Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini CM ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam di dunia ini. Kalau ada yang terasa hati tentang penulisan dalam blog ini CM memohon jutaan kemaafan. Terutama sekali kepada pengunjung blog CM ni. Diharapkan lebaran kali ini lebih bermakna dan memberi lembaran baru kepada kita semua untuk beribadat kepada Allah setelah sebulan berpuasa. yang nak balik kampung tu hati-hatilah yer bawa kenderaan tu ingat orang yang tersayang. CM dijangka balik kampung kat Kelantan nnti pada hari jumaat kalau tiada aral melintanglah. Tak sabarnya nak balik kampung...... :)
Ni Poster yang CM design untuk sekolah CM. Boleh la yer.... ;)

Sunday, July 13, 2014

Lidah Bercabang

Dalam satu-satu organisasi, rumahtangga, masyarakat mesti ada segelintir yang tergolong dalam mulut lidah bercabang. Mereka ini boleh dinamakan perosak sebab akan mengakibatkan perbalahan, pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Sedih, kan? Yang jadi mangsanya, kita semua ini.

Lidah bercabang ini sebenarnya adalah peribahasa yang bermaksud selalu berubah-rubah dan tidak dapat dipercayai. Juga dikenali dengan lidah biawak.

Selalunya orang yang lidah bercabang ini, nampak luarannya baik dan sopan. Katakan dia berborak dengan orang A tentang kisah X, lepas itu dia cakap dengan orang B tentang kisah X yang telah bertukar versi lain. Tidak ke.. pening kalau orang A dan orang B berborak tentang kisah X? Ada dua versi yang berlainan tentang kisah X. Kalau kisah X satu perkara penting, tidak ke aniaya namanya itu?

Motif? Ada yang nak nampak diri dia sahaja yang bagus di depan rakan-rakan lain. Ada yang suka porak perandakan keadaan, akan rasa puas hati dengan cara ini. Ada yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. Pendek kata, yang tiada motif pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negatif. Buanglah semua sifat-sifat negatif ini yang semakin akan memburukkan keadaan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman.

Apa yang patut kita buat? Paling mudah cuba selidik dahulu kisah X yang sebenarnya daripada orang lain juga. Jangan mudah terlalu percaya dengan orang yang lidah bercabang ini. Hadapi situasi getir yang diwujudkan oleh golongan lidah bercabang ini dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. Lama-kelamaan yang benar akan muncul. Pada masa itu terbukti segalanya. Harus diingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Sampai bila kita nak berada di takuk yang lama, dengan era yang serba maju dengan internet dan penggunaan sosial media yang meluas, CM rasa makin terasa banyak yang tidak boleh percayai. Naik takut pun ada.

Mula-mula tidak terlalu besar impaknya jika hanya melibatkan satu-satu komuniti, kelompok atau kejiranan. Tetapi bila ianya telah tersebar meluas melalui media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan lain-lain akan lebih mengeruhkan keadaan dan melibatkan komuniti yang lebih besar. Bila dah sampai tahap ini, memang terlalu bahaya dan berisiko tinggi. Walaupun kisah X hanya datang dari seorang yang lidah bercabang.


sumber : www.mialana.com

Wednesday, July 9, 2014

Cara Mengatasi Bayi Menangis

Menangis secara berterusan adalah masalah bayi baru lahir atau berusia kurang dari setahun yang biasa dihadapi ibu bapa atau penjaga.
Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Menurut Konsultan ­Tangisan Bayi, Uswatun ­Hasanah Mohd Habib, bayi menangis disebabkan beberapa alasan antaranya kehendak rutin seperti lapar, mengantuk, mahu sendawa, tidak selesa atau kembung perut.

“Selain itu, bayi menangis juga disebabkan tidak sihat atau berada dalam kesakitan. Bukan itu saja, lazimnya semua bayi akan menangis apabila emosi terganggu.
Foto1. BAYI perlu dibedung dengan betul.

“Gangguan emosi dalam kalangan dewasa berlaku disebabkan tekanan berbanding bayi yang berpunca daripada perasaan cemas atau berasa rimas.

“Biasanya ibu bapa atau penjaga akan cuba melakukan pelbagai cara untuk mententeramkan bayi bagi mengenal pasti sebab si kecil menangis,” kata­nya.

