Sunday, August 12, 2012

Labah-labah hinap lima hari dalam telinga

Labah-labah hinap lima hari dalam telinga
Menakutkan, labah-labah berkenaan dapat dilihat menerusi rakaman endoskopi yang dimasukkan ke dalam telinga mangsa.

BEIJING - Labah-labah dijadikan sebagai makanan sampingan segelintir masyarakat dunia adalah perkara biasa yang sering dilihat, tetapi pernahkah anda mendengar labah-labah berada di dalam telinga manusia selama lima hari?

Di sebuah perkampungan jauh dari bandar Beijing, China, seorang wanita tidak menyangka telinganya telah dihuni oleh seekor labah-labah kecil sejak lima hari lalu.

Menurut doktor, kes berkenaan bermula apabila wanita malang itu mendapatkan rawatan kegatalan telinga di Hospital Besar Changsha kemudian mereka menemukan haiwan invertebrata pemangsa itu di dalam saluran telinganya.

"Dia amat bernasib baik kerana serangga itu tidak mencakar dinding saluran telinga serta bertelur di dalamnya," kata Dr Liu Sheng yang berjaya mengeluarkan labah-labah itu bersama kumpulan perubatan lain dengan menggunakan larutan salina ke dalam telinga mangsa.

Jelas Liu, mereka tidak dapat menarik keluar serangga itu kerana bimbang ia akan menggigit telinga mangsa.

Related Posts:

  • Pokok Pisang Berbuah Di Batang Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang. KUALA NERUS – Seorang penduduk bukan sahaja terkejut melihat pokok pisang  berhadapan tingkap bilik tidurnya berbuah pada batang, sebaliknya ia merupakan satu keajai… Read More
  • Tanda Terkena Santau, Petua Elakkan dan Kesan Santau Tanda Terkena Santau, Petua Elakkan dan Kesan Santau Santau terbahagi kepada dua: Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau … Read More
  • [MP3] 32 Koleksi Lagu Pengantin Baru Mediafire [MP3] 32 Koleksi Lagu Pengantin Baru Mediafire 1. A Ramli - Bahagia Menjelma2. Ahmad Daud Zaleha Hamid - Menunggu Nasi Minyak3. Ahmad Jaid Zaleha Hamid - Kenek-Keneklah Udang4. Ahmad Jais - Joget Mak Andam5. Anit… Read More
  • Di sebalik diri Tun M21 Januari 2013 Tun Dr Mahathir bin Mohamad PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981… Read More
  • 70 tahun solat salah kiblat MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat. Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter t… Read More

0 Komen: