Malam ni nak cerita pasal sahabat sejati. Sebelum ni asyik BFF jer. Ada ker BFF? Perasan jer lebih hahaha. Xpelah perasan pun yang penting bahagia. Kuang3. Sebut pasal sahabat sejati ni ia boleh dikatakan cukup perfect dan istimewa dalam hidup kitakan. Istimewa mcm mana tu? Nanti CM akan ceritakan kenapa seseorang itu CM anggap dia sahabat sejati.
Pendek kata sahabat sejati ni boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

*Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
*Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
*Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
*Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
*Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
*Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
*Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
*Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
*Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
*Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Jelaskan macam mana sahabat sejati yang CM maksudkan? Siapa sahabat sejati CM? Adakah sahabat sejati CM mempunyai ciri2 seperti diatas? Mestilah ada sebab tu CM anggap dia sahabat sejati CM walau tak semua yang disenaraikan diatas, ada 5 ciri pun dah cukup dah. Kenapa CM anggap dia sahabat sejati? Sebabnya ialah sahabat yang biasa tak ada ciri2 seperti diatas. Sahabat sejati akan sentiasa membantu kita menjadi orang yang terbaik di dunia dan akhirat. Berani tegur kesilapan kita, sentiasa menasihati kita, sentiasa memberi semangat untuk kita, sentiasa berusaha menjaga hati kita, sentiasa menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu kita dalam apa jua keadaan. Sahabat sejati CM ada tak semua tu? :) itu hanyalah diantara yang tersurat sahaja yang CM citer. Banyak lagi perkara2 yang tersirat belum diceritakan. Bila CM anggap orang tu sahabat sejati, diharap sahabat tu pun sama juga. Semoga CM tak perasan lebih untuk kali ini. Hahaha. Tu jelah pasal siapa sahabat sejati CM. Babai.
0 Komen:
Post a Comment