Tuesday, August 11, 2015

Rindu?

Betul kata hafiz hamidun ni, sebab ianya percumalah ramai orang sia2kn perasaan itu. Bila dah xde baru nak meratapi atau baru nak hargai erti rindu itu. So selagi masih ada kesempatan ini, manfaatkanlah perasaan rindu itu kepada orang yang disayangi dan dirindui selalu.

Monday, August 10, 2015

Tokoh Dikir Barat Kelantan 2015

Tahniah my father yang dianugerahi tokoh dikir barat negeri kelantan buat kali ketiga dah kalau CM tak silap. Mungkin ramai tak tahu yang ayah CM merupakan pengiat kesenian dikir barat antara yang paling lama di negara kita. Barisan pengiat seangkatan beliau dah ramai meninggalkan kita semua.. alhamdulillah semoga Allah memanjangkan umur ayah CM ni. Oohhh lupa nak bagitau, nama ayah CM ni orang panggil Dollah Tok Deh atau Dollah Anak Singa atau Pak Nik Lah. Merupakan seorang tukang karut lagend di negeri Kelantan. Alhamdulillah pada saat ini ayah CM masih diberi kesihatan yang baik. Syukur alhamdulillah. Kalau sape2 nak jemput ayah CM buat show boleh la hubungi ayah CM tu atau PM jer CM. :)

Galeri sejarah

Alhamdulillah... semakin menampakkan hasil dah galeri sejarah yang telah lama tertangguh... banyak lagi benda bak krna buat. Hari ni batu siap gantung banner sebagai backdrop galeri sejarah ni. Semoga dipermudahkn proses seterusnya....rada nak patah pinggang gantung banner sorang2 yang saiznya 24 x 10 kaki.... huhu.. xpelah buat aorang pun yang penting projek kita ni siap.... next porjek tgh byk menanti..... semoga dipermudahkan... aminnnn

Thursday, August 6, 2015

Tempahan Design Banner dan Bunting

Berita baik bagi sesiapa sahaja nak tempah design banner atau bunting dan print sendiri. CM menawarkan perkhidmatan mengdesign banner atau banting dengan kos yang murah jer. HANYA RM15 SAHAJA 1 design Bunting dan RM20 untuk banner. Murahkan?  Kalau anda design di kedaikan, harga untuk 1 design bermula dari RM40 keatas....mahalkan?. Kos print baru RM1 satu kaki. Kos design tu jer mahal.Kalau CM design anda hanya bawak pergi print sahaja. Kalau bunting saiz 2 x 5 kaki baru RM10 jer print. Try bagi orang kedai design dan print.Upah design RM40 + Print RM50 dah kosnya. mahalkan? So kalau sape2 yang tak pandai nak design boleh la whats up CM-017-9080175.
Kat bawah ni adalah beberapa contoh2 bunting dan banner yang CM telah buat untuk sekolah. Ni jer sempat upload..banyak sangat tak larat nak upload :)
















Sunday, April 5, 2015

Pertandingan dikir barat hari kraf kebangsaan

Kerja gila. Hahahah.. tu jelah boleh cm katakan. Pertama dan terakhir CM jadi tukang karut dikir. Hahaha... walaupun tengok skrip tapi CM tetap enjoy hahaha.... sangat2 melucukan betul...adoii...hahaha

Button badge

Sempena pelancaran program 'The Champion' Kaunselor sekolah CM mintak tlg buatkan button badge. Jadi CM buatlah. Lepas tu nak dijadikan cerita, kaunselor sekolah CM tu pun promote kat group wasap kaunseling daerah klang. Jadi bertalu2 cikgu2 sekolah cal CM mtk tlg buatkan button badge. Hahaha. Jadi nilah hasilnya....alhamdulillah... siap dalam masa sehari

