Friday, June 26, 2020

Baru 20 minit dibeli, Lamborghini rosak teruk terbabit kemalangan

Sebuah kereta Lamborghini bernilai £200,000 (RM1.06 juta) rosak teruk selepas terbabit dalam satu kemalangan di Leeds, United Kingdom.

Lebih malang, kereta itu sebenarnya baru dibeli dan baru 20 minit dipandu keluar dari pusat pengedar.

Kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 1 tengah hari.


View image on Twitter



Lamborghini Huracan itu dilaporkan berhenti secara tiba-tiba ketika melalui laluan paling kanan lebuh raya, dipercayai kerana masalah mekanikal sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah van.
Rempuhan menyebabkan hampir keseluruhan bahagian belakang kereta mewah itu musnah.

Jurucakap polis mengatakan pemandu van mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, namun tiada kenyataan tentang keadaan pemandu kereta terbabit

0 Komen: