Thursday, February 27, 2014

Xde mood dah...

Bermulalah part xde mood nak wt keje dah... mcm mana nak cari balik mood kerja yang telah hilang ni. Dah la keje banyak lagi menanti di depan ni. Baru bulan 3 jer dah  xde mood dah. Cerita lama berulang kembali dah. Hmmm. Bila la nak kembali balik mood ni. Makan masa jgk la rasanya ni... apa2 jelah untuk hari ini...

Tuesday, February 25, 2014

Kerja yang tak sudah

Mencabar pulak rasa tahun ni jadi cikgu. Apa yang mencabarnya. Orang cakap senang jadi cikgu tapi hakikatnya kena kerja 24 jam. Huhu... rasa nak pitam pun ada sekejap memikirkan kerja yang tak habis2 ni... macam2 sistem kena isi online kat sekolah. Rasa dah macam robot dah buat kerja tanpa henti. Ada jer keje nak kena buat. Key in data hari2 rasa kena buat. Lps satu satu sistem kena isi data murid. Dulu2 cikgu hanya tumpu pengajaran dalam kelas jer tapi sekarang kerja isi data lagi banyak kena buat dari mengajar. Sehingga terpaksa buat kerja di dalam kelas. Itu antara faktor menyebabkan cikgu2 jadi murung dalam kelaskan.  Macam mana tak murung kalau terpaksa berjaga sampai 3 4 pagi dok isi data murid. Huhuhu... mesti orang cakap dulu nak sangat jadi cikgu tapi kena sekarang baru nak merungut... bukan merungut tapi luahan hati yang terpaksa menghabiskan masa 24 jam kerja... yang lain malas nak hurai panjang2... nanti lain lak jadinya... oklah tido dulu... sambil letak tangan kat atas dahi fikir kerja yang masih belum2 siap... stressnya. ..

Sunday, February 23, 2014

Siapa Admin Page Murtads in Pantai Timur?

Masyaallah,  apabila orang islam yang dah murtad buat page dengan menghina agama islam, menghina Allah, menghina nabi.. mengucap panjang CM dibuatnya.  Mengapa ini boleh terjadi? tambah2 orang yang murtad ini orang kelantan. Ya Allah jauhkan kami keluarga kami dari perkara seperti ini.
Yang paling mengejutkan CM ialah orang yang dikatakan buat page ini merupakan kakak kepada kawan CM. Mula2 CM tak percaya, tetapi apabila ada satu group wasap geng2 CM tunjukkan bukti2 kukuh barulah CM percaya itu ialah kakak dia. Kawan CM tu tak perlulah CM nak bagitahu siapa cuma agak terkejut dengan berita ini. Dugaan besar kawan CM tu sekarang. Ye lahkan kakak dia yg  telah murtad mestilah keluarganya akan terkena tempias kt kampung tu. Dengar cerita kakaknya ni lama dah tinggal kt luar negara dan jadi murtad disebabkan oleh peristiwa hitam yang ditempuhinya dulu. Semoga kakak kawan CM tu sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum Allah mencabut nyawanya...

Friday, February 21, 2014

Majalah Sekolah

Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi CM. Sebab apa mencabar sebabnya CM telah menjadi penyelaras untuk projek majalah sekolah yang pertama. Langsung tak tahu apa2 tentang penerbitan majalah, CM cabar diri CM untuk melakukannya.  Orang lain semua tak sanggup buat tetapi CM berani mencuba benda yang baru. Dengan sokongan dari guru besar dan guru2 lain CM telah membuat tinjauan kat Internet mencari maklumat tentang penerbitan majalah. Akhirnya CM buat kertas kerja dan disubmit kepada guru besar. Guru besar terima dan memberi sokongan penuh kepada CM untuk menjalankan projek yang agak besar ni. CM telah melantik beberapa orang ajk yang boleh dipercayai dan boleh bekerjasama dan telah selesai menjalankan mesyuarat yang pertama. Walaupun banyak halangan namun dengan sokongan dan semangat dari sahabat, CM berjaya menjalankan meeting pertama. Maka bermulalah episod kesibukan yang CM akan tanggung nanti... semoga projek ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah nanti. Semoga CM sentiasa kuat dan bersemangat untuk menjayakan projek sulung penerbitan majalah sekolah ini nanti.
Yeahhhhh

