Monday, February 4, 2013

Hamilton beli jet

London: Dia menyara hidup dengan memandu kereta lumba Formula 1.
Tetapi kini Lewis Hamilton mempunyai pengangkutan yang jauh lebih laju sebuah jet bernilai 20 juta pound (RM97 juta).

Pemandu Formula 1 terbabit berharap jet Bombardier CL-600 berwarna merah yang berkelajuan 500 batu sejam itu akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan juri X Factor, Nicole Scherzinger.

Sementara Hamilton tinggal di Monaco, bekas anggota Pussycat Doll itu berpangkalan di Los Angeles dan kedua-duanya membuat perjalanan ke serata dunia untuk tugas mereka. Rakannya berkata, jejaka berusia 28 tahun itu membeli jet mewah itu untuk memudahkan perjalanannya menemui teman wanitanya sekerap mungkin.

Pasangan itu berpisah pada 2011, dilaporkan kerana tertekan apabila terpaksa meluangkan begitu banyak masa membuat perjalanan beribu-ribu kilometer. Juara dunia 2008 itu turut menukar pendaftaran rasminya kepada G-LCDH yang bermaksud Lewis Carl Davidson Hamilton. Juara Formula 1 2008 itu berjimat membayar cukai kastam apabila mengambil penghantaran jet berkenaan di Lapangan Terbang Isle of Man bulan lalu.

Pihak berkuasa pulau itu mengenakan cukai lebih rendah berbanding di tanah besar.
FotoHAMILTON berharap jet Bombardier CL-600 akan memudahkan hubungan jarak jauhnya dengan Nicole.
Hamilton kemudian membuat penerbangan sulung ke Stuttgurt, Jerman, di mana dia melawat pasukan Formula 1, selepas menandatangani kontrak 60 juta pound (RM292 juta) dengan Mercedes September lalu.

Dia memuat naik fotonya berehat di tempat duduk dalam jet itu di Twitter dan menulis: “Berakhir hari cuti, kembali ke kawasan pergunungan untuk berlatih!” Bekas pemandu McLaren itu dan Nicole, 34, yang mula berpacaran pada 2007, telah menyertai kelab elit “super selebriti”, termasuk Tom Cruise dan Oprah Winfrey yang mampu memiliki jet peribadi.
Itu bermakna mereka tidak perlu berdepan penundaan di lapangan terbang awam yang menyediakan penerbangan untuk orang ramai. Nicole baru-baru ini berkata: “Saya tidak syorkan hubungan jarak jauh pada orang lain. Hamilton juga akan berkata begitu.

“Tetapi jika ia berbaloi, anda perlu berjuang untuk itu. Kami cuba untuk bertemu semungkin yang boleh,” katanya.

Nicole dilaporkan membelanjakan 750,000 pound (RM3.6 juta) untuk menyewa jet peribadi bagi melawat teman lelakinya sepanjang tahun lalu. - Daily Mail

Related Posts:

  • Makan tido makan tidoAktiviti masa cuti sekolah yang paling teruk ialah makan dan tido. Apa macam diet ni CM? Jangan hangat2 tahi ayam sudah.  Malu beb.. Itulah yang sedang bermain dalam benak fikiran sekarang ni. Nak jogging kat kampung tak… Read More
  • Terukir di BintangJika engkau minta intan permata Tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba Ku hanya mampu jadi milikmu Pastikan kau bahagia Hati ini bukan milikku lagi … Read More
  • MimpiMalam ni xde apa pun nak tulis tapi nak tulis jgk. Ok malam ni nak crite pasal mimpi. Hehehe. Mimpi ni kadang2 boleh buat kita tersenyum sorang2. Kadang2 boleh buat kita sedih. Semua orang akan alami mimpi. Cuma orang cakap k… Read More
  • Oh flu!Boleh dikatakan musim dia dah...bila tiba musim hujan ni mudah sangat flu berjangkit. bermula dengan adieb, mama adieb dan nenek adieb semua kena flu dah. Sekarang tiba giliran CM lak merasa flu nih. Adoiii asyik bersin jer..… Read More
  • SakitHari ni nak citer pasal sakit. Sakit betul rasa bila sakit itu datang lagi. Tiap kali cuti kat kampung mesti akan alami rasa sakit itu. Sakitnya rasa ngilu sgt. Biasanya kejap jer sakit ni, tapi dah seminggu dah berlanjutan n… Read More

0 Komen: