Malam ni nak cerita pasal sensitif. Ada sesetengah orang ni tak boleh nak bergurau kerana mudah sangat sensitif. Bila kita bergurau mereka akan mudah sensitif dan tak suka dengan gurauan kita tu. Kita anggap perkara tu biasa jer tapi ada setengah orang boleh ada setengah orang tak boleh. Ni nak cerita pasal kawan sorang ni mudah sensitif. Tu pun kawan baik dia yang bagitahu CM. Ada la satu hari tu CM pos gambar dia tgh berbaring kat dalam group kitaorang jer. Tapi dia marah lak kat CM dan menuduh CM nak menjatuhkan maruah dia. Laaa itu pun nak marah. CM akan tu biasa jerkan. Kawan2 jer tgk. Masa tu CM tak tahu pun, tapi kawan baik dia merangkap kawan CM jgk bagitahu CM. Terkejut gak la sebab benda tu boleh jadi dia nak marah kat CM. Tapi dia x cakap pun, cuma cakap2 belakang jer. Kutuk2 gitu jer. Pantang betul CM kalau jenis orang cakap belakang gitu terus CM jumpa kawan CM tu settlekan masalah. Terkejut gak dia CM panggil dia waktu tengah hari tu masa dia datang sekolah. Cuma sempat cakap kejap jer sebab ramai cikgu2 lain kat situ. Last2 jumpa lak kat tandas terus cakap dari hati ke hati. Baru settle masalah tu. Tak bestla kan kalau cakap belakang gitu. Terus cakap depan jer kalau x suka cara kita bergurau tu kan. Senang la kita nak mitak maaf ke apa. Nasib ada kawan sorang lagi bagitahu CM. Dah tahu dia sensitif CM x gurau dah la lepas ni gitu dengan dia. Senang cerita. Ada sorang lagi kawan tu tak puas hati gak dengan CM. Tak puas hati pasal apa pun tak tahu la CM. Tu pun kawan dia yang cakap kat CM. Kalau tak CM tak tahu. Depan bukan main lagi baik rupanya belakang dok ngutuk kita. Sakit hati betul rasa. Dah la lama dah tak gurau dengan dia, tiba2 jer tak puas hati jugak. Gila ke apa. Tapi CM malas nak ambik hal pun. Nak buat tak tahu jer. Biarlah orang tak suka pun asal jangan ludah kat muka.kita sudah. Nak buat macam biasa jer walau tahu bukan semua kawan tu baik. Baik di depan tak bermakna baik di belakang. Biarlah orang nak kata apa pun kat CM asal CM tak kacau orang. Kawan baik pun tak semestinya baik dan jujur selalu dengan kita. Itu perlu diingat selalu. Motto baru untuk CM malam ni 'Jangan terlalu mempercayai seseorang itu walaupun kawan baik sekalipun'. Itu jelah luahan CM untuk malam ni. Nak tido dulu esok ada perkhemahan Ko-Kurikulum. Bye
0 Komen:
Post a Comment