Thursday, February 20, 2014

Dikir Warriors @ Fiesta Klate

Malam ni CM design poster untuk persembahan dikir warrior sempena pelancaran jersi TRW untuk Piala AFC. Setelah beberapa jam mengdesign poster ni,  akhirnya siap untuk hebahan di Facebook.. Tu jelah cerita malam ni. :)

Wednesday, February 19, 2014

Adam dan Hawa

Sehari dua ni kan, ramai pulak yang bertanyakan cerita tentang Adam dan Hawa. CM ada la download cerita ni dulu sebagai koleksi. Tu pun sebab wife yang nak tengok. Nak langgan Mustika HD rasanya macam membazir jer. So CM download la kat satu web site ni. sekarang dah xde dah link untuk download cerita ni. Jadi kalau siapa2 yang minat sangat nak tengok cerita Adam dan Hawa boleh la email CM yer. CM ambik kos upah burn dalam DVD jer. Cerita ni dalam format avi, bukan dalam bentuk video. Kalau nak buat video rasanya 15 keping DVD tak cukup rasanya. Jadi CM convert ke format avi dan masukkan ke dalam DVD. 4 keping DVD semuanya yang bersaiz 14.9 GB. Saiz besar kualiti pun cantik. Boleh pasang kat DVD player jugak. Kalau ada orang nak dalam bentuk pendrive pun boleh jugak. Senang sikit cocok kat tv yang ada USB tu kan. Kalau nak boleh email CM suaramuda@gmail.com atau klik gambar sebelah kanan yang ada gambar Adam dan Hawa tu. :)

Monday, February 17, 2014

Tips menghalang kecurian

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Saturday, February 15, 2014

Majlis makan Malam dan Logo PERINTIS

Alhamdulillah, logo seterusnya yang telah CM design untuk Persatuan PERINTIS, (Persatuan Cinta Seni Kuala Lumpur). Setelah berhempas pulas menyiapkan logo ini, akhirnya telah selesai dan diterima untuk digunakan oleh persatuan PERINTIS. Logo ini telah dilancarkan secara santai pada majlis makan malam PERINTIS di Samudera, Gombak. Pelancaran telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, En Raizuli. Rasa bangga sekejap bila hasil kerja kita diterimakan. hehehe. Pada malam tu CM rasa bertuah kerana telah mendapat hamper hasil cabutan bertuah. hehehe. Dengan jamuan seekor kambing malam tu, majlis makan malam itu agak meriah dan sangat menyeronokkan. Itu jelah yang CM nak kongsikan. 






Monday, February 10, 2014

Keseronokan Mengedit dan mengdesign

Baru selesai bab mengedit logo akademi, poster peraduan dan t shirt untuk guru pj kat sekolah. 3 benda yang CM buat malam dan telah berjaya disiapkan dengan baik. Cewahhh. CM ni nak kata pandai tak la sangat. Tak pernah belajar secara formal pun sebelum ni. Tapi dah berminat dengan benda2 gini, jadi CM belajar melalui you tube. Boleh la cari makan sikit2 hahaha. CM seronok la kalau orang suruh buat. Sedikit bakat yang dikurniakan oleh-Nya kepada CM, CM dapat menabur bakti kepada mereka2 yang memerlukan pertolongan CM. CM tak mengharapkan bayaran pun cuma sedikit penghargaan dengan ucapan terima kasih pun dah rasa seronok dah. Bila hasil kerja kita dihargai, itulah saat yang paling seronok sekali rasa dan terasa sangat puas.  Esok ada lagi lak kerja nak kena buat nak tlg kawan CM design apa benda entah, CM tak faham lagi konsepnya. Esok akan diterangkan katanya. Hehehe. Oklah dulu hal malam ini, semoga anda semua sentiasa puas dan seronok dengan apa yang anda lakukan yer.
 













