Apa tu hint? Nanti CM cerita. Semalam kawan lama CM tegur CM dlm chat. Kawan lama tu merangkap BFF CM masa kat UM dulu. Dia antara kawan pompuan yang CM baik berbanding yang lain2. Berceritalah sambil tanya khabar. Kawan CM tu dah kahwin dah 5 tahun lepas namun belum dapat rezeki anak lagi macam kawan kita sekarang ni. CM akan sentiasa doakan kawan2 CM ni cepat dikurniakan rezeki itu. Insyaallah. Sebelum ni tak tahu pun kisah sebenar disebalik cerita dulu. Rupanya baik dulu tu ada tanda2 jugak. Dia cakap dia dah bagi hint dulu tapi CM x faham. Hint tu maksudnya tanda2 yang dia suka kat CM. Terkejut CM semalam dia cakap gitu. Mmg dulu CM perasan ada hint2 tu tapi x la rasa dia suka kat CM. Kalau CM faham masa tu mmg jodoh CM dah kot. Dia tunggu CM cakap jer. Hahaha..Tapi jodoh mmg ditentukan oleh Allah s.w.t dah. Banyak kali dia bagi hint rupanya. Tapi langsung CM x faham. Kononnya masa tu CM x reti la benda2 mcm tu. Hahaha. Padahal dalam hati masa tu ada rasa suka jugak. Dah xde jodohkan. Semalam bila dia cakap baru CM tahu. Lucu betul. Dia antara yang paling best sangat dalam hidup CM masa tu. Semalam mengamit kenangan betul rasa. Hahaha..tapi tu kisah dulu la. Tersengih sorang2 CM semalam hahaha. Dekat subuh baru stop. Kebetulan dia study untuk interview SPP untuk penempatan guru gstt yang diserap dulu. Sekarang semua dah bahagia dengan keluarga masing2 dah. Seronok tengok semua bahagia cuma rezeki mereka itu belum tiba lagi. Insyaallah CM akan sentiasa doakan yang terbaik untuk uols semua. Baru dapat tahu kisahnya....tak bertepuk sebelah tangan rupanya dulu hahaha.
0 Komen:
Post a Comment