar yer....  :). CM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DIDUNIA INI. MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP :)

Friday, October 11, 2013

Malas

Sebut perkataan 'malas' semua orang malas termasuk CM. Macam mana nak buang sikap malas? Itu pertanyaan biasa bagi orang malas. Orang yang malas akan memberi 1001 alasan sebab dia malas. Hahaha.  Tak perlu nak cerita malas sebab apa sebab CM malas nak cerita. Hahahaha kan dah malas tu. Malas ni kadang2 bersebab ada malas sebab mengantuk, malas sebab xde mood, malas sebab baka dia dah malas, malas sebab dah habis energy dan sebagainya. Susah nak jumpa seseorang tu rajin 24 jam. Contohnya seseorang tu rajin sangat kerja, tapi bila dah balik rumah dia akan cakap malasnya nak mandi. Hah tu dah malas dah tu. Xde pun orang rajin 24 jam. Tipu la cakap kalau "aku rajin jer". Sebab ada ketikanya dia akan malas dengan sendiri. Walau bagaimanapun, sikap malas ni perlu dikikis dalam diri kita supaya kita menjadi orang yang rajin dan berinovatif dalam melakukan sesuatu perkara. Bila kita malas semua orang tidak suka. Kalau rajin mesti orang akan suka. Tapi jangan la rajin depan bos jer. Itu bukan rajin itu bodek namanya. Itu jelah tentang malas, malas CM nak tulis panjang2 hahaha.  Ada jugak malas kat situ.
Malasnya .....  

Erti Kesyukuran

Kali ini CM nak cerita tentang erti Kesyukuran. Tak nak cerita pasal orang lain tapi nak cerita pasal diri sendiri jer. Kadang2 kita tak sedar kata2 yang kita anggap sebagai gurauan itu menunjukkan yang kita tak bersyukur diatas nikmat  yang di perolehi. Walaupun benda itu dianggap remeh, namun ia boleh menjadikan kita riak dan takbur diatas sesuatu nikmat yang diperolehi. Setiap hari kita perlu bersyukur diatas kurniaan Allah kepada kita. Sebagai contoh selepas makan, selepas mandi, selepas bangun tidur dan sebagainya. Semua itu kita perlu menyatakan kesyukuran kerana ianya adalah anugerah dari Allah untuk kita. Cuba bayangkan kalau kita tak boleh tidur? Tak boleh mandi? Atau tak boleh makan. Susahkan. Untuk sentiasa bersyukur CM selalu memohon kepada Allah supaya menjadi hamba yang bersyukur diatas segala rezeki yang telah diberi oleh-Nya. Dengan rezeki yang diberi selama ini walau tidak semewah mana, namun ianya cukup membahagiakan. Kalau orang ada kereta kita ada juga, kalau orang ada rumah kita ada juga, kalau orang ada tanah kita ada juga. Semuanya dari pemberiaan Allah untuk kita supaya kita menjadi insan yang bertakwa kepadanya. Kesedihan pun merupakan anugerah Allah kepada kita untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi. Bersyukurlah kita diberi kesedihan kerana dengan kesedihan juga dapat memberi kita peringatan supaya menjadi insan yang tidak lupa kepada-Nya. Ada juga manusia yang tak pandai bersyukur apabila selalu merungut dan mempertikaikannya. Supaya CM  tidak menjadi orang seperti itu. Insyaallah.

Tensionnnnnn!!!!!!

Hari ini CM agak tensen dengan sorang minah tu.....tak payah nak cerita sebab apa, xde mood rasa. tiba2 hilang mood masa nak balik sekolah. Silapnya dari CM jugak. Tapi masalahnya minah tu berlagak macam la dia bos besar... 2 kali lak tu kena minggu ni. Huh! Apa2 pun, kejadian hari ini akan dijadikan pengajaran untuk CM mengubah sikap CM selama ni... nasib baik ada kawan tolong cool down kan perasaan sedih dan tension tadi.. Terima kasih frenz. Rasa happy sangat lepas dapat kata2 semangat dari dia. Tetapi perasaan stress tetap ada walau x kuat. Arghhhhhhhhhhh!!!!!! Mengapa ia terjadi!!!!! Lepas ni CM akan pastikan benda tu tak akan terjadi dah. ok! rileks Moka, rileks!... tarik nafas hembus, tarik hembus..ok dah, pergi tido nuh!. Baiklah :)