Wednesday, February 5, 2014

Baju korporat

Tahun ni CM dilantik menjadi ajk BKGK. Satu amanah yang perlu dipikul walaupun tak de semangat nak jd ajk tahun ni disebabkan kehebatan bkgk sesi yang lepas yang sangat mengagumkan. Jadi tahun ni CM dilantik jadi ajk, bukan main seronok lagi diorang angkat tangan sokong CM. Kalau lantik jadi pengerusi tu ok la jgk ni jadi ajk hahaha. Gurau jer tuh.
Ok untuk tahun ni CM diamanahkan untuk menguruskan jualan baju korporat. Sebenarnya idea baju korporat ni datang dari sahabat CM yang mencadangkannya. Dalam kepala dia banyak sangat idea best2. Patut la dia boleh berjaya kalau wat bisnes apa2 pun. Sampai CM boleh tumpang sekaki. Seronok buat kerja dengan sahabat CM tuh. Ok lepas tu kan, sebelum nak  buat baju ni, CM minta tolong sahabt CM tu survey harga kat kedai yang boleh bagi harga murah tapi kain berkualiti. Last2 jumpa kat Klang atas cadangan sorang cikgu lagi. Kedai tu memang menepati citarasa kami dengan design kami. Lagipun harganya murah dan dekat pulak tuh.
Walaupun pihak pentadbir cakap x blh pakai baju korporat sebab dah ada pekeliling, CM pergi jumpa sendiri dengan GB dan bercakap dengannya.  GB setuju sebab design yg menarik.  Jadi CM pun buatlah poster untuk diiklankan. Macam dah boleh dijangka dah bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak. Ada Sorang cikgu  ni cakap BKGK nak kaut untung banyak dan dia blh dptkan harga lagi murah. Macam2 lagilah kalau orang dah tak sukakan, macam2 alasan bagi. Menyampah betul rasa. Nak atau tak nak itu kau punya pasal, CM dah buat yang terbaik dah untuk kelab BKGK. Untung pun bukan untuk orang lain untuk staf situ jugak. Berkira sangat. Rasa nak lempang jer orang macam nih. Yang CM pilih ni kain berkualiti dan lembut serta sedap dipakai. Harganya mahal sikit dan BKGK hanya dapat untung rm5 jer sepasang. Bukan banyak pun.  Nak yang murah ada jer tapi kain macam pengelap kaki. Boleh jer dapat rm40. Ni hal kalau nak. Tapi komplen tu pandai, kalau suruh buat hampeh. Menyampah betul orang macam ni kan. Apa2 alasan mereka pun CM tetap akan teruskan walau hanya 5 orang sahaja nak tempah. Tu jelah kisahnya tentang baju korporat.
Susah jugak jadi ajk BKGK ni yer hahaha.

Saturday, February 1, 2014

Kenapa ?

Sebelum tido CM nak cerita tentang kenapa?. Kata kunci dia kenapa ia berlaku atau terjadi. Kononnya CM nak buat kajian la nih sesuatu perkara tu boleh berlaku. Hahaha.
Kita ambik satu contoh sayang. Bila kita dah sayang kat seseorang kan macam2 kita janji. Janji akan syg sampai bila2 dan macam2 lagi la janji manis yang diucapkan untuk menyatakan sayangnya kat seseorang itu. Tetapi bila dah timbul rasa benci mulalah ucap benda yang tak sepatutnya disebut. Lupa segala janji manis semasa sayang dulu. Masa benci semua dah tak ingat dah. Xde dah rasa sayang tu sampai bila2.  Kenapa ia berlaku? Kenapa? . Itulah Persoalannya yang CM nak cuba bagi pendapat. Kemungkinan besar keikhlasan menyayangi seseorang itu xde. Sayang itu ada cuma sayang itu tiada keikhlasan dan mempunyai niat tertentu sahaja. Sebab tu lah bila dah benci, soal kasih sayang dah xde dah. Kalau nak tahu seseorang itu ikhlas atau tidak, masa benci tulah jawapannya.  Tengok apa yang dia akan buat. Sepatutnya kasih sayang itu kerana Allah barulah xde perasaan benci betul tak?  Buang jauh2 perasaan benci itu dalam diri barulah hidup kita sentiasa bahagia. Mesti akan seronokkan? Sayanglah seseorang itu sepenuh hati, tak rugi sayang kat seseorang kerana kasih sayang itulah yang akan mengeratkan hubungan sesama kita. Tak semestinya kasih sayang itu untuk suami atau isteri sahaja tetapi kasih sayang ith perlulah kepada semuanya iaitu ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat dan semuanyalah. Barulah perasaan benci itu xde dan kita akan hidup bahagia selamanya. Orang pun akan suka akan kitakan. Betul tak? CM kalau sayang kat seseorang CM akan cakap jer terus, tak perlu nak segan2 untuk cakap yang kita sayang kat seseorang. Itu jelah malam ini. CM sayang anda semua.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...