Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh kawan CM di blognya untuk CM memberi komen dan semangat untuknya. CM tahu besar ujian yang di tempuhinya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai ujian dilaluinya dengan penuh sabar namun ada ketikanya CM tengok statusnya ada kekecewaan dan putus asa. CM tahu dia dan sominya bukan jenis macam tu. Jika mereka tidak kuat tak mungkin Allah akan memberi ujian sebegitu untuknya. Selalu kawan CM itu menyebut 'andai itu takdirnya' seolah2 dia dah pasrah dan redha dah segala kemungkinan yang terjadi. Bagi CM itu bukanlah takdirnya lagi. Ini kerana dia sebelum ni dah diberi rezeki 'itu' sekejap, maknanya rezeki tu pasti ada lagi nanti cuma Allah nak uji kesabaran dia sahaja tu. Mesti dia akan cakap sampai bila? Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Percayalah sahabatku rezeki Allah tu amat luas sekali dan tak terhitung oleh hambanya. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah tidak suka akan hambanya yang berputus asa. Teruskan usaha serta tawakal kerana Allah tidak zalim untuk hambanya dan doa dari CM tidak akan putus untuk dia sahabat. Semoga sahabat CM ni diberi kekuatan diri dan semangat yang kuat untuk menempuhi ujian yang sementara ini. Percayalah doa mu pasti akan termakbul dan akan tiba suatu hari nanti rezeki 'itu' akan datang nanti dan pasti akan membahagiakan kamu wahai sahabat, Insyaallah.
0 Komen:
Post a Comment