Saturday, February 28, 2015

MSSD Klang 2015 kali ke-52






Bulan yang paling sibuk!. Itulah perkataan yang boleh CM bagitahu kerana tahun ni sekolah CM menjadi pengelola Kejohanan Sukan dan Blapan MSSD Klang kali ke 52. Manakala CM diltugaskan dibawah jawatankuasa buku program. Dan hasilnya alhamdulillah selesai juga sebelum tarikh kejohanan. Selain daripada membuat buku program, CM juga diminta oleh guru besar untuk mengdesign banner kejohanan dan juga membuat kad jemputan kepada semua sekolah di daerah Klang. Tu yang bizi sangat2 nih. Tapi alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan jayanya. Minggu depan minggu kejohanan, so CM dah selesai keje dah dan boleh rilek2...ajk lain selamat menjalankan tugas yer :)

Wednesday, February 18, 2015

First time

Godek2 kat komputer jumpa la gambar lama, hahahha nak tergelak pun ada. Inilah gambar pertama yang CM edit guna photoshop. Masa tu tak tahu lagi apa itu photoshop. Gambar ini diedit pada tahun 2005 kalau tak silap CM masa belajar kat UM dulu. Mula2 tengok kawan dok edit syok jer.. pahtu mtk tlg ajar camne nak buang background kat belakang tu. Ilmu photoshop yang pertama yang CM belajar sehinggalah hari ini dapat rezeki dari ilmu yang kawan CM ajar tu lah. hehehe. basic jer reti pun. Tapi alhamdulilah dapat jugak tambah rezeki bila pandai photoshop ni yer. gambar tu wife CM. Cinta pertama dan terakhir CM. hihihi... romantikkan :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...