Wednesday, October 9, 2013

Perangai Pelik

Ni nak cerita pasal perangai pelik CM. Kalau uols nak tahu. Cewahhh pandai guna uols dah sekarang ni :) hihihi. Kalau uols nak tahu CM ni ada perangai pelik sikit yang susah nak di ubah.  Salah satunya kalau orang panggil CM akan buat tak tahu jer. Kena panggil banyak kali baru CM akan menyahut. Hahaha. Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, ayah CM panggil CM  dua tiga kali baru CM menyahut. Marah la dia kat CM sehingga dia cakap nak tembak CM dengan senapang patah sebab panggil x menyahut. Hahaha.  Tu benda pelik dari dulu sampai sekarang ni yang CM tak boleh nak ubah.

       Perkara pelik yang lain pula ialah CM ni kalau datang angin elok akan bercakap la dengan orang. Kalau datang angin kus kus CM tak akan tegur orang sehingga orang akan cakap CM ni sombong. Pernah satu ketika CM tak bercakap pun dengan kawan sebilik masa kat um dulu. Sehingga bergaduh la dengan room mate tu. Pernah ada sorang kawan tegur CM dulu, kawan tu cakap kau ni pelik betul kalau nak bercakap dengan orang kau bercakap kalau tak nak bercakap buat macam lembu kenyang jer. Hahaha. Kawan tu dah arwah dah sebab eksiden. Alfatihah untuk arwah. Tu la perangai pelik yang susah nak ubah sampai sekarang ni. Pelikkan.

         Satu lagi perkara pelik ialah CM susah nak cerita masalah CM kepada sesiapa sahaja termasuk wife cm. CM suka pendam jer. Pernah satu ketika CM  sedih sangat ada satu perkara tu berlaku (jeng3 orang tu tahu kot) CM tak cerita pun apa2 kat wife.  Kiranya dia la orang paling rapat dengan CM tapi agak susah CM nak cerita masalah. :). Tapi CM suka pulak cakap dengan kawan tu :). Itulah antara perkara2 yang pelik yang ada dalam diri CM ni. Satu lagi tambahan perkara yang pelik ialah CM mudah suka kat orang. Ops!! Hehehe.  Tu jelah nak kongsi dengan uols malam ni. Nanti banyak lagi cerita nak kongsi dengan uols.
Perasan pulak tengok gambar ni :) 

Itu bukan takdirnya

Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh kawan CM di blognya untuk CM memberi komen dan semangat untuknya. CM tahu besar ujian yang di tempuhinya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai ujian dilaluinya dengan penuh sabar namun ada ketikanya CM tengok statusnya ada kekecewaan dan putus asa. CM tahu dia dan sominya bukan jenis macam tu. Jika mereka tidak kuat tak mungkin Allah akan memberi ujian sebegitu untuknya. Selalu kawan CM itu menyebut 'andai itu takdirnya' seolah2 dia dah pasrah dan redha dah segala kemungkinan yang terjadi. Bagi CM itu bukanlah takdirnya lagi. Ini kerana dia sebelum ni dah diberi rezeki 'itu' sekejap, maknanya rezeki tu pasti ada lagi nanti cuma Allah nak uji kesabaran dia sahaja tu. Mesti dia akan cakap sampai bila? Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Percayalah sahabatku rezeki Allah tu amat luas sekali dan tak terhitung oleh hambanya. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah tidak suka akan hambanya yang berputus asa. Teruskan usaha serta tawakal kerana Allah tidak zalim untuk hambanya dan doa dari CM tidak akan putus untuk dia sahabat. Semoga sahabat CM ni diberi kekuatan diri dan semangat yang kuat untuk menempuhi ujian yang sementara ini. Percayalah doa mu pasti akan termakbul dan akan tiba suatu hari nanti rezeki 'itu' akan datang nanti dan pasti akan membahagiakan kamu wahai sahabat, Insyaallah.

