Friday, November 29, 2013

Perkara yang paling gembira :)

Malam ni nak tulis pendek jer... nak tahu tak perkara yang paling CM gembira atau happy?  Antaranya ialah apabila orang yang kita sayang itu sentiasa sihat dan happy selalu. :) apabila orang kita sayang tu sakit itu la antara perkara yang paling sedih... semoga orang2 yang CM sayangi ni sentiasa dalam keaadaan sihat walafiat sentiasa. Selain itu juga CM nak tengok orang yang CM sayang ni sentiasa bahagia dan dalam keaadaan mood yang baik2 jer... semoga apa yang CM doakan selama ini sentiasa dimakbulkan okeh Allah S.W.T. amin. Tu jelah malam ni pendek jer...

Thursday, November 28, 2013

Segan

Bercakap tentang segan ni semua orang perlu ada. Segan ni perlu ada dalam diri kita sebagai tanda kita menghormati seseorang. Sebagai contohnya kita segan nak bercakap tentang perkara yang mengarut dengan seseorang tanda kita menghormati dia. Lagi satu kita segan nak buat benda yang jahat jika kita segan dengan seseorang sebagai tanda kita hormat dia...contoh yang lain pula ialah kita segan dengan ibubapa, guru, orang yang kita sayang dan lain2.

Segan ni ia tak sama dengan perkataan malu. Malu ni banyak jenis. Tak perlu CM nak huraikan. Cuma CM nak bercakap tentang segan sahaja. Ada lagi contoh yang boleh buat kita segan ialah nak menegur seseorang.  Segannya rasa nak tegur seseorang yang kita hormati dia. Bukan sebab apa segan tu cuma takut dia tak terima teguran kitakan. Jadi dari segan bertukar jadi malu. :). Baik kita beringatkan. Adakalanya segan itu membuatkan kita rasa lebih berhati2 apabila bercakap sesuatu perkara. Contohnya jika kita tiada perasaan segan.kita main hentam saja bercakap dengan seseorang itu tanpa memikirkan perasaannya. Mesti orang tu tak sukakan.Tapi jika kita ada sedikit perasaan segan itu maka kita akan lebih menghormati atau lebih menghargai seseorang itu. Segan nak tulis artikel ni sebenarnya hahahah. Tapi itulah yang ada pada CM sekarang ni apabila berhadapan situasi segan ni.  Cukuplah dulu malam ni. Semoga uols sentiasa sihat dan bahagia selalu yer...

Tuesday, November 26, 2013

Takuttt!!!

Perkara yang Cm takuti sekarang ni ialah berat badan naik balikkkk. Argghh tidakkk! Tak sanggup dah nak besar balik. Tapi kenapa selera makan sukar nak dikawal sekarang ni. Kenapa semangat semakin berkurang sekarang ni... kenapa? :(...  bukan berkurang sebenarnya tapi bila hati gembira selera makan akan bertambah. Adoiii. Tambah2 cuti sekolah yang panjang duduk kat kampung lagi la berselera makannya. Macam mana nak kawal selera makan ni. Ohhhh tidakkk sanggup dah berat macam dulu. Ok mulai esokk nekad tak nak makan nasi balik dah. Baru2 ni try gak makan sikit bila sedap tertambah pulak hahaha...hmmm. tak boleh jadi nih.... ok esok CM nekad!. Nak jogging susah lak kat kampung ni. Cara yang terbaik kawal pemakanan. Yeahhhh kawal makan ok!. Semangat CM tolong la support!! :) ok enjoy dulu kat kampung bila balik klang nanti masuk gym balik...jogging dan diet! Huhuhu...

Balik kampung

Esok balik kampung setelah seminggu lebih bermulanya cuti sekolah masih tinggal kat klang selepas balik dari Sabah. Kalau dulu seronok jer nak balik kampung tapi sekarang keseronokan tu dah berkurang dah. Tak tahu apa puncanya. Mungkin salah satu faktor CM dah ada keluarga,  rumah sendiri kat sini dah. Tu rasa nak balik kampung kurang semangat dah. Kalau masa bujang dulu rasa nak balik duduk kat kampung jer. Seronok saat itu. Semua orang masih ada lagi di kampung. Sekarang bila balik rasa sunyi sangat. Ramai yang berhijrah ke luar. Syukur sangat CM masih mempunyai ibu dan ayah di kampung. Tapi Kadang2 bila sibuk dengan kerja terlupa untuk bertanya khabar mereka.  Rasa bersalah sangat dengan mereka. Insyaallah esok nak balik kampung nak bagi masa sepenuhnya untuk mereka. Lagi satu kalau kat kampung CM kat Rantau Panjang line internet agak terhad. Jadi susah sikit nak berhubung dengan dunia luar kecuali apabila balik ke rumah mertua di Kota Bharu. Walaupun terhad tetapi setakat what's up tu boleh lagi la walaupun lambat sampai hahaha.