Wednesday, March 25, 2015

Banner pibg

28.3 nanti mesyuarat agong pibg sekolah CM akan diadakan. Nampaknya CM masih mengekalkan jawatan sebagai ajk lg utk tempoh 2 tahun lg. Adoiii. Lepastukan CM pegi tya GB kenapa la lantik saya lagi. GB jawab ala ajak jer, bukan kau dtg pun hahahaa sambil dia gelak. Amboii baru sekali jer tak dtg. Huhu. GB seloroh je tu. Dia ckp sebab senang nak mtk sumbangan sebab CM ni S/U Koko. Emm yelah tukan. Jadi utk mesyuarat agong kali ke 13 ni CM ditugaskan untuk membuat banner. So nilah hasilnya. Ada kawan cm ckp mcm banner pbsm hahahah.... x perasan plak.:)

Banner tangga

Alhamdulillah. Akhirnya projek menampal kata2 hikmah ditangga akhirnya siap juga. Rasa nak patah pinggang2. Hahaha. Apa2 pun sangat2 berpuas hati kerana projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, March 19, 2015

Fail PPB







Fail ppb ni CM jumpa kat blog sape entah, lupa dah. Mohon izin yer yer jika tuan dia terbaca. So CM just nak share kat kawan2 yang cover dan bahagian dalm. Jadi kalau nak save klik jer gambar tu tekan mouse kanan pahtu save image as. semoga bermanfaat.

Wednesday, March 18, 2015

Projek Keceriaan tangga sekolah

Lagi satu projek keceriaan sekolah yang CM akan laksanakan nanti ialah projek keceriaan tangga sekolah. Tangga2 sekolah CM akan tampal kata2 hikmah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada warga sekolah. Projek ini adalah projek Panitia Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan dengan kerjasama Jawatankuasa Keceriaan dan Kebersihan Sekolah. Semoga dipermudahkan nanti.

Galeri Sejarah

Tahun ni tahun bekerja!. Itulah motto CM tahun ni. Banyak program yang dirancang dan dalam proses melaksanakannya. huhu harap2 semua perancangan berjalan dengan lancar nanti. salah satu projek besar nanti ialah mewujudkan galeri sejarah di sekolah. Kertas kerja dah di buat dan telah diluluskan oleh guru besar. Dapat la sedikit peruntukan. So CM akan bergerak nanti sikit2. Harap2 dipermudahkan nanti insyaalah.

Family Day Arjunasukma Family

Pada 18-19 April nanti akademi arjunasukma menganjurkan hari family day. Jadi CM pun ditugaskan untuk design poster family day. Rasa cam best jerkn pergi kat air terjun mandi ramai2, baka2 ayam buat aktiviti sama. Lama dah tak buat aktiviti macam ni. Kebetulan 19 april nanti adalah hari sukan sekolah. So CM mungkin pergi 18 hb jer. mandi2 lepas tu balik,,. hahaha. tak best lak rasa kalau tak tidur sana. Tengoklah macam mana nanti.

Tuesday, March 17, 2015

Pertandingan pantun sekolah rendah

Kali ini sekolah CM dilantik menjadi tuan rumah untuk pertandingan pantun  peringkat awal. Jadi macam biasa la CM kena design banner pantun. Hasilnya macam ni lah banner pantunnya. Mula2 CM buat warna merah, tapi background kat dewan warna merah jugak so CM tukar kepada warna hijau supaya banner ni nanti nampak lebih menyerlah di atas pentas. Ok x kawan2? Hehee

Kerja part time

Kerja part time? Part time la kononnya hahaa..sedikit ilmu dan kebolehan yang CM perolehi telah membuka pintu rezeki kepada CM. Walaupun banyak keluar dari masuk itu x kisah yang penting ilmu yang ada ni telah dapat sedikit sebanyak membantu kawan2 kat sekolah. Huhu. Ni antara contoh design jadual waktu, carta organisasi, label papan kenyataan yang CM buat untuk cikgu kelas tampal kat kelas. Ada jugak yang CM ambik dari blog orang lain lps tu CM edit sikit2. Mohon diizin yer. Alhamdulillah, bukan upah yang CM utamakan, cukupla sekadar menghargai hasil kerja CM ni dengan ucapan terima kasih. Sape2 nak tempah boleh la yer bagitau CM. :)