Tuesday, October 8, 2013

Kaki bodek atau kaki kipas

Isu kali ni agak hot sikit. Tapi dah itu ada dalam kepala sekarang ni, terpaksa CM tulis. Kalau tak tulis tak ingat lak. Ada satu kisah ni, seorang hamba Allah kalau depan bos lembut dan baik jer buat kerja. Semua cakap pasal kerja. Itu dah buat ini dah buat sedangkan hakikatnya kelas pun tak masuk. Nak di jadikan cerita,  hari tu ada la open day kt sekolah. CM ni cikgu kelas jadi terpaksa menjawab segala pertanyaan ibu bapa. Ada satu kali tu ibu bapa tanya kenapa band dia rendah untuk subjek tersebut. Subjek tu bukan CM yang ajar jadi CM tanya la anak diasiapa yang ajar  subjek tu, dia pun cakap la cikgu tutttttt. :) CM tanya lagi dia ajar apa dah sekarang ni depan ibu bapa tersebut, murid tu jawab cikgu tu langsung tak pernah masuk kelas ajar subjek tersebut. Terkejut CM dengar. Untuk cover balik CM cakap la mungkin cikgu tu ada kursus kot tak sempat masuk lagi. Dah la bagi band rendah kelas pun x masuk susah la macam tu. Rasanya dia pernah dapat APC, tapi kalau kelas tak masuk CM rasa tak layak dia dapat anugerah tu. Bukan CM nak jeles, dah tu rezeki diakan tapi sekurang2nya masuk la kelas jarang2 walau malas sekali pun, ini tidak, langsung tak masuk kelas tu. Bukan sorang CM tanya tapi banyak orang murid jugak la. Tersenyum sendiri bila CM dengar dia tak masuk kelas.  :)
Nampak tak disitu bahawa nak dapatkan sesuatu perlu bodek, perlu kipas, perlu econ.  Kalau kita buat kerja ikhlas, Insyaallah Allah akan membalasnya. Tak perlu mengharapkan penghargaan di dunia jika buat kerja tak ikhlas dan kaki bodek bos. Mulut manis bila bercakap tetapi hakikatnya...Allah sahaja yang tahu. CM selalu berdoa agar diri ini di hindari sikap kaki bodek atau kaki ampu ni. Biarlah orang menilai kerja kita tak perlu nak ampu bos nak dapatkan penghargaan. Semoga CM menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan tidak menjadi kaki bodek semata2 untuk dapatkan ganjaran didunia. Semoga ganjaran akhirat dari Allah lebih mulia dan nikmat lagi. Insyaallah.

Nostalgia BFF

Bila duduk sorang2 teringat zaman universiti dan IPG dulu. Dulu CM belajar kat UM dalam bidang geografi. Masa tu tahun 2004 first time CM datang Kuala Lumpur. Belum pernah sebelum ini datang jalan2 Kuala Lumpur. Disebabkan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti dapat la merasa datang ke Kuala Lumpur. Hahaha. Penampilan masa tu agak teruk sekali kerana budak kampung yang datang ke bandar belum dapat membiasakan diri lagi. Tapi selepas perkenalan dengan kawan2 barulah imej tu dapat diubah menjadi orang moden sikit, hahaha. Tapi bukan itu yang CM nak cerita,  tapi tentang BFF atau Best Friend Forever. :) Masa kat U dulu, CM ada sorang BFF namanya Aishah. Dia orang negeri Perak. CM sangat baik dengan dia, selalu tolong dia dan selalu share masalah. Dia juga selalu sakit macam.kawan kita sekarang ni. Kebetulan betul :). Tapi sekarang ni dah x berhubung dah sebab kehilangan telefon dulu. Sedih betul. Lost contact terus. Tak dapat dengar dah berita dari dia. Diharap BFF saya tu masih ingat lagi saya dan sentiasa dalam keaadaan sihat sentiasa. Masa kat U tu ramai la jugak BFF tapi sekarang dah kurang dah keaktifannya apabila semua dah berumah tangga. Semoga BFF saya tu bahagia sentiasa. 


