Pengalaman yang tidak boleh dilupakan, pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia mengikuti rombongan kebudayaan membuat persembahan di negara tersebut. CM mewakili negeri Kelantan dibawah akademi arjunasukma membawa kesenian dikir barat dan wayang kulit untuk memperkenalkan budaya kelantan amnya Malaysia di negara tersebut. Perjalanan CM ke sana dari Klang ke sana mengambil masa hampir 10 jam lebih. Dari Klang kami menaiki kereta ke Jeti Stulang Laut seterusnya menaiki feri ke Pulau Batam dan sekali lagi menaiki feri dari Pulau Batam ke Tanjung Pinang.
Jeti Stulang Laut
Feri ke Pulau Batam
Pintu masuk Pulau Batam
Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Sampai disana kami dibawa menginap di Hotel Bintan Beach Resort ( BBR). Hotel itu agak selesa tetapi jauh dari kawasan bandar. Pergerakan untuk ke sesuatu tempat agak terhad kerana hotel tersebut terletak jauh dari jalan utama. Kami bergerak dengan bantuan PANITIA atau pemandu yang dikhaskan untuk membawa kami dari negeri kelantan ke tempat membuat persembahan atau ke tempat lain.
Sampai di lobi hotel menunggu kunci bilik
Ni la nama hotel CM menginap
Bilik CM jer 3 orang sebilik,bilik lain 2 orang jer
Kotak nasi yang cantik
Ni la menu hari-hari selama 4 hari, xde kuah...adoiii
CM berada di Tanjung Pinang selama 4 hari. Hari pertama team kami membuat acara perarakan di hadapan wakil presiden indonesia. Banyak negara yang menyertai Perhelatan Tamadun Melayu 1 antaranya Thailand, singapura, Brunei, Malaysia dan beberapa lagi kepulauan seluruh Indonesia. Malaysia menghantar wakil dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Johor, Selangor, dan Kelantan. Setiap negeri mempersembahkan kebudayaan masing2. Pada hari perarakan, kawasan Tanjung Pinang dipenuhi pasukan tentera dan polis Indonesia yang berkawal.keselamatan wakil presiden Indonesia. Peserta perarakan di buat pemeriksaan sebanyak 3 kali seorang sebelum dibenarkan berarak dihadapan wakil presiden tersebut. Perarakan tersebut berjaya dijalankan dengab sempurna.
Henny dan Cut Zulaikha, pembantu kami selama 4 hari disana
Bersama Datuk Nazri, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sana
Posing sebelum perarakan
Tentera Indonesia yang berkawal ketat
Pada Keesokaannya, kami dikehendaki membuat persembahan wayang kulit. Yang menariknya ini kali pertama CM main muzik wayang kulit iaitu canang. Nampak senang tetapi susah sebenarnya. Alhamdulillah, persembahan tersebut berjaya dilaksanakan.
Wayang Kulit di Gedung Fatimah (Gedung tu Dewan la)
Latihan Wayang Kulit sebelum membuat persembahan pada malam tersebut
Pada hari ketiga pula, kami dikehendaki membuat persembahan dikir barat pula di pentas utama. Agak ramai penonton pada malam itu. Kami mempersembahkan persembahan yang bertenaga dan berjaya mencuit hati rakyat indonesia. Rasa bangga membuat persembahan pada malam tersebut kerana semua penonton bertepuk tangan sehingga diminta untuk membuat persembahan pada malam penutup Perhelatan Tamadun Melayu 1. Kami satu2nya wakil dari Malaysia membuat persembahan pada malam penutup tersebut.
Rehearsal sebelum membuat persembahan malam tersebut
Persembahan bertenaga yang memukau penonton
Pada hari ahad, hari terakhir kami di sana, kami dibawa berjalan pusing pulau penyengat oleh Datuk Nazri. Nak pergi ke Pulau Penyengat perlu menaiki bot. Bila sampai di sana kami solat zohor di masjid yang dibina menggunakan putih telur. Mengikut kepercayaan orang disana, kalau pasangan yang bercinta pergi sana boleh menyebabkan putus lepas tu kalau berada di masjid sana tidak boleh tersalah cakap. Lepas selesai solat kami pusing pulau tu dengan menggunakan kenderaan yang di panggil sebagai becak. Bayarannya ialah 30 ribu rupiah. Rupanya di sana terdapat banyak kubur raja2 zaman dahulu. Kiranya di pulau tu menyimpan seribu satu sejarah tamadun melayu.
Naik bot Pancung ke Pulau Penyengat
Sejarah Masjid di Pulau Penyengat
Menaiki Becak
Masjid yang di perbuat daripada campuran putih telur
Pulau Penyengat dipenuhi dengan makam kesultanan zaman dahulu
Selepas pusing pulau, ingatnya nak shopping tapi rupanya pada hari ahad kedai buka separuh hari sahaja. Jadi terlepas la shopping. Banyak benda yang tak sempat dibeli. Jadi yang sempat dibeli hanya kain sarung jawa, baju batik untuk adieb, magnet peti ais dan kerepek jer. Kain sarung batik CM sempat beli 4 helai jer. 1 untuk isteri, mak, mak mertua dan kawan. Yang istimewa jer dapat :). Kami bertolak pulang pada hari pagi isnin lebih kurang jam 8 pagi dan sampai di klang pada pukul 7 petang. Pengalaman disana cukup memberi pengalaman baru kepada CM kerana itu pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia. :)
Semoga jumpa lagi di lain masa
Banyak lagi cerita yang belum di ceritakan, kalau hendak ditulis semuanya boleh buat novel ni. ini secara ringkas perkongsian CM di sana
2 Komen:
Cpa yang Buat ni ??? Hebat
saya la henny yg buat tu..
Post a Comment