CM rindu sangat saat dulu2 masa kecik2. Ramai kawan2 kat kampung masa tu sama2 masuk hutan melastik burung, mandi sungai, belaga buah getah, curi buah kelapa orang hahaha dan main lompat tali getah. Meriahnya. Dulu xde gajet2 semua ni. Bila waktu petang jer ramai2 keluar ke padang bermain. Ada main layang2, main kejar2, main baling tin, main guli, main sorok2, main bola dan macam2 lagi lah. Sekarang bila CM balik kampung dan tengok tempat permainan dulu dah jadi kebun getah dah. Xde dah padang untuk kanak2 bermain lagi. Semua dah jadi kebun. Sedihnya rasa. Dulu kampung CM sangat meriah sebab ramai pemuda di dalam tu kerja kat kampung jer. Sekarang semua dah berhijrah dan hanya tinggal orang2 tua sahaja. Tu pun ramai dah meninggal dunia dah. Sunyi jer sekarang ni bila balik kampung.

Keluarga CM adalah antara keluarga yang paling besar di dalam kampung tu. CM mempunyai 9 orang adik beradik. Dulu sangat meriah dalam keluarga.. sekarang bila dah besar semua berhijrah ke luar. Semua berkampung kat selayang baru. Sebab tu CM selalu pergi Selayang baru. Yang tinggal di kampung 2 orang sahaja adik beradik. Tu pun sorang lagi dah habis SPM dah. Tunggu masa nak datang KL jugak tuh. Jadi lagi la sunyi kat rumah. Time raya jelah meriah nya. Sampai berebut bilik nak tido hehehe. Sekarang kalau CM balik xde nak berebut.  Bebas nak tido kat bilik mana2 pun.

Walau sunyi macam mana sekali pun kat kampung,  CM tetap akan balik. Yang penting dapat jumpa dengan orang tua kitakan. Selagi mereka masih hidup CM akan berbakti untuk mereka. Kerana merekalah CM jadi seperti sekarang ni. Tanpa restu mereka tak mungkin CM dapat kecapi apa yang ada sekarang ni. Syukur padaMu Ya Allah.  Tu jelah untuk malam ni sementara  menunggu mata mengantuk..esok nak balik kampung dah. Cuti yang panjang ni akan CM manfaatkan sepenuhnya.  Orang kat Klang tetap CM rindu jugak. :). Jumpa nanti buka sekolah ni yer... byee

Memerah idea bina cover album

Hasil daripada seharian mengadap komputer akhirnya siap rekaan cover untuk album dikir cinta negara. Album ini adalah terbitan PENCINTA atau persatuan cinta negara naungan Datin Rosmah Mansor. Alhamdulillah setakat ni 80% dah siap. Cuma 20% lagi tunggu nak masukkan kata2 aluan daripada penaung PECINTA kat dalam album tu. Proses rakaman dah siap, cover album dah siap cuma tunggu DS Rosmah tengok dulu sebelum proses cetakan lak. Alhamdulillah syukur. :) Semua kerja dah siap jadi esok boleh balik kampung dah....bestnya. ..

Cantik tak?
 



Monday, November 25, 2013

Rahsia kasih sayang lelaki

Untuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak bersandiwara.  Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari tanda-tanda yang disenaraikan dibawah.


1.  Melakukan sesuatu dengan rela.
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu.  Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri.  Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.

2.  Sanggup berubah demi kamu
Si dia sanggup berubah kepada yang lebih baik demi kamu.  Mereka akan meninggalkan perkara-perkara yang kamu tidak sukai dan berusaha sedaya upaya menghiburkan mu dan sedaya upaya tidak akan membuat kamu bersedih.

3.  Sangat mencintai dan menyayangi kamu
Lelaki kadangkala sukar mengucapkan kata sayang kepada kamu, tetapi mereka akan menunjukkannya dengan perbuatan iaitu dengan sifat yang mengambil berat.  Insyaallah kamu akan perasankan perkara ini apabila bersama dengan si dia.  Tapi bukan perbuatan yang tidak baik dan melanggar batas agama ya..jangan salah faham.  Jika lelaki itu mengucapkan kata sayang, itu adalah lebih baik.

4.  Menampakkan sedikit rasa cemburu dan takut kehilangan
Cemburu adalah tanda sayang.  Jika sifat ini tiada pada dirinya, maka tiadalah perasaan sayang di dalam dirinya terhadap kamu.

5.  Selalu ingin meluangkan masa dengan kamu
Si dia akan berusaha untuk selalu bersama mu walaupun kadangkala terpaksa mengorbankan masa mereka sendiri.

