Tuesday, November 30, 2010

Cikgu 2



Dalam dunia pendidikan kita akan berjumpa pelbagai ragam guru dan pegawai pendidikan. Kepelbagaiaan ini wujud di semua peringkat sama ada kementerian, JPN,PPD dan sekolah. Ragam-ragam ini yang mewarnai rencah sari dunia pendidikan. Kalau bercerita tentang budak sekolah lagilah banyak kerenah dan cengkadaknya.


Hari ni aku nak cerita pada anda semua tentang seorang pendidik yang tiada istilah dapat mengambarkan tentang dirinya.. Kadang-kadang macam tak betul pun ada, macam sasau pun ada. Senang cerita aku istilahkan wayar putus.


Lokasi sekolahnya terpaksalah aku rahsiakan. Dia ini merupakan seorang guru wanita yang baru dipostingkan daripada daerah lain. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai di sekolah lama pun baynyak masalah yang ditimbulkan. Memang agak sukar bagi mana-mana pentadbir sekolah nak handle orang macam ni.

Semasa mula-mula dia dipostingkan di sekolah sekarang, dia merwar war kepada semua orang bahawa dia dihantar ke situ dengan membawa satu misi kementerian. Itulah sebabnya dia di hantar ke situ. Olah kerana dia ni hebat dan sentuhannya sentiasa menjadi maka dia di hantar ke sekolah tersebut untuk merubah keadaan disitu.


Katanya lagi mana-mana sekolah yang dia pergi dia menggalas tugas dan misi kementerian untuk membetulkan sekolah tersebut. Kiranya dia ni troubleshooter la. Sebenarnya troublemaker. Katanya lagi dia mempunyai banyak idea canggih yang tak mampu difikirkan oleh orang lain. Bukan main power ayat dia ni.

Oleh kerana kata sudah terlepas daripada mulut maka terpaksalah dikotakan semua janji tersebut. Seterusnya dia memulakan sentuhan ajaibnya yang pertama . Antara sentuhan ajaibnya yang memberi impak besar kepada sekolah ialah dia menawarkan diri untuk menulis kata-kata hikmat pada dinding sekolah.


Setelah mendapat kebenaran darpada pihak Pengetua maka projek tersebut dimulakan lah dengan menelan kos berjuta-juta ringgit. Semua orang menanti dan menunggu sentuhan ajaib serta idea canggih yang diwar-warkan sebelum ini.


Hampir semua dinding sekolah ditulisnya dengan kata-kata hikmat. Macam-macam kata hikmat ditulisnya. Namun hasilnya amatlah mendukacitakan. Aku tengok dah macam contengan anak-anak aku kat dinding rumah .


Warna yang digunakan langsung tak matching. Kome bayangkanlah semua dinding kat sekolah berkeadaan begitu. Bayangkan setiap masa kita melihat contengan yang menyakitkan mata.

Apabila diberitahu tentang tulisan tersebut.Dengan pantas dia menjawab inilah teknik freehand. Katanya kepada seorang Cikgu Seni. Mungkin pada anggapannya Cikgu seni tak tau apa itu Freehand. Kalau cantik tak pa. Ini ikut suka dia je.


Apa yang terlintas dalam kepala dia, dia akan tulis. Oleh kerana dia tak sukat dinding tu dengan ukuran tertentu maka ada perkataan yang tak muat di barisan pertama dia akan sambung di barisan kedua. Contohnya Sekolah ku Syurga ku. Setengah pekataan Syu kat baris atas. Sambungan rga kat bawah. Kome bayangkan lah.

Maka memang berubahlah keadaan sekolah tersebut dengan sentuhan ajaibnya. Berjaya juga misinya nak membawa perubahan yang besar. Semua orang pening kepala tengok apa dia buat. Dia buat selamba je malah sangat berbangga dengan hasil kerja seni masterpiece yang agung itu. Kalau Picasso tengok tulisan ni mau pengsan agaknya. Mungkin ini juga yang dia katakan idea canggihnya itu. Memang Cangggggggihhhhhhhhh....


· Baru-baru ni dinding tersebut telah dicat semula.

Cikgu 1



Jadual waktu dan guru adalah ibarat isi dan kuku. Jadual waktulah yang menentukan pergerakan seharian cikgu di sekolah. Tanpa Jadual Waktu sekolah akan jadi haru-biru dan tenggelam punca. Selalunya jadual waktu ditampal di meja atau dalam buku rekod mengajar.


Jadual keseluruhan guru dalam sesebuah sekolah biasanya dipegang satu salinan oleh pengetua. Sebagai guru kita mesti mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan. Perubahan jadual waktu memang kerap berlaku terutamanya awal tahun.


Namun kadang-kadang sehingga pertengahan tahun pun jadual waktu masih di rombak disebabkan perkara-perkara yang diluar jangkaan dan tidak dapat dielakkan. Aku nak sambung sedikit lagi cerita tentang cikgu wayar putus dan jadual waktu.


Cikgu ni memang tak pernah hirau dan kurang ambik berat tentang jadual waktu. Kadang-kadang ikut suka dia je nak masuk kelas. Banyak kali insiden dia nak termasuk kelas orang lain. Kadang-kadang orang lain terpaksa menunggu dia tak keluar-keluar dari kelas yang dia mengajar walaupun masanya dah habis.


Selalunya apabila dia tiba di satu-satu kelas semacam dah jadi satu amalan dia akan bertanya pelajar "waktu apa sekarang ni?" walaupun masa tu ada cikgu lain dalam kelas tersebut. Pelajar-pelajar pun kadang-kadang dah jemu nak jawab soalan. Ini menunjukkan kelemahan dia sebagai guru yang mungkin tak ambil tahu atau kurang ambil tahu tentang jadual waktu.


Pada satu pagi yang bening dia tergopoh-gapah datang ke kelas dan terus nak masuk kelas tu. Oleh kerana ada cikgu lain sedang mengajar di dalam kelas tersebut maka seperti biasa dia akan bertanya kepada pelajar "Waktu apa sekarang ni?". Yang bestnya tu ada sorang budak jawab "kalau jadual waktu pun tak tau, tak payah jadi cikgu le".


Mungkin pelajar ni dah jemu hendak menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Sekali dengar memang kasar jawapan budak tu. Tetapi kalau difikirkan kali kedua ada kebenaran jawapan itu. Jadi Cikgu Wajib kena tahu jadual waktu. Jadual waktulah yag akan menentukan kelicinan dan kelancaran Core Business P&P. Kalau tidak jangan le jadi cikgu.....

contact me

Kepada sesiapa yang nak berkongsi link blog masing-masing atau nak  ajukan pertanyaan bolehlah hubungi moka pakai form ni.Jika nak kongsi  link. Masukkan link blog anda di sini.






















                           
   Nama:
  
  
  
  
   Masukkan email anda:
  
  
  
  
   Subject
  
  
  
  
  
  


Click here to put a form like this on your site.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...