 
Masuk maktab pula, jumpa lagi BFF yang baru. Namanya rahsia. Hahaha. BFF ni sama kursus dgn CM tp kos lain2. Nak dijadikan cerita masa tu pergi main bowling, tetapi CM tak bagitahu kt tunang CM masa tu ( masa tu dah bertunang). Gaduh besar la jawabnya masa tu apabila kawan CM tag gambar kt facebook masa main bowling tu.. adoiii hahaha.. tapi lepas pujuk balik baru ok tunang CM tu. Tragis juga la masa tu :). Lepas kejadian tu, CM pun kurangkanlah aktiviti dengan BFF tu. Hehehe. Kawan jer x lebih dari tu. Ada sorang lagi BFF kat maktab tu, tapi masa kat maktab kurang rapat, lepas maktab tu jer baru rapat. Apa2 pun kenangan dulu cukup indah buat CM. Sekarang BFF CM semua dah kahwin. Semoga mereka berbahagia selalu. Amin. Sekarang ni adakah CM mempunyai BFF yang baru lagi?  Mungkin persoalan itu belum dapat jawapan  lagi. Walau bagaimanapun semua kawan CM adalah BFF semuanya. Cuma yang disebutkan adalah yang terbaik dalam hidup CM. Yang tak sebut ada lagi kot hahaha :) 

Antara kerjaya dan keluarga

Alhamdulillah syukur pada Allah, kerana CM dipostingkan sama tempat dengan wife CM. Posting hari ini berkenaan tentang kerjaya dan keluarga. Agak sedih bila tengok kawan2 yang berjauhan dengan family apabila dipostingkan agak jauh dari pasangan masing2.  Ada kawan CM yang dipostingkan di Sarawak dah beberapa kali dah mohon untuk ditukarkan ke negeri dimana isterinya dipostingkan. Agak malang sekali apabila permohonannya ditolak. Walau bagaimanapun, CM bangga dengan dia kerana dia tidak berputus asa untuk memohon pertukaran ke negeri isterinya di postingkan iaitu di Negeri Sembilan. Semoga permohonannya kali ini berjaya demi kepentingan keluarga. Satu lagi, berita gembira apabila kawan CM berjaya tinggal bersama keluarganya setelah 4 tahun memohon pertukaran dalam negeri Selangor. Walaupun permohonannya tidak berjaya, namun permohonan isterinya berjaya tinggal berhampiran dengannya. Isterinya seorang nurse. CM tumpang gembira apabila mereka dapat tinggal bersama-sama dah. Yang paling sedih CM dengar cerita ada sorang kawan ni, sanggup tinggal berjauhan dengan isteri. Tak pernah pun CM dengar dia memohon pertukaran walaupun dah lebih 5 tahun dah bekerja. Sorang di hujung negeri dan sorang lagi di tengah 2 negeri. Sedangkan anak tengah membesar dan perlukan kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Tetapi CM tengok dia biasa jer, xde pun kesungguhan nak tinggal bersama keluarganya. Walaupun sayang tempat kerja atau negerinya sekali pun, perlu dia berkorban untuk keluarganya. Sampai bilakan nak hidup 'membujang' dan enjoy jer. Kalau CM, dah lama akan berusaha untuk tinggal bersama keluarga demi anak. Apa2 pun keluarga perlu didahulukan demi masa depan yang terjamin. Nak gelak pun ada apabila dengar cerita dia. Hahaha. Apa motif dia tak nak pindah pun CM tak tahu. Dengar cerita kawan saya tu ada 'cable', tapi x tahu la betul ke tidak. Semoga kawan saya tu bahagia hidup macam tu. Kesimpulan yang CM dapat simpulkan ialah, antara kerjaya dan keluarga,  kita perlu pilih keluarga melebihi segalanya :). Jangan la enjoy dan seronok sangat sampai keluarga terabai, perlu la pengorbanan sebagai seorang suami. 