6.  Menerima dirimu seadanya
Si dia akan menerima kekurangan yang ada pada dirimu seadanya dan cuba memahami diri mu.

7.  Sanggup menitiskan air mata demi kamu
Jika kamu ditimpa musibah atau ketika dia takut kehilangan mu, mereka akan menitiskan air mata.  Ini menunjukkan mereka sangat-sangat menyayangi mu seikhlas hati.

sumber : http://cempakamelati.blogspot.com/2011/01/rahsia-kasih-sayang-lelaki-untuk.html

CM : lalalalala

Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Sumber : http://penpatah.blogspot.com/2011/11/apa-itu-kasih-sayang-dan-cinta.html

CM : Cintakan kamu, sayangkan kamu, rindukan kamu dan kasihkan kamu :)

Sunday, November 24, 2013

Photo shoot

Petang ni ada photo shoot untuk album dikir barat terbitan JKKN di studio rakaman UM. Kebetulan tak balik kampung lagi jadi datang la nak ambik gambar untuk buat cover album. Tapi Kebetulan rakaman belum siap lagi terpaksa la CM join sekali buat rakaman. Huhu...  Antara artis yang terlibat ialah Muslih Aling Tukang Karut Dikir Barat dan Haiqal Idola Kecil anak kepada Megat Nordin. Jadi hari ni seharian lepak kat studio rakaman. :)

Saturday, November 23, 2013

Kaulah Segalanya


Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya
Chorus :
Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang
Syahdunya dengar lagu ni tgh2 malamkan..hehehe... membuatkan kita diawan-awangan... bestnya :)


Thursday, November 21, 2013

Ku Bahagia

Lirik Ku Bahagia-Sherina, OST Laskar Pelangi


Kita bermain-main
Siang-siang hari Senin
Tertawa satu sama lain
Semua bahagia, semua bahagia
Kita berangan-angan
Merangkai masa depan
Dibawah kerindangan dahan
Semua bahagia, semua bahagia
Matahari seakan tersenyum
Walau makan susah walau hidup susah
Walau tuk senyum pun susah
Rasa syukur ini karena bersamamu juga susah dilupakan
Oh Ku bahagia
Kita berlari-lari
Bersama mengejar mimpi
Tak ada kata tuk berhenti
Semua bahagia, semua bahagia

Percutian yang menyeronokkan di Sabah

Bila cuti sekolah bermula sahaja, semua orang merancang percutian untuk ahli keluarga. CM pun tak terlepas dari merancang percutian juga. Tetapi percutian ke negeri Sabah kali ini telah lama dirancang iaitu sejak bulan 1 lagi.  Kebetulan masa tu Air Asia buat promosi tiket penerbangan murah. Jadi CM ambil la peluang beli tiket ke negeri Sabah. First time nak merasa naik kapal terbang jadi excited la beli masa tuh. Punya la lama nak tunggu terbang ke Sabah akhirnya tibalah waktunya pada 18.11.2013. Seronok betul rasa perasaan masa tu apabila pertama kali naik flight dan pertama kali jugak menjejak kaki ke negeri sabah. Best giler rasa. Kami datang selama 3 hari sahaja ke negeri Sabah. Rugi betul rasa sebab banyak lagi tempat menarik yang tak sempat di lawati. Silapnya masa beli tiket flight hari tu tak fikir lak yang perjalanan sahaja makan masa dua hari pergi dan balik. jadi yang jalan betul2 sehari jelah.

Hari pertama sebelum sampai ke Sabah kami menaiki Komuter dari Klang ke KL Sentral. Lepas tu dari KL Sentral kami menaiki bas lak ke LCCT. Banyak jam jugak la ambil masa kat situ. Dari pukul 11 pagi sampai la pukul 1.30 petang. Flight kami pukul 4.30 ptg. Jadi kami pusing2 la kat LCCT sementara menunggu flight ke Sabah. Dah dekat masa nak berlepas kami pun pergi Check In dan beratur di pintu gate untuk ke Sabah. Pemeriksaan agak rapi oleh pihak keselamatan Air Port sehingga tali pinggang pun terpaksa di buka. Hmmm. Selesai pemeriksaan kami pun pergi menunggu di pintu yang telah di tetapkan untuk ke Sabah. Maka tibalah masa untuk terbang. Masa mula nak berlepas agak gementar jugak la tapi bila dah sampai kat atas rasa macam biasa lak. Adieb pula tido. Jadi takde la dia meragam masa naik flight.  Kami sampai di sana lebih kurang jam 7 malam. Selepas sampai kani terus menaiki teksi ke Hotel yang di tempah melalui agoda. Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan ke Sabah. Selepas sampai di hotel, kawan sekolah dulu yang buat sewa kereta terus hantar kereta myvi se kat hotel. Kawan CM dan wife tu bertugas sebagai anggota polis kat sabah. Jadi part time dia buat sewa kereta. Kami sewa la dengan dia dapat diskaun lagi dan extra time. Kiranya dua hari bayar sehari. Hehehe. Malam tu kami terus pusing pergi pasar malam kat kg air. Beli apa yang patut untuk dibawa pulang ke semenanjung.  Tapi sebelum pergi shopping malam tu sempat kami makan malam kat kedai berdekatan hotel. Makan biasa jer tetapi harganya agak mahal jugaklah. Tak berbaloi rasanya. Selepas selesai shopping kami terus balik tido dan rehatkan diri kat hotel. 

