Isu kali ni agak hot sikit. Tapi dah itu ada dalam kepala sekarang ni, terpaksa CM tulis. Kalau tak tulis tak ingat lak. Ada satu kisah ni, seorang hamba Allah kalau depan bos lembut dan baik jer buat kerja. Semua cakap pasal kerja. Itu dah buat ini dah buat sedangkan hakikatnya kelas pun tak masuk. Nak di jadikan cerita, hari tu ada la open day kt sekolah. CM ni cikgu kelas jadi terpaksa menjawab segala pertanyaan ibu bapa. Ada satu kali tu ibu bapa tanya kenapa band dia rendah untuk subjek tersebut. Subjek tu bukan CM yang ajar jadi CM tanya la anak diasiapa yang ajar subjek tu, dia pun cakap la cikgu tutttttt. :) CM tanya lagi dia ajar apa dah sekarang ni depan ibu bapa tersebut, murid tu jawab cikgu tu langsung tak pernah masuk kelas ajar subjek tersebut. Terkejut CM dengar. Untuk cover balik CM cakap la mungkin cikgu tu ada kursus kot tak sempat masuk lagi. Dah la bagi band rendah kelas pun x masuk susah la macam tu. Rasanya dia pernah dapat APC, tapi kalau kelas tak masuk CM rasa tak layak dia dapat anugerah tu. Bukan CM nak jeles, dah tu rezeki diakan tapi sekurang2nya masuk la kelas jarang2 walau malas sekali pun, ini tidak, langsung tak masuk kelas tu. Bukan sorang CM tanya tapi banyak orang murid jugak la. Tersenyum sendiri bila CM dengar dia tak masuk kelas. :)
Nampak tak disitu bahawa nak dapatkan sesuatu perlu bodek, perlu kipas, perlu econ. Kalau kita buat kerja ikhlas, Insyaallah Allah akan membalasnya. Tak perlu mengharapkan penghargaan di dunia jika buat kerja tak ikhlas dan kaki bodek bos. Mulut manis bila bercakap tetapi hakikatnya...Allah sahaja yang tahu. CM selalu berdoa agar diri ini di hindari sikap kaki bodek atau kaki ampu ni. Biarlah orang menilai kerja kita tak perlu nak ampu bos nak dapatkan penghargaan. Semoga CM menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan tidak menjadi kaki bodek semata2 untuk dapatkan ganjaran didunia. Semoga ganjaran akhirat dari Allah lebih mulia dan nikmat lagi. Insyaallah.
0 Komen:
Post a Comment