Friday, December 25, 2020

Pasang wainscotting murah dan jimat

Harini CM nak cerita pasal wainscotting. Banyak tahun dah wife CM minta nak pasang wainscotting kat rumah. Tapi disebabkan kekangan masa, hasrat itu CM tangguhkan dahulu.

Dijadikan ceita, Musim PKP tahun 2020 sangat la lama bersambung pulak PKPB, jadi CM  cuba realisasikan hasrat isteri CM. Jadi CM Google la kat internet cara pasang dan cara ukur. Dah dapat ukuran maka misi mencari kayu diteruskan.
Kedai ni CM cari kayu dekat Jalan Kapar.
Ini  ialah design yang CM buat untuk dinding rumah, dah dapat ukuran berapa kaki kayu yang hendak di gunakan senang sikit. 
Ok ni jenis kayu yang CM gunakan. KS195 tulang yang besar, frame kecil KS42.
Adh siap beli kayu nyatoh wainscotting. Modal kayu ha is dalam RM260.

Ni antara peralatan yang CM guna untuk buat frame dan pasang wainscotting.
Bermulah kerja pemasangan frame mengikut ukuran yang dah didesignkan.

Ok dah hampir siap. Kami suami isteri bincang lagi tengok ada lagi tak modal nak pasang cermin. Sebab cermin harga keras sikit. Selepas bincang ok ada bajet lagi, alang2 dah buat kita pasang cermin. So keesokkan pergi cari cermin.
Cermin kami beli disini. Disini popular untuk kaki deko rumah. Alamat dia kat seksyen 13 Shah Alam. Kawasan stadium Shah Alam tu jer. Boleh google atau waze.
Harga cermin yang segiempat RM12 sekeping, yang segitiga RM6 sekeping. Habis beli cermin dekat RM700 juga lah kalau tak silap.

Pakai kain sarung jer wat keje.. hihi

Kami susun dulu tengok kesesuaian saiz.

Frame cermin pasang sebelah kiri shj dlu, senang takut2 tak muat blh ejah lagi.
Maka bermulalah masalah tinbul, rupanya saiz cermin tak check dlu. Frame kami buat 7 kaki. Kami percaya peniaga atau salesgirl cakap 7 kaki frame tengah. Rupanya,  saiz cermin tu lebih 7 kaki. Adoiii terpaksa cabut balik. Saiz cermin tengah terpaksa dijadikan 6 kaki. Sebabsekeping cermin tu saiz 1 kaki lbh. Hati2 ukur cermin, kalau tak jadi macam kami. Huhu.

Anak2 pun tolong membantu mengosok kayu sebelum di cat.
Masalah berjaya diatasi. Pemasangan  cermin mula menunjukkan hasilnya.

Alhamdulillah siap.
Inilah hasilnya. Cantik tak?

 
Nak dinding rumah yang menarik? nak upah CM? Wasap jer nombor kat bawah tu.
FULL WALL
WHITE WAINSCOTING
RM13/SQFT

BOTTOM WALL
WHITE WAINSCOTING
RM 16/SQFT
 
CERMIN DIAMOND
RM66/SQFT

Kami tawarkan simple modern design yang amat sesuai untuk mereka yang sukakan elegance element dalam dekorasi ruang.
Full Wall White Wainscoting menjadikan ruang rumah anda nampak lebih luas dan selesa.
.

📌UNTUK SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN
Call atau WhatsApp kami untuk dapatkan respon yg cepat.
Kami akan hubungi anda segera!

https://wa.me/60179080175