 Makan Mc D kat LCCT sementara tunggu flight... hancur diet




 Excited dapat naik flight hahaha



 Indahnya Ciptaan-Nya

 Adieb Penat ni

 Air cond yang suam2 kuku

 Nasi Lalap

 Nasi goreng cina?



Ni yang wife beli..CM x beli hahaha
 
Hari kedua pula, kami bangun seawal jam 5.30 pagi lagi. Perancangannya nak ke Kundasang.  Jadi kami tak nak buang masa tidur kat hotel.  Masa tu walau jam5.30 pagi tetapi keadaan cuaca dah cerah dah. Tepat jam 6.00 pagi selepas solat subuh kami bertolak ke Kundasang. Orang cakap kalau datang sabah tak pergi ke Kundasang tak lengkap percutian itu. Jadi kami melengkapkan percutian itu ke Kundasang.  Alhamdulillah jalan agak clear dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam lebih sahaja. Cuaca di sana agak sejuk  dan nyaman sekali. Kami sempat singgah di Kinabalu Park masa mula2 sampai di Kundasang.  Kabus agak tebal sekali waktu pagi. Ramai pelancong dari semenanjung yang ada di situ. Jadi kami sempat la bergambar di situ dan sempat bersarapan di kedai yang ada di Kinabalu Park itu. Selepas nergambar dan sarapan kami meneruskan perjalanan ke Ladang lembu nak tengok lembu katanya. Hmmm. Sempat la bergambar dengan lembu2 disitu. Orang cakap. Macam kat New Zealand dah. Jadi CM pun cakap sama jugaklah. :). Boleh la cerita kat orang yang belum datangkan. Seronok betul adieb boleh tengok lembu2 kat situ. Lepas tengok lembu2 kat situ kami sempat singgah di tepi jalan membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke semenanjung.  Beli la makanan sikit2.  Yang bestnya kat situ ada buah salak. Lama dah CM cari kat semenanjung sebab wife CM mengidam nak makan buah salak. Alhamdulillah rezeki baby dalam perut dapat makan jugak dia buah salak yer. Dari sabah lak tu. Lepas shopping makanan kat situ, kami terus bertolak pulang kat hotel kejap untuk rehat sebelum meneruskan percutian untuk membeli belah di Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan kat depan Le Meriden Hotel. Banyak gak la barang2 yang wife CM beli. CM x beli apa2 pun. Lepas shopping kami pusing2 kejap bandar KK lepas tu datang balik untuk  makan malam kat situ. Orang cakap kalau datang sini mesti wajib makan seafood. Jadi sempat la merasa seafood kat pasar malam sabah tu. Yang best dapat makan lobster.  Nyum3. Habis diet CM. Lepas makan malam kami pergi ke rumah kawan yang bagi sewa kereta tu Aizat. Kebetulan adiknya kawan baik CM Faiz ada datang ke Sabah. Sempat la jumpa kejap kat rumah aizat di perumahan IPK Sabah. Lepas jumpa kami terus balik rehatkan diri kat hotel.

 Myvi SE yang disewa


 wahhh indahnya gunung Kinabalu

 Kabus di Kundasang yang tebal


 Bergambar di Kinabalu Park..tebalnya kabus










 Sarapan di Kaki gunung Kinabalu

 Jumpa salak madu



 Ladang Lembu


 Terjumpa Helikopter Polis di Kundasang, adieb nak naik hahaha

 Pasar Ikan masin






 Besar giler ikan














 Menu yang kami order, best giler makan di situ...

 Rumah Izad

Hari terakhir lak kami x pergi mana2 pun. Rehat kat bilik jer. Cuma pagi tu kami keluar makan jap lepas tu balik rht kat hotel sementara tunggu check out pukul 12 tgh hari. Lbh kurang pkul 12 lbh kami pun check out dan terus pergi ke air port untuk pulang ke Klang. Flight pukul 3.40 ptg dan kami sampai di LCCT pukul 6.30 ptg. Naik bas dan ktm ke klang lak sampai la pukul 9 mlm. Walaupun penat tapi percutian kali ini sangat menyeronokkan.  Huhu...  Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi ke Sabah.  

 Makan KFC lak kat Air port KK sementara tunggu flight



 Sampai LCCT dah :) Best Giler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...