Monday, September 23, 2013

Family Day SKKJ 2 2013 - Jom Rileks


Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. Pada 21 september 2013 merupakan hari sekolah ganti sempena raya. Tapi pada tarikh tu telah dibooking tarikh oleh penyelaras program Family Day iaitu Pn. Azurah dan Pn. Afni. Dua orang ni memang terbaiklah sebab programnya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah walaupun pada mulanya ramai yang nak tarik diri tetapi bila dah nak sampai hari program semuanya settle masalah. Kami bertolak pada pkul 1 lebih walau dalam jadual pukul 12.30tgh namun disebabkan masalah jem dan hari bekerja jadi terpaksalah kami bertolak lewat sikit. Semasa konvoi kami lebih kurang 30 buah lebih kereta kami dipimpin oleh Pn. Azurah dan suaminya sebagai ketua konvoi. Perjalanan agak lama sikit disebabkan jalan jem. Di pertengahan jalan kami berhenti rehat dulu untuk makan tengah hari walaupun jam dah pkul 3 lebih dah di Warung Soto Kuala Selangor dekat dengan Cendol Borhan tu.  
 
Soto Special dan Kue Tiaw Sup
Selepas selesai kami meneruskan konvoi ke tempat program iaitu Dorani Bayu Resort Sg. Besar.  Kami sampai disitu lebih kurang pukul 4.30 ptg. Memang seronoklah konvoi kesana. Sampai disana kami diberi taklimat dan diberi kunci bilik untuk menyimpan bagasi masing2. Pada pukul 5 ptg, kami diminta untuk turun ke gelanggang Futsal untuk acara sukaneka. Antara acara sukaneka pada petang itu ialah acara kanak2 seperti tiup tepung dan bawa bola ping pong dalam sudu manakala acara orang dewasa pula mengupas kelapa, bawak kacang dengan chop stick dan acara berpasangan iaitu bawa bola guna kepala. Memang meriah dan yang paling best CM dapat no 1 acara kupas kulit kelapa. Hehehe..tak sia2 pergi gym :).
Hamper yang dimenangi oleh CM :)

Adieb yang nak main jugak..letih main dengan Adieb

Best ke tu :)

Susah nak ambik kacang tu :)

 Setelah selesai acara sukaneka itu, kami dihidangkan atau dijamu atau yang lebih tepat lagi dibelanja makan buah durian dan duku oleh Ikhwan Engineering iaitu suami Pn. Azurah. Best sangat. Semoga lagi murah rezeki mereka. :).

 Terima kasih Ikhwan Engineering sponser buah :)

 Pada sebelah malam pula kami dihidangkan dengan jamuan bbq dan pertandingan karaoke. Seronok la jugak mendengar suara2 cikgu2 sk kg jawa 2 ni nyanyi yer. Ada yang best dan ada yang sumbang hahaha. Apa yang penting ialah enjoy!!!. 

Mic Tak best langsung katanya...

Setelah selesai kami  balik la berehat dalam bilik masing2.  Bilik CM mengadap laut, rasa tenang jer kat sana. Memang betul2 rileklah. Pada Keesokaannya acara yang dijalankan ialah bermain futsal dan yang paling best ialah mencari remis. Seronok betul tengok diorng ni mencari remis yer. CM x join sebab telah ditugaskan untuk ambik gambar jer. Hehehe padahal malas nak cari sebab dah siap mandi dah, diorang tu tak mandi lagi...:).
 Cari jangan tak cari remis tu

 Pada pukul 12 lebih kami pun check out dah. Sempat bergambar ramai2 sebagai tanda kenangan. Sangat seronok dan berbaloi pergi Family Day kat sana walau pada pertengahanya CM rasa nak tarik diri dah sebab ada masalah tertentu. Tapi semangat tu datang balik dan tak jadi tarik diri :) pecah rahsia..hehehe.
 
