Friday, May 9, 2014

Talam Dua Muka

Kalau tengok tajuk blog pun dah tau apa CM nak cerita kan... Baik la anak2, mari belajar Bahasa Melayu.

Talam Dua Muka membawa maksud:
1. Orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh
2. Berbuat baik di hadapan orang sedangkan di belakang mengumpat atau maki hamun

Hari ini CM akan ajar macam mana nak bina ayat dengan peribahasa pilihan hari ini...

contoh 1: Si polan ni memang talam dua muka. Depan orang bukan main mesra tapi dekat belakang orang mengata.

contoh 2: Aku talam dua muka sebab aku suka berlakon baik depan orang padahal aku kutuk habis-habisan.

contoh 3: Aku terpaksa jadi talam dua muka sebab hendak ambil kesempatan dekat orang lain.

Dengan contoh2 bernas seperti di atas, anda telah pun berjaya menguasai pemahaman tentang maksud Talam Dua Muka. CM rasakan tempt kerja CM pun ada yang jenis macam ni. Depan jer baik tapi dibelakang Tuhan saja yang tahu. 

Sebenarnya, peribahasa Talam Dua Muka ni dah ketinggalan zaman... Outdated... Sekarang ni sepatutnya, Talam Macam2 Muka atau Talam Multiple Muka...

p/s: Sedapnya kuih talam...

Related Posts:

  • Jambatan Terpanjang Di Dunia Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou’’ terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin. Ia merupakan jambatan te… Read More
  • 7 Pemain Bola Sepak Yang Meninggal Ketika Bermain 1. Phil O'Donnell kapten pasukan Motherwell (Scotlandia),35 tahun, meninggal dunia setelah pengsan ketika memperkuat pasukannya menghadapi Dundee United dalam Liga Primer Scotlandia,Sabtu 29 Desember 2007 malam di Fir … Read More
  • Myspace dijual AS$35j Gambar fail bertarikh 27 Januari, 2010 yang diambil di Paris merakamkan laman web sosial Myspace. – AFP WASHINGTON 30 Jun - News Corp. semalam menjual rangkaian sosialnya Myspace yang menghadapi masalah pada harga AS$35 j… Read More
  • 65 Fakta Menarik Tentang Buah Buahan Inilah fakta menarik tentang buah-buahan yang mungkin belum kita ketahui :1. Nanas juga dijuluki “King of Fruits” ketika menjadi buah langka.2. Mangga segar lebih banyak di ambil setiap hari di dunia dibanding buah lain.… Read More
  • Beg Rahsia Yang Selalu Dibawa Oleh Presiden Amerika The Footbal Nuclear atau disebut juga Atom Football atau Butang Kecemasan (Remote Kontrol Pengendali Nuklear Jarak Jauh) adalah sebuah beg hitam,yang isinya akan digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat untuk menges… Read More

2 Komen:

Unknown said...

cm talam dua muka ny, ada kaitan tak dengan cover..atau serupa dengan maksud cover(menyembunyikan)

Anonymous said...

cm talam dua muka ny, ada kaitan tak dengan cover..atau serupa dengan maksud cover(menyembunyikan)