Petang ni nak jadi ustazlah kejap. Hahaha. Bukan nk jd ustaz pun cuma sebagai renungan untuk kita bersama. Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. CM dulu2 pun selalu tertinggal solat kerana lalai dan alpa. Sekarang alhamdulillah, sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk agama Allah. Kalau kat sekolah, CM akan tinggalkan kelas sekejap untuk menunaikan perkara yang wajib dulu. Biarlah orang nak cakap CM ponteng kelas pun asalkan kewajipan kita sebagai umat islam tetap ditunaikan. Dulu2 masa bujang hati selalu tidak tenang. Sebabnya selalu tinggal solat. Sekarang hati berasa sangat tenang kerana sentiasa mengingati-Nya. Orang cakap jahat macam mana pun kita, jangan sesekali tinggalkan solat. Tapi biasanya orang yang solat ni xdelah buat jahat sangat pun. Kadang2 ada sesetengah orang ni masa ditimpa musibah sahaja baru nak ingat Tuhan. Masa senang bukan nak solat pun. Masyallah. Ada juga CM perhatikan kawan2 yang tak solat. Hmmm tak tahu nak cakap apa dah. Sibuk sangat dengan kerja sampai nak solat tak sempat. Takkan la kita nak tegurkan, semua dah besar dah. Pandai la fikir mana baik mana buruk. Sebab apa CM cakap macam tu sebab tak pernah terserempak atau tengok pun kawan tu solat. Tapi tak tahu la jika dia solat senyap2. Astargfirullah hal azim. Semoga CM bersangka baik sentiasa. Diharap tanggapan CM ni salah. Semoga tidak menimbulkan fitnah. Insyaallah. Kadang2 CM berfikir mengapa doa CM tidak dimakbulkan oleh Allah? Mungkin solat itu belum lagi sempurna. Sentiasa belajar dan belajar lagi agar solat kita diterima oleh Allah. Kadang2 kalau banyak berfikir pun, solat kita jadi tak kusyuk. Kalau boleh hindarkanlah berfikir semasa solat. Gangguan iblis tu sentiasa akan mengganggu kita. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Insyaallah. Jangan tingalkan solat tau! :)
0 Komen:
Post a Comment