Tahniah untuk BKGK 2013 terutama Pn. Azurah yang memang terbaik menguruskan program ni walau banyak masalah yang dihadapinya namun program ni tetap berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga tahun depan walau dah tak jadi ajk BKGK CM harap dia dapat membantu BKGK laksanakan program macam ni lagi. Semasa balik kami singgah di Pekan Sg. Besar untuk makan tengah hari dan pada sebelah petang pula melawat kilang buat kerepek.Yang petang CM x join sebab adieb dah tido dah dan tak nak ganggu dia. Itu jelah ceritanya walau nak cerita pendek tapi jadi panjang la pulak. :)
 
 
Makan Tengah hari si Pekan Sg. Besar

  Ni gambar bawah ni gambar yang dibeli semasa disana, semuanya fresh sebab baru naik ke darat

Udang Lipan 
 
Ketam Fresh
 
Mentarang
 
Remis
 
Best tido :)
 
 
Muka bengis semacam jer..adoiii :( 

AJK BKGK kecuali CM hehehe

Gambar2 lain sila rujuk facebook skkj2 :)

Wednesday, September 18, 2013

Cinta hati ku

Jiwang la pulak CM ni hahaha... seronok jugak tulis macam ni...

Ibarat pungguk rindukan purnama
Begitulah hatiku
Padamu yang ku sayang selalu
Tiada lain hanya satu
Namamu bermain di kalbu

Sayangku
Cintaku untukmu
Usah kau ragui kesetiaanku
Usah kau resah sayangku
Hati ini milikimu
Tersemat dijiwa terkunci dikalbu

Engkau
Cinta hatiku
Pengubat rinduku
Penawar dukaku
Penghibur sunyiku
Dikala malam datang bertamu

Semangatmu
Tersemat dihatiku
Menjadi kekuatan hidupku
Tak pernah pudar walau satu
Menyinari sinar cahaya hidupku

Walau badai sentiasa melanda
Tetap utuh benteng dibina
Takkan musnah hancur binasa
Walau terpaksa bergadai nyawa
Akan ku tetap sentiasa bersama

Untuk dia jer.... :)

Monday, September 16, 2013

Hati dan perasaan

Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah membuatkan seseorang tu mabuk seketika jika perasaan tu indah. Jika perasaan itu dimainkan Kadang2 membuatkan seseorang itu akan melakukan perbuatan di luar jangkaan. Sebagai contoh, jika seorang wanita memainkan perasaan seseorang lelaki dengan memberikan pelbagai harapan palsu, mungkin akan menyebabkan tindakan luar kawal dari seseorang lelaki itu untuk membalas dendam sebagai protes kerana malu apabila perasaan dimainkan. Takutkan. Walau bagaimanapun, perkara sebegini mungkin boleh dielakkan jika wanita tidak memainkan perasaan lelaki dan lelaki tidak memainkan perasaan wanita. Jika perkara ini berlaku seeloknya bincanglah elok2 supaya perkara tersebut tidak berlaku.
Bagi hati pula, ia sukar untuk diterjemahkan melalui percakapan. Ia mungkin boleh dilihat melalui perbuatan seaeorang itu. Biasanya mulut akan kata lain tapi hati tidak. Hati akan tetap betul sampai bila2 kerana hanya diri sendiri sahaja yang tahu apa isi hatinya. Tetapi mulut tidak. Mulut hanya manis berkata-kata dan tidak pernah jujur  dengan hati. Hati kata ya tapi mulut kata tidak. Apabila sesorang itu suka kepada sesorang, hatinya mudah tersentuh dan sentiasa berkata-kata. Tapi mulut tidak, hanya menafikan atau mendiamkan sahaja walaupun hati memberontak inginkan dia. 
Namun begitu, hati dan perasaan ini biasa akan hadir bersama jika ia menyukai atau membenci kepada seseorang. Ada hati adalah perasaan. Namun perasaan mudah berubah jika hati terguris atau terluka. Perasaan itu sukar dibuang jika hati dah menyukai seseorang.  Walau benci pada seseorang yang pernah di sayangi, namun perasaan sayang tu tak akan pernah pudar walau hati sudah tawar.
Itu sahajalah CM nak kongsikan tentang hati dan perasaan. Jangan  mainkan perasaan seseorang jika perasaan itu tiada padanya dan jangan sakiti atau menguris hati seseorang jika tak ingin hati kita diguris sama. Ingatlah hati dan perasaan kita hanya kepada Allah swt. Jagalah hati kita supaya bersih dari kotoran2. Hehehe..
Nota kaki : 
Teringat lagu ni, satu-satu saya sayang Allah, dua-dua sayang Rasullulah, tiga-tiga sayang ibu ayah, 1 2 3 sayang semuanya :)