Ujian Itu Hadiah Dari Allah

481363 383318548392655 705639850 n 300x238 Ujian Itu Hadiah Dari Allah

Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Pembaca yang dikasihi oleh Allah,

Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana
UJIAN itu HADIAH dari ALLAH

Kisah Nyata : Keajaiban Kesabaran dan Kekuatan DO'A Seorang ISTERI


Di Madinah ada seorang wanita cantik shalihah lagi bertakwa. Bila malam mulai merayap menuju tengahnya, ia senantiasa bangkit dari tidurnya untuk shalat malam dan bermunajat kepada Allah. Tidak peduli waktu itu musim panas ataupun musim dingin, karena disitulah letak kebahagiaan dan ketentramannya. Yakni pada saat dia khusyu’ berdoa, merendah diri kepada sang Pencipta, dan berpasrah akan hidup dan matinya hanya kepada-Nya.

Dia juga amat rajin berpuasa, meski sedang bepergian. Wajahnya yang cantik makin bersinar oleh cahaya iman dan ketulusan hatinya. Suatu hari datanglah seorang lelaki untuk meminangnya, konon ia termasuk lelaki yang taat dalam beribadah. Setelah shalat istiharah akhirnya ia menerima pinangan tersebut. Sebagaimana adat kebiasaan setempat, upacara pernikahan dimulai pukul dua belas malam hingga adzan subuh.

Namun wanita itu justru meminta selesai akad nikah jam dua belas tepat, ia harus berada dirumah suaminya. Hanya ibunya yang mengetahui rahasia itu. Semua orang ta’jub. Pihak keluarganya sendiri berusaha membujuk wanita itu agar merubah pendiriannya, namun wanita itu tetap pada keinginannya, bahkan ia bersikeras akan membatalkan pernikahan tersebut jika persyaratannya ditolak. Akhirnya walau dengan bersungut pihak keluarga pria menyetujui permintaan sang gadis.

Waktu terus berlalu, tibalah saat yang dinantikan oleh kedua mempelai. Saat yang penuh arti dan mendebarkan bagi siapapun yang akan memulai hidup baru. Saat itu pukul sembilan malam.
Do'a "Barakallahu laka wa baaraka alaika wa jama’a bainakuma fii khairin" mengalir dari para undangan buat sepasang pengantin baru. Pengantin wanita terlihat begitu cantik. Saat sang suami menemui terpancarlah cahaya dan sinar wudhu dari wajahnya.

Duhai wanita yang lebih cantik dari rembulan, sungguh beruntung wahai engkau lelaki, mendapatkan seorang istri yang demikian suci, beriman dan shalihah.

Jam mulai mendekati angka dua belas, sesuai perjanjian saat sang suami akan membawa istri kerumahnya. Sang suami memegang tangan istrinya sambil berkendara, diiringi ragam perasaan yang bercampur baur menuju rumah baru harapan mereka. Terutama harapan sang istri untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah.

Setibanya disana, sang istri meminta ijin suaminya untuk memasuki kamar mereka. Kamar yang ia rindukan untuk membangung mimpi-mimpinya. Dimana dikamar itu ibadah akan ditegakkan dan menjadi tempat dimana ia dan suaminya melaksanakan shalat dan ibadah secara bersama-sama. Pandangannya menyisir seluruh ruangan. Tersenyum diiringi pandangan sang suami mengawasi dirinya.

Senyumnya seketika memudar, hatinya begitu tercekat, bola matanya yang bening tertumbuk pada sebatang mandolin yang tergeletak disudut kamar. Wanita itu nyaris tak percaya. Ini nyatakah atau hanya fatamorgana? Ya Allah, itu nyanyian? Oh bukan, itu adalah alat musik.

Pikirannya tiba-tiba menjadi kacau. Bagaimanakah sesungguhnya kebenaran ucapan orang tentang lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Oh…segala angan-angannya menjadi hampa, sungguh ia amat terluka. Hampir saja air matanya tumpah. Ia berulang kali mengucap istighfar, Alhamdulillah ‘ala kulli halin. “Ya bagaimanapun yang dihadapi Alhamdulillah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kegaiban.”

