Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipertanyakan dan tidak terlihat mampu dipercayai. Bila keadaannya sudah seperti ini maka memelihara fikiran – fikiran negatif sama sekali tidak akan menguntungkan.
Maka abaikan dan hapuskan bila fikiran negatif mula bersarang di hati.
Bayang – bayang gagal, takut membina sesebuah hubungan suami isteri, trauma masa lalu dan fikiran negatif lain sebaiknya segera dihilangkan.
Fikiran – fikiran negatif itu harus digantikan dengan semangat optimis dan selalu menaruh harap kepada Allah yang kita bergantung harap.
Jangan Berkeluh Kesah Tentang Perkara Yang Tidak Dimiliki
Merupakan sebuah kebahagiaan luar biasa bila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang telah kita miliki dan tidak mahu mencaci apa yang tidak kita miliki.
Hidup ini adalah rentetan syukur yang tidak berkesudahan, bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang berada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayang hanya akan menyisakan harapan tidak berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesyukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran.
Selalu sahaja ada nikmat yang tidak ada pada kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki. Sebeberapa melimpah nikmat dunia ini tidak akan dapat kita miliki semuanya.
Mencuba berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.
Jangan Mendengar Gosip
Sudah pasti gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Memang kecederungan telinga kita adalah mendengar apa yang membuat kita seronok, apa yang membuatkan kita gembira dan apa yang membuatkan rasa ingin tahu membuak – buak.
Namun kadang kala rasa ingin tahu itu hanya akan memberikan penyesalan. Apatah lagi bahan percakapan yang dibincangkan adalah kita. Huhu.. sangat prihatin!
Oleh itu alangkah lebih baik kalau kita tidak mendengar semua yang diperbincangkan orang tentang kita. Manusia yang memberi komen itu adalah hal biasa, yang tidak biasa adalah kita yang selalu memberi respons terhadap apa sahaja komen mereka.
Kadangkala telinga lebih baik ditutup dan mendengar yang baik – baik sahaja.
0 Komen:
Post a Comment