Al kisah pengasuh Adieb

Kisah tentang pengasuh ni rupanya banyak jenis. Ada yang baik ada yang kurang baik dan ada yang tak baik. Bukanlah nak cerita pasal pengasuh ni semua tidak baik tapi CM nak cerita pasal ragam pengasuh Adieb yang mengada-ngada sangat. Pada akhir tahun 2012 kami ingin la cari pengasuh untuk jaga adieb di kawasan apartment sini. Kebetulan ada la ternampak satu poster yang iklankan untuk jadi pengasuh. Jadi kami pun terus ambil no tel. Kami belum telefon lagi tanya sebab nak hantar pada tahun 2013. Jadi kami tangguh dulu la. Keesokaannya, poster yg ditampal tu dah dibuang oleh budak2 nakal la. Kami pun syukur la sebab sempat ambil no tel. Jadi hari tu kami pun terus cal la kakak tu untuk bincang macam manakan dari segi bayaran dan booking untuk tahun hadapan. Sebab pada tahun 2012 mak mertua CM yang jaga cucu dia. Lepas dah jumpa dan setuju semuanya kami pun mula la hantar pada awal tahun 2013. Pada permulaannya adieb akan menangis hampir 1 bulan sebab tak biasa dengan pengasuh baru. Tiap2 kali nak hantar mesti adieb akan menangis sampaila mama dia balik. Kadang2 pengasuh tu cal suruh mama dia balik sebab tak tahan dah adieb menangis.sepatutnya pengasuh tu kena la dukung atau bawak main kat luar. Ni tak berkurung dalam rumah dengan asap rokok suami dia lagi yang agak kelam. Masalah betul. Ni dah nak mula cerita dah masalah pengasuh adieb ni :). Tiap kali mama dia ambil adieb mesti baju basah sebab berpeluh. CM tengok kipas rumah pengasuh tu pasang no 1 jer. Kesian la kat adieb dengan panas lagi dan asap rokok lagi. Suami pengasuh tu tak kerja sebab sakit. Dalam sakit tu rokok tak henti2 hisap,  bukan nak insaf pun kan. Ni lagi kuat hisap rokok.  Kalau anda nak tahu CM hantar sekejap jer adien tu dalam 2 jam jer. Sebabnya CM mengajar petang manakala wife ajar pagi. Selalunya CM hantar pada pukul 12 lebih semasa nak pergi sekolah manakala wife akan ambil pada pukul 2 lebih. Untung banyak dah tu sebab hantar sekejap dengan bayaran RM280 tu. Kalau nak difikir memang tak berbaloi la kan. Tapi tak kisah la sebab niat kami nak tolong kakak tu sebab suami dia sakit pahtu hanya adieb sorang jer yang dia jaga. Sebelum ni di a cakap mengasuh anak kastam tetapi tak hantar dah sebab bercerai dan siap gaduh2 lagi rumah pengasuh tu. Betul ke tak tahu la..Kadang2 kami sekolah pada hati sabtu bila nak hantar kat rumah pemgasuh, macam2 bagi alasan nak pergi situ la nak pergi sini la. Padahal masa mula nak hantar adieb semua dah setuju. Jadi CM fikir positif la kan. Walau bagaimanapun  setiap kali hari sabtu nak hantar mesti ada jer program dia. Jadi Kadang2 terpaksa bawak adieb pergi sekolah. Lepas tu kan ada lagi masa nak cuti sekolah seminggu. Masa tu belum dapat gaji lagi sebab gaji 25 hb jatuh pada hari cuti. Pada malam nak balik tu pengasuh adieb siap hantar sms suruh bayar dulu sebelum balik. Zalimkan. Sebab dia mintak tu kerana kami janji nak bayar pada 25hb sebab tarikh dapat gaji. Dia ingat kami tak nak bayar kot. Jadi terpaksa la malam tu korek tabung pergi bayar kat dia. Nak g ambil duit tgh2 malam malas la kan kat bank. Bagi la duit seringgit2 kat dia. Puas hati rasa. Dah la kami ni selalu cuti tu pun dia tak reti nak bersyukur. Banyak dapat cuti tapi upah dapat full tanpa ada 1 sen pun kurang. Kadang2 kalau dia nak mtk tlg pergi mana2 mesti tak cakap 'boleh tolong tak'?. Tak pernah!. Yang dia reti cakap 'kejap lagi kita keluar yer' untuk pergi beli ubat untuk suami dia. Slamber dia jerkan nak arah2 orang. Kan manis kalau berbahasa sikit. Ada satu kes lagi dia ada hal nak pergi mana entah. Malam sebelum dia nak pergi dia hantar sms kata esok tak boleh jaga. Terkejut beruk kami dibuatnya sebab baru cakap. Kami pun fikirla nak ltk kat mana adieb. Last2 suruh wife balik awal mintak dengan pengetua. Jadi sempat la jaga. Walau pun selalu makan hari dengan pengasuh, namun kami tetap berfikiran positif. Sebab kami tak nak la fikir bukan2 nanti tak senang nak kerja. Takut Adieb pulak yang jadi mangsa.
Pada cuti sekolah penggal kedua kami hanya hantar adieb 3 hari sahaja. Sebabnya masa datang dari kampung mak mertua CM datang sekali hajatnya nak duduk seminggu sebab nak main dengan cucu.  Kebetulannya dah dekat nak gaji jadi wife CM hantar la sms kat pengasuh tanya kena bayar penuh jugak ker hantar 3 hari jer. Pengasuh tu balas sms dia cakap,  dia pernah jaga anak cikgu sebelum ni walau hantar sehari jer tetap bayar penuh. Kadang2 tak hantar langsung pun bayar penuh jugak. Kami faham la maksud dia tu suruh bayar penuh juga. Main kasar nampak pengasuh tu. Dia ingat kami ni senang2 jer dia nak wat macam tu. Kami pun berbincanglah dan mengambil keputusan tidak menghantar lagi adieb kat dia. Bayar tetap kami bayar cuma terkilan dengan dia sebab langsung tak boleh bertolak ansur walau hantar 3 hari selama 2 jam sahaja sehari. Nampak sangat dia tidak ikhlas nak mengasuh adieb dan memang dia tu tak reti nak bersyukur langsung. Bukan kami tak nak bayar penuh cuma kami nak tahu isi hati dia macam mana. Mata duitan betul. Jadi lepas tu adieb pun dijaga oleh nenek nya dan upah utk bayar pengasuh sebelum ni diberi sepenuhnya kepada mertua CM. Pengajarannya ialah walau nampak baik sahaja muka belum tentu hatinya baik. :) sekarang CM sedang mencari pengasuh baru untuk adieb sebab nenek dia akan jaga sampai bulan 11 jer.. :) tengah fikir nak hantar taska atau rumah pengasuh. ..emmmm