Tambahnya, ada kala­nya bayi berasa rimas selepas perubahan dialami iaitu ­daripada alam rahim ke dunia baru. Justeru, pelbagai bunyi suara yang ­
didengari akan membuatkan dirinya berasa lemas atau rimas.

Kehilangan sensasi ketika bayi di dalam rahim juga membuatkannya berasa tidak selesa. Terdapat lima ­jenis bunyi tangisan rutin bayi yang boleh dikenal ­pasti bagi mengetahui masalah dialami bayi. Antaranya:

1. Lapar - ‘neh’
2. Mengantuk - ‘owh’
3. Tidak selesa (termasuk emosi terganggu) - ‘heh’
4. Kembung - ‘eairh’
5. Mahu sendawa - ‘eh’


Teknik 5S

“Disebabkan itu, teknik ‘rawatan dakapan’ yang dikenali sebagai colic-calm (penawar sawan ta­ngis) atau suis tutup ta­ngisan bayi diperkenalkan sejak 12 tahun lalu.

“Ia adalah kombinasi lima teknik yang digelar 5S. ­Semua teknik ini di­ilhamkan daripada sensasi di dalam rahim yang menjadi sebab fetus (janin) kekal bertenang sepanjang sembilan bulan di dalam kandungan ibu,” katanya.

Kelima-lima elemen teknik berkenaan bukanlah perkara baru. Hampir semua ibu tahu mengenai teknik itu, namun tidak mengetahui cara yang tepat untuk melaksanaka­nnya mengikut turutan yang betul.

Ini biasa berlaku terutama kepada bayi yang mempunyai masalah kembung atau sensitif. Teknik tepat dan mengikut turutan yang betul dapat membantu menenangkan bayi dalam tempoh beberapa minit saja.

Lakukan kelima-lima teknik berkenaan mengikut turutan dan apabila bayi sudah bertenang atau tidur, letakkan seperti biasa di tempat tidur.

Sila ambil perhatian, ­apabila bayi menangis berterusan, ini adalah satu ­petanda penyakit yang teruk. Sekiranya bayi masih menangis berterusan meskipun semua cara sudah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Lima teknik berkenaan sesuai dilakukan kepada bayi di bawah usia enam bulan. Antara tekniknya ­adalah:

1. Bedung (swaddle)

Bedung adalah salah satu teknik meniru posisi bayi dan keterbatasan ruang di dalam rahim ibu. Ia akan membuatkan bayi berasa seperti sentiasa dipeluk. ­Bedung saja tidak mampu mententeramkan bayi yang sedang mena­ngis, tetapi ­teknik ini diperlukan kerana dapat mengelakkan tangan dan kaki terus bergerak tanpa kawalan.

Sebarang cara membedung bayi boleh digunakan selagi ia dibalut dengan ketat di bahagian abdomen bagi mengelakkan tangan bayi ter­keluar. Elakkan bedung yang ketat di bahagian kaki dan pinggang agar bayi tidak berasa sakit selain ­memudahkan si kecil membengkok atau meng­gerakkan kaki.


2. Posisi mengiring atau ­meniarap (side/stomach)

Ia boleh dilakukan de­ngan memegang bayi dalam posisi mengiring atau meniarap dengan keseluruhan perut dan abdomen di atas lengan kita.

Teknik ini meniru posisi bayi semasa di dalam rahim yang sentiasa dalam kedudukan sisi atau terapung dengan bahagian depan badan mengadap ke dinding rahim (3D) dan bukannya baring telentang seperti kebiasaan kita meletak bayi.


3. Bunyi ‘sssh’ (Ssshing sound)

Buat bunyi ‘sssh’ di telinga bayi atau memasang sebarang bunyian yang dapat menenangkan si kecil. Ini kerana bayi sangat gemarkan bunyian. Ramai pakar dan banyak kajian membuktikan rahim adalah tempat yang sangat bising dengan kekuatan bunyi mencecah hingga 90 desibel iaitu lebih kuat daripada bunyi pembersih vakum.

Bunyi ini datang daripada pelbagai sumber ­antaranya bunyi aliran deras darah ibu ke setiap salur, buka dan tutup injap jantung, proses pencernaan dalam usus serta bunyian dari dunia luar yang dibuktikan hampir tidak ditapis sebelum menerobos masuk ke dalam rahim.

Namun, ia langsung tidak mengganggu janin kerana bunyian akhir yang sampai ke pendengarannya dikurangkan. Ini kerana gegendang telinga janin masih tebal dengan teli­nganya diselaputi verniks dan ruang tengahnya pula dipenuhi dengan air ketuban.