Ia menatap suaminya dengan wajah merah karena rasa malu dan sedih, serta setumpuk rasa kekhawatiran menyelubung. “Ya Allah, aku harus kuat dan tabah, sikap baik kepada suami adalah jalan hidupku.” Kata wanita itu lirih di lubuk hatinya. Wanita itu berharap, Allah akan memberikan hidayah kepada suaminya melalui tangannya.

Mereka mulai terlibat perbincangan, meski masih dibaluti rasa enggan, malu bercampur bahagia. Waktu terus berlalu hingga malam hampir habis. Sang suami bak tersihir oleh pesona kecantikan sang istri. Ia bergumam dalam hati, “Saat ia sudah berganti pakaian, sungguh kecantikannya semakin berkilau. Tak pernah kubayangkan ada wanita secantik ini didunia ini.” Saat tiba sepertiga malam terakhir, Allah ta’ala mengirimkan rasa kantuk pada suaminya.

Dia tak mampu lagi bertahan, akhirnya ia pun tertidur lelap. Hembusan nafasnya begitu teratur. Sang istri segera menyelimutinya dengan selimut tebal, lalu mengecup keningnya dengan lembut. Setelah itu ia segera terdorong rasa rindu kepada mushallanya dan bergegas menuju tempat ibadahnya dengan hati melayang.

Sang suami menuturkan,

“Entah kenapa aku begitu mengantuk, padahal sebelumnya aku betul-betul ingin begadang. Belum pernah aku tertidur sepulas ini. Sampai akhirnya aku mendapati istriku tidak lagi disampingku. Aku bangkit dengan mata masih mengantuk untuk mencari istriku. Mungkin ia malu sehingga memilih tidur dikamar lain. Aku segera membuka pintu kamar sebelah. Gelap, sepi tak ada suara sama sekali. Aku berjalan perlahan khawatir membangunkannya. Kulihat wajah bersinar ditengah kegelapan, keindahan yang ajaib dan menggetarkan jiwaku. Bukan keindahan fisik, karena ia tengah berada diperaduan ibadahnya. Ya Allah, sungguh ia tidak meninggalkan shalat malamnya termasuk dimalam pengantin. Kupertajam penglihatanku. Ia rukuk, sujud dan membaca ayat-ayat panjang. Ia rukuk dan sujud lama sekali. Ia berdiri dihadapan Rabbnya dengan kedua tangan terangkat. Sungguh pemandangan terindah yang pernah kusaksikan. Ia amat cantik dalam kekhusyu’annya, lebih cantik dari saat memakai pakaian pengantin dan pakaian tidurnya. Sungguh kini aku betul-betul mencintainya, dengan seluruh jiwa ragaku”

Seusai shalat ia memandang kearah suaminya. Tangannya dengan lembut memegang tangan suaminya dan membelai rambutnya.

Masya Allah, SubhanAllah, sungguh luar biasa wanita ini. Kecintaannya pada sang suami, tak menghilangkan kecintaannya kepada kekasih pertamanya, yakni ibadah. Ya, ibadah kepada Allah, Rabb yang menjadi kekasihnya. Hingga bulan kedepan wanita itu terus melakukan kebiasaannya, sementara sang suami menghabiskan malam-malamnya dengan begadang, memainkan alat-alat musik yang tak ubahnya begadang dan bersenang-senang. Ia membuka pintu dengan perlahan dan mendengar bacaan Al-Qur’an yang demikian syahdu menggugah hati.

Dengan perlahan dan hati-hati ia memasuki kamar sebelah. Gelap dan sunyi, ia pertajam penglihatannya dan melihat istrinya tengah berdo'a. Ia mendekatinya dengan lembut tapi cepat. Angin sepoi-sepoi membelai wajah sang istri. Ya Allah, perasaan laki-laki itu bagai terguyur. Apalagi saat mendengar istrinya berdo'a sambil menangis. Curahan air matanya bagaikan butiran mutiara yang menghiasi wajah cantiknya.

Tubuh lelaki itu bergetar hebat, kemana selama ini ia pergi, meninggalkan istri yang penuh cinta kasih? Sungguh jauh berbeda dengan istrinya, antara jiwa yang bergelimang dosa dengan jiwa gemerlap ditaman kenikmatan, dihadapan Rabbnya.