Saturday, September 14, 2013

Anniversary ketiga

Alhamdulillah,  tahun ni merupakan tahun ketiga perkahwinan kami.  Setiap 13 September merupakan hari yang wajib disambut oleh kami sebagai tanda mengingati perkahwinan kami pada tahun 2010. Seperti biasa kami akan menyambutnya secara sederhana tapi dalam suasana romantik, Cewahhhh. Walau CM tak reti nak romantik tapi apabila ada orang cakap romantik terima jelah hahaha. Pada tahun ni kami menyambut anniversary di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. Kami pilih kat situ sebab inginkan suasana yang tenang dan mendamaikan. Walaupun rasanya tak la sesedap mana, tapi okla sebab ada dj yang pasang lagu dan boleh tuju lagu jugak pada pasangan masing2. Tadi masa kat sana ramai la orang sambut birthday, jadi banyak kali la terpaksa dengar lagu happy birthday sampai naik bosan la pulak. Malam tu kami tak bawak anak sebab tak nak kacau romantika kami, cewah. Kami tinggal kat nenek dia sekejap kat rumah. Jadi ada la peluang bermanja sikit hahaha. Kalau tidak asyik kejar anak jelah sebab dia tu terlampau aktif tak boleh duduk diam. Kat sana kami tak order nasi pun, kami makan lauk jer sebab dalam mood diet, hehehe. Antara yang kami order ialah pari bakar berempah, tomyam sotong, ketam masam manis, ais krim muara, buah dan air buah tembikai dan oren. Masa kat sana kesian pulak tengok makcik tu bawa plastik besar jual kerepek. Ke sana ke sini bawak kerepek tapi xde orang pun nak beli. Semua meja dia singgah tapi meja kami dia tak singgah pun. Kami dah niat la nak beli sebab kesian  tgk dok bawak kehulu ke hilir tu. Last2 kami panggil.makcik tu. Jadi kami pun beli la RM10 sebagai tanda kesian kami kat dia. CM tak boleh tgk orang tua macam tu mudah kesian. Tak sanggup rasa kalau itu mak CM kerja macam tu. Kalau boleh dalam usia macam tu duduk berehat kat rumah dengan anak dan cucu. Tak payah kerja dah. Lepas kami makan2 kat sana kami pun balik la dan singgah sekejap tepi jalan kat kapal tu beli yong tau fu untuk mak mertua sebagai upah jaga cucu. Kalau tak beli kecik pulak hati dia. Walau pun sederhana namun ia cukup istimewa buat kami. Semoga hubungan kami ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.  Amenn.