Justeru, kehilangan unsur bunyian itu meresahkan bayi dan kita dapat membantu bayi bertenang malah tidur lebih lena jika dipasang bunyi-bunyian dengan syarat irama yang dipasang cukup kuat. Ia bagi memastikan bunyian akhir yang sampai ke pendengaran bayi menyamai kekuatan bunyi yang biasa didengari semasa di dalam rahim.

Ibu bapa boleh menggunakan pelbagai sumber bunyian antaranya membeli cakera padat yang mendapat sentuhan teknik jurutera bunyi atau boleh memasang radio dan televisyen.

Semua sumber ini boleh dipasang pada jarak empat hingga enam kaki daripada bayi. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga boleh membuat bunyian ‘sssh’ di telinga bayi.

Bunyi dipasang lebih kuat di puncak tangisan bayi dan merendahkan ­kekuatannya apabila bayi bertenang. Mungkin ibu bapa sedar kebanyakan bayi tidur lebih lena di siang hari walau berhampiran sumber bunyi aktiviti ­harian di dalam rumah. Ia juga menjadi sebab bayi lebih mudah dan kerap terjaga di malam hari terutama apabila suasana sunyi.


4. Hayunan (swing)

Semasa di dalam rahim, hampir setiap masa bayi berasa seperti dihayun apabila ibu bergerak. Bayi memang suka dihayun.

Ramai daripada kita sedar janin lebih kerap menendang pada waktu malam ketika ibu tidur. Apabila bayi masih mena­ngis ­selepas melakukan tiga teknik di atas, cuba hayun bayi dengan pantas dan kerap.

Namun, bayi harus dipegang erat. Kepantasan hayunan bayi boleh dikurangkan ketika si kecil sudah bertenang. Caranya pegang bahagian dagu bayi dan goyangkan kepala. Pada masa sama lakukan hayunan badan sambil membunyikan ‘sssh’.


5. Menghisap (sucking)

Memberi bayi sesuatu untuk dihisap seperti puting, payudara atau jari bersih akan mengurangkan tangisan bayi. Bayi gemar menghisap dan kadang kala ada ibu bapa yang berpeluang melihat imbasan imej janin di dalam rahim sedang menghisap jari.

Masalahnya, janin mampu mengekalkan jarinya di dalam mulut untuk tujuan menghisap kerana kedudukan dan keterbatasan ruang rahim.

Namun, bayi tidak boleh membuat perkara yang sama selepas dilahirkan kerana kemampuan ototnya dan kemahiran menghisap jari yang hanya muncul selepas berusia empat bulan ke atas. Justeru, bayi perlu dibantu mendapatkan elemen menghisap untuk mengekalkan ketenangannya.


Kesan membiarkan bayi menangis

Ujar Uswatun Hasanah, satu fakta penting yang harus di ketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi. Sains memberitahu kita bahawa bayi akan berasa panik dan resah apabila dibiarkan mena­ngis tanpa diberi perhatian.

Bukan itu saja, ia juga boleh memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak si kecil. Fakta di bawah adalah penerangannya mengenai perkara ini:

Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak

Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana tertekan mempunyai tahap lambakan hormon ­kortisol (hormon yang dikaitkan ­tekanan) yang abnormal.

Dr Allan Schore dari Pusat Pengajian Perubatan UCLA menjelaskan, lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.

Fakta kemusnahan hubungan antara saraf atau dipanggil neurotransmitter ini juga dijelaskan sepasukan pengkaji di Universiti Yale dan Pusat Pengajian Perubatan Harvard.

Mereka mendapati ­tahap kemusnahan di dalam otak bayi yang sering dibiarkan menangis bersendirian menyamai kemusnahan otak orang dewasa yang ­mengalami penyakit ­kemurungan.

Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10 kali ganda menjadi kanak-­kanak ­hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) yang akan alami masalah pembelajaran di sekolah dan mempunyai kemahiran sosial yang lemah.

Hal ini dapat ­dijelaskan menerusi penemuan Dr Bruce Perry dari Universiti Baylor. Kajian berkenaan mendapati bayi yang ­dibiarkan menangis untuk tempoh panjang berdepan dengan stimulasi tekanan yang kronik dan melampau di dalam otaknya. Situasi ini akan mengubah fungsi dan struktur otak bayi secara amnya.