Lelaki itu menangis, air matanya tak mampu tertahan. Sesaat kemudian adzan subuh. Lelaki itu memohon ampun atas dosa-dosanya selama ini, ia lantas menunaikan shalat subuh dengan kehusyuan yang belum pernah dilakukan seumur hidupnya.

Inilah buah dari do'a wanita shalihah yang selalu memohonkan kebaikan untuk sang suami, sang pendamping hidup.

Beberapa tahun kemudian, segala wujud pertobatan lelaki itu mengalir dalam bentuk ceramah, khutbah, dan nasihat yang tersampaikan oleh lisannya. Ya lelaki itu kini telah menjadi da’i besar dikota Madinah.

Memang benar, wanita shalihah adalah harta karun yang amat berharga dan termahal bagi seorang lelaki bertakwa. Bagi seorang suami, istri shalihah merupakan permata hidupnya yang tak ternilai dan “bukan permata biasa”. (Ummu Asyrof dari kumpulan kisah nyata, Abdur Razak bin Al Mubarak)

Diambil dan diketik ulang oleh Redaksi dari: Majalah Elfata edisi 08 volume 07 tahun 2007.

Monday, October 7, 2013

Sayang Sayang

Sayang Sayang Lyrics / Lirik :
Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Sambil edit video family day...dengar lagu ni..termasuk dalam video jugak lagu ni pun

Sunday, October 6, 2013

Senja Nan Merah

 
 
Senja Nan Merah – Ziana Zain ft. Awie
 
Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa terasa
 
Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar
Mencipta keheningan rahsia
Pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini
 
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah
Liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya
Dalam hidup seribu warna
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
 
Haruskah kita mencari dalam senja begini
Kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi
Membilang kenangan yang abadi
Seperti menuggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan disebalik
Awan yang merah
Dibalik awan yang merah
Dibalik awan yang merah


 
Lagu ni jarang jer dengar sebelum ni, tapi sekarang ni kerap jugalah dengar, terngiang2 dalam kepala hahaha. Bila pergi mana2 jer, asyik terdengar lagu ni jer, kebetulan ke apa. tertunai juga hajat nyanyi lagu ni. seronok betul rasa.  hahaha. Istimewa sangat rasanya dapat nyanyi......... :) Lain kali nak nyanyi lagilah... :)

Saturday, October 5, 2013

Bowling tournament skkj2

 
Ni tahun kedua CM kat SKKJ2 menyertai pertandingan bowling anjuran BKGK SKKJ2. Tahun lepas kalah tahun ni kalah lagi, hahaha. Sedih betul tak dapat tunaikan hajat seseorang hehehe. Kalah xpe, yang penting enjoy dan dapat mengeratkan lagi hubungan diantara family-family warga SKKJ2.  Tahun lepas game ni di buat di Klang Parade, memandangkan Klang Parade tengah renovation terpaksa di buat di Summit USJ Subang Jaya. Jauh sikit la, tp CM konvoi dengan cikgu2 lain kat sekolah. Tapi masa konvoi ramai yang sesat, tertinggal disebabkan tukang yang bawak konvoi tu pemenang lumba kereta kat Sepang haritu, hahaha. Solute la dia bawak kereta, memang pro betul jalan2 semua tu. :) kalau tak konvoi sesat jugak sebab CM tak pernah sampai lagi kat sana walau hampir 7 tahun tinggal kt Lembah Klang. :). Kalau difikirkan tak nak pergi sebenarnya,  tapi kalau kawan tu ajak memang sukar nak tolak. Lain kali ajak lagi yer..:) Kalau orang lain ajak susah sikit nak join :). Tahun depan BKGK buat pemilihan ajk baru lak. Sedihnya,  sebab BKGK tahun ni memang mantap giler. Yang paling best sekali lepas game bowling tu. Main bowling tak la best sangat. :). Satu kenangan yang tak dapat dilupakan, hahaha seronok betul. Apa2 pun terima kasih banyak2 kepada yang berkenaan  (",) selepas game bowling tu...lain kali giliran CM lak yer... :).  Tu jelah sedikit coretan main bowling tahun 2013. :).