Friday, September 13, 2013

Kisah dulu-dulu

Jam 2 pagi rasa tak mengantuk la pulak. Tiba2 CM teringat kisah dulu2 zaman kanak2 ribena. CM ni agak nakal jugaklah masa kecil dulu. Kalau teringat mesti senyum sorang dan rasa menyesal pun ada jugaklah. Pernah dulu kat padang bola, CM baling kawan dengan kayu sampai berdarah kepala,  apa lagi lepas tu cabut la. Hahaha. Sampai seminggu tak lalu rumah kawan tu. Kisahnya kawan tu sapu tahi lembu kat kain CM. Dulu pakai kain sarung jer jalan ptg2 hahaha... lucu betul. Lagi satu kisahnya ialah tempat mengaji al-quran.  CM selalu kacau sorang perempuan tu nak mengaji dengan sepupu. Sepupu la yang mula dulunya dan CM ikut. Perempuan tu sebelah rumah CM jer. Tak tahulah kenapa benci sangat kat dia. Sampai nak gi sekolah pun CM kacau lagi sekat jalan tak bagi dia lalu dengan basikal. Last2 basikal dia terbabas masuk dalam semak, apa lagi kena marah la lps tu dengan mak dia.  Lepas kena marah baru insaf sekejap. Tak kacau dah lepas tu. Rasa nak mintak maaf jer kat dia tu tp tak jumpa dah sekarang ni dan langsung tak pernah bercakap masa tu. Lagi satu kisahnya dengan adik beradik. Adik beradik CM ada 9 orang. 3 jer perempuan selebihnya lelaki. Kalau tak gaduh dalam sehari memang tak sah. Hahaha. Satu kampung tahu memang kami suka bergaduh. Huhu. Pernah dulu adik CM nak pinjam basikal dengan CM tapi CM tak bagi sampai bergaduh. Kebetulan ayah CM ada kat situ,  apa lagi kena la CM dengan ayah CM tadi. Bagi kayu api kay betis. Sakit wooo. Hahahah... tapi sekarang ni semua dah besar takde dah gaduh2 dan bertambah erat lagi hubungan kami adik beradik. Selalu buat makan2 dengan mereka2 semua kerana semua tinggal berdekatan jer. Jadi selalu jumpa. Kalau nak dicerita banyak lagi kisahnya, antaranya kacau orang nak solat terawih la, lastik jiran la dan lain2 lagi yang tak perlu diceritakan sebab malu sangat hahahaha. Tu jelah ceritanya kenakalan CM dulu2, tapi sekarang tak nakal dah.  Dah jadi orang dah, Alhamdulillah syukur pada Allah.
 gambar adik beradik lelaki  CM sorang lagi tiada dan yang baju hijau tu abang ipar

Thursday, September 12, 2013

Makan ikan haruan bakar

Pada hari isnin yang lepas, CM menerima panggilan dari Cikgu Asrul kawan sekolah dulu dan iPG pada jam 9 mlm. Dia ajak gi makan ikan haruan bakar. Sebelum ni geng sekolah dulu ada la dok ajak gi mancing, tapi disebabkan kesibukan masa tak dapat la nak join. Tapi malam tu kebetulan baru lepas main gym dan masih dalam kereta terus jer pergi rumah asrul, tumpang kereta dia pergi ke Restoren Ikan Bakar di jalan nak pergi ke Pulau Carey. ( saja tumpang sebab nak borak2) Apa dah nama tempat tu, lupa dah. Rupanya bila sampai, makanan dah siap terhidang dah kat meja. Tak payah tunggu order dah terus makan jer. Tapi nampak muka mereka yang menunggu nak marah sebab lewat kot, hahaha lapar la tu. Malam tu geng2 lama seperti Fuad, Syamsul,  Hafiz turut serta kecuali Mat Yunin, Ustaz Shah Nizam, Faliq yang tak dapat datang malam tu. Malam tu hidangannya ialah 3 ekor ikan haruan bakar yang di pancing oleh syamsul, Fuad dan Asrul serta Ikan Rohu 2 ekor. CM makan ikan jer, yang lain makan nasi dengan tomyam dan kangkung goreng. Makan ikan pun dah kenyang, sebab ikan besar sampai tak habis sekor. Semuanya kekenyangan pada malam itu, huhu rosak program diet. Tapi apa2 pun time bersama rakan2 memang seronok cuma tak dapat lagi nak join gi mancing sebab tengah proses mencapai target. :) Bila dah lepas target kita gi mancing yer kawan2... hahaha. SAMPAI HATI KAU SYAMSUL NAK BELI PANCING AKU. :(