Kemunduran perkemba­ngan intelektual, emosi dan kemahiran sosial

Pasukan Dr Rao dari Institut Kesihatan Nasional ­Amerika Syarikat membuktikan bayi yang mengalami episod tangisan berpanjangan (tetapi bukan disebabkan kolik) pada tiga bulan pertama mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata sembilan mata kurang ­menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkemba­ngan fungsi motor badan. Pengkaji di Universiti Penn­sylvania dan Arizona pula mendapati bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan serta menjadi sangat cerewet walaupun cuba ditenangkan.

Ini kerana sistem badan dan otak bayi sudah terbiasa berada di dalam fasa sistem adrenalin terlebih aktif hasil keresahan dan panik berpanjangan kerana tangisan mereka diabaikan.


INFO

Sebab bayi menangis:

• Lapar dan dahaga
• Mengantuk atau letih
• Kesejukan atau basah
• Minta didukung
• Perlu ditukarkan lampin
• Berada di dalam kesakitan atau tidak selesa

Sunday, July 6, 2014

Biar bodoh asal tak diperbodohkan

Lama dah CM x menulis blog. Malam ni rasa nak menulis sikit. Maklum la bz ssekarang ni. Huhu. Kepada umat islam CM ucapkan selamat beepuasa dan berpuasalah dengan penuh penghayatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Insyaallah besar ganjarannya yang bakal kita perolehi.

Sehari dua ni tak tahulah nak cakap camner.  Nak kata happy tu happy gak tapi dalam happy tu rasa ada benda yang tak kena lagi ni. Mungkin mainan perasaan kot. Orang cakap biar kita bodoh tapi jangan diperbodohkan. Apa maksudnya?  Macam ni la lebih kurang kalau kita bodoh xpe x menyusahkan orang tapi kalau kita diperbodohkan tu yang paling bodoh dalam dunia ni. Contohnya macam ni la... depan kita semua ok ok ok tapi belakang kita cakap x ok. Rasa macam bodoh tak? Bodohkan rasa. Taka faham lagi? Ok contoh lain, depan kita cakap lain tapi belakang cakap lain. X sama apa yang diungkapkan. Macam tu la lebih kurang. Dah fahamkan. Rasa menyirap darah kalau kena macam tu. Tapi xper hanya Allah yang tahu segalanya. Bukan semua orang jujur dengan kita walau baik macam mana sekalipun tak mungkin 100% akan jujur dengan kita. Betul tak? Kita yang beria-ia melakukan sesuatu perkara sedangkan orang itu sebaliknya. Ibarat pepatah "mencurah air ke daun keladi". Gitulah lebih kurang.  Macam tak kena jer pepatah hahaha... 

Apa2 pun kena ingat janji Allah itu pasti!. Jangan risau apa yang kita rancang x semestinya kita dapat tapi mungkin ada benda lain lagi baik yang akan Allah bagi untuk kita. Jangan sedih menerima ujian kerana dengan ujian itulah Allah menunjukkan kasih sayangnNya kepada kita.

Apa2 pun bila CM percaya kat seseorang CM akan bagi 100% kepercayaan tapi ingat sekali kepercayaan CM dikhianati selamanya CM tak akan mempercayai lagi walau 1% sahaja. Tapikan ada jugak kawan2 yang tak jujur bila bercakap. Boleh nampak riak wajahnya bila bercakap. Tak tahulah nasib badan boleh kawan2 macam tu. Semoga kawan CM tak macam tu dan yang paling penting ialah kejujuran serta keikhlasan perlu ada dalam persahabatan.


Wednesday, July 2, 2014

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan



Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”

Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun1433

Mengharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
saya mohon maaf zahir dan batin

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Kerana Gelap malamMU ku terjaga, keranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat kerinduanMu
Selamat menunaikan Ibadah Puasa

Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin

Perkataan yg indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yg terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yg sempurna adalah PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yg indah adalah HAJI
Khayalan yg baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa.AMIN

Parking EVO 10 merasa was-was
Tiada penjaga takut kecurian
Tidak puasa merasa was-was
Masuk neraka didera siksaan

Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafmu

Setitik tinta jadi noda
setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkat segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman

CINTA datang dan pergi tanpa di duga
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa
HATI berkata tanpa dusta
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG

Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturahim
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadahNYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...