Konsert Dikir gegar panggung

Baru-baru ni berlangsungnya Konsert Dikir Gegar Panggung di Laman Santai Istana Budaya. Konsert dikir itu berlangsung dengan meriah sekali dan dihadiri oleh begitu ramai peminat dikir di seluruh Lembah Klang. Walaupun hujan turun dengan renyai, namun penonton yang hadir tetap tidak berganjak dan berselindung di bawah payung peniaga di kawasan tersebut. CM turut melibatkan diri dalam persembahan tersebut setelah sekian lama tidak aktif dalam dikir barat sejak 2 atau 3 tahun yang lepas. Walau bagaimana pun CM tetap bersemangat bersama-sama rakan2 yang lain menghiburkan para penonton pada malam tersebut. CM berkesempatan bermain rebana ibu bagi pasukan Tabuh Pendita. Agak kelam kabut pada mula2 main kerana dah lama tak main, namun setelah bermain satu lagu baru dapat keyakinan sikit. Setelah selesai persembahan, CM menerima kejutan apabila rakan2 meraikan hari jadi di sana. Agak terharu jugaklah walau dah dijangka mereka akan buat kejutan. Tapi sayang gambar takde pun orang ambil masa tu. Walau bagaimanapun, CM tetap seronok pada malam itu dan terima kasih kepada adik beradik seni saya yang meraikan pada malam itu. Pada malam itu juga CM telah menerima kejutan dari seseorang yang telah bagi balik semangat yang dia ambil hari tu. Sangat seronok dan happy. Malam tu jugalah semangat kembali pulih seperti sedia kala. :) sebelum tu mmg hancur. :(... Lepas ni tak tahu la bila pulak dapat join lagi dengan rakan2 disebabkan kesibukan kerja... Tapi dikir barat tetap dihati kerana CM dibesarkan dengan dikir barat. :)

Jantung hatiku

Inilah si jantung hati CM. CM sangat sayang kepada dia. Nama si jantung hati CM ni ialqh Muhammad Qhalief Adieb. Mama dia yang bagi nama tu, cantikkan nama tu secantik dan sehensem tuan dia. Hehehe. Masa ni adieb dah berumur 1 tahun 5 bulan dah. Kalau nak tahu, Adieb ni seorang anak yang sangat aktif. Kalau nak cerita semuanya sebulan tak habis. Dari dalam perut lagi dah aktif, dah keluar kat dunia lagi aktif. Kalau nak ikut stress, hari2 stress dgn adieb. Tetapi adieb ni pandai ambik hati papa dan mama dia. Kalau dia buat salah mesti cepat2 datang salam mintak maaf. Jadi nak marah pun tak sampai hati dengan kelucuan dia. Kadang2 CM bz dan mama dia bz, kesian kat Adieb main sorang2. Lepas tu mulalah dia buat benda2 pelik seperti buang baju dari dalam almari, panjat meja, terbalikkan kerusi, buat itu buat ini la dan Macam2  lagi yang tak sanggup nak lihat kerenah dia buat benda nak tarik perhatian. Hari2 rumah bersepah disebabkab Adieb yang buat. Kadang2 sampai mama dia menangis bila adieb tumpahkan minyak masak kat dapur. Nak marah tak sampai hati pulak. Apa2 pun yang Adieb buat, CM tetap sayang dia kerana dia penghibur dan pengubat duka selalu.  Semoga Adieb menjadi anak yang mendengar kata, soleh, taat perintah Allah, hormat ibubapa dan menjadi insan yang berjasa kepada negara dan masyarakat. Amin.

Penangan gym

Pertama kali dalam hidup CM pergi gym. Bukan nak jadi macam Sazali Samad pun, cuma nak bagi sihat jer sambil dapat mengurangkan berat badan, hehehe. Mula2 main gym memang rasa penat dan Sakit2 badan, maklumlah tak pernah buat kerja berat sebelum ni. Tapi masa zaman sekolah dan universiti dulu pernah gak kerja buat rumah batu time cuti sekolah atau cuti sem, dapatlah tampung perbelanjaa  sikit. Sekarang lama dah x angkat benda berat, tu jadi sakit2 badan tu. Tetapi selepas seminggu main kat gym rasa sakit2 badan tu dah hilang dah. Rasa semakin sihat dan kuat ( macam iklan milo la pulak) . Kalau sebelum ni dapat lari 5 minit jer, sekarang 30 minit pun dah biasa dah.. dapat la buang lemak tu sikit2.  :) semangat main gym ni mula membara bila ada seorang sahabat tu yang bagi semangat,  tu yang semangat sikit tu gi gym.  selain main gym CM juga gi jogging kat stadium padang sultan sulaiman, hohoho. Semangatkqn. Dapat la turun berat badan sikit walau target belum melepasi tahap yang diinginkan. Targetnya 85kg jer... sekarang 92 kg :). SSebelum.main gym 110 kg.hahaha. dalam masa dua bulan dah banyak kilo dah turun. Tak mustahil target untuk lepas sasaran tu dapat dicapai. Sekarang pun Alhamdulillah dah rasa, keyakinan diri mula meningkat dan baju yang sebelum2 ni dah tak pakai dah. Besar dah rasa. Hahaha.. jadi kepada kawan2 CM jom jogging atau gi gym untuk sihatkan badan dan meningkatkan lagi keyakinan diri. Hehehe

Bersangka baik

Sekarang CM nak ulas tentang bersangka baik. Bersangka baik menyebabkan kita berasa tenang dan jiwa pun berasa lapang. Post ini bkn CM nak tujukan kat sape-sape, cuma sebagai peringatan kita bersama. Kadang-kadangkan kalau kita baik dengan seseorang itu (kawan perempuan) maka timbullah gosip yang mengatakan ada skandal la, bercinta la. Semua tu tak masuk akal sebenarnya. Kenapa CM cakap begitu, hal ini kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan dapat memberi kesan buruk kepada seseorang itu. Tidak salah kalau kita selidik dulu, tanya dulu atau buat siasatan mcm cerita C.S.I tu. Ini tidak, nampak baik sikit jer dengan seseorang itu terus membuat cerita kononnya ada skandal la. Cerita ini xde kena mengena dengan CM yer. Lebih manis kalau sentiasa bersangka baik selalu dengan kawan2, barulah hidup kita seronok dan bahagia, betul tak? Apa2 pun hidup kita perlu enjoy sentiasa, buat apa yang terbaik untuk diri kita dan jangan dengar cakap orang selagi benda itu tak melanggar tatasusila dan syariat. Hehehehe

Sahabat Yang Baik

Sahabat yang baik selalu memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kita perlukan seorang sahabat yang baik yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan semangat untuk kita mencapai matlamat yang ingin di capai. Tak mustahil sesuatu impian dapat dicapai dengan kata-kata semangat dari seorang sahabat yang baik. Tak mustahil jugak semangat seseorang itu akan jatuh atau down apabila sahabatnya mula menjauhkan diri daripadanya. Apabila kita sayang terhadap seseorang sahabat, kita sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Seseorang itu akan gembira jika sahabatnya gembira. Ini bukan bermaksud seseorang itu jatuh cinta, tidak sama sekali, tetapi hal ini kerana perasaan sayang tu wujud apabila sahabatnya selalu mengambil berat,  memberi kata-semangat, selalu mengambil hati dan perkara2 lain yang mengembirakan seseorang sahabat itu. Sahabat yang baik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.Yakinlah bahawa persahabatan itu takkan terputus sampai bila-bila jika kita selalu menghargai sahabat kita. Sayang dan rindulah sahabat selalu dan jangan biarkan sahabat mu bersedih. Ubatkanlah kesedihan sahabat itu dengan dorongan dan kata-kata semangat dari anda. Selalu lah berdoa untuk sahabat agar impian sahabat juga akan tercapai. Sayang sahabat selamanya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...