Saturday, February 28, 2015

MSSD Klang 2015 kali ke-52






Bulan yang paling sibuk!. Itulah perkataan yang boleh CM bagitahu kerana tahun ni sekolah CM menjadi pengelola Kejohanan Sukan dan Blapan MSSD Klang kali ke 52. Manakala CM diltugaskan dibawah jawatankuasa buku program. Dan hasilnya alhamdulillah selesai juga sebelum tarikh kejohanan. Selain daripada membuat buku program, CM juga diminta oleh guru besar untuk mengdesign banner kejohanan dan juga membuat kad jemputan kepada semua sekolah di daerah Klang. Tu yang bizi sangat2 nih. Tapi alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan jayanya. Minggu depan minggu kejohanan, so CM dah selesai keje dah dan boleh rilek2...ajk lain selamat menjalankan tugas yer :)

Wednesday, February 18, 2015

First time

Godek2 kat komputer jumpa la gambar lama, hahahha nak tergelak pun ada. Inilah gambar pertama yang CM edit guna photoshop. Masa tu tak tahu lagi apa itu photoshop. Gambar ini diedit pada tahun 2005 kalau tak silap CM masa belajar kat UM dulu. Mula2 tengok kawan dok edit syok jer.. pahtu mtk tlg ajar camne nak buang background kat belakang tu. Ilmu photoshop yang pertama yang CM belajar sehinggalah hari ini dapat rezeki dari ilmu yang kawan CM ajar tu lah. hehehe. basic jer reti pun. Tapi alhamdulilah dapat jugak tambah rezeki bila pandai photoshop ni yer. gambar tu wife CM. Cinta pertama dan terakhir CM. hihihi... romantikkan :p

Tuesday, January 20, 2015

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Sempena Majlis Aqiqah anak kawan Cm, CM telah diberi tanggungjawab untuk mengdesign sticker dan bunting sempena majlis tersebut. Alhamdulillah walaupun pada permulaannya terdapat kesilapan tarikh, namun dapat diperbaiki sebelum sampai tarikh majlis aqiqah tersebut. hehehe kalau sape2 nak tempah design sticker /bunting/banner/ boleh la hubungi CM yer.. :)

 
 Sticker untuk ditampal pada botol air mineral kecik

 Sticker Untuk Ditampal Pada Buku Yasin
 Sticker Untuk ditampal pada botol mineral besar

Bunting 2 x 5 yang Cm design untuk majlis Aqiqah nanti

Sunday, January 11, 2015

RPT KSSR Semua Subjek Setiap Tahun & RPT Tingkatan 1 Hingga 5

RPT KSSR Semua Subjek Setiap Tahun
RPT KSSR Semua Subjek Setiap Tahun

Assalamualaikum.

2015 menjanjikan satu lagi tahun yang sangat mendebarkan bagi para guru kerana pelbagai sistem online mahupun pelbagai format baru di perkenalkan dalam pengurusan mengajar di sekolah.

Hari ini SGO akan kongsikan sehabis banyak data & maklumat yang ada. Disini SGO akan kongsikan RPT Terbaru 2015 bagi Semua Subjek KSSR untuk Setiap Tahun. Ya, semua guru boleh dapatkan RPT untuk Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 disini. Juga dikongsikan RPT Tahun 6 untuk KBSR.

DOWNLOAD : Persediaan Lengkap Guru Sesi Persekolahan 2015

RPT Tahun 1 KSSR 2015


RPT Tahun 2 KSSR 2015


RPT Tahun 3 KSSR 2015



RPT Tahun 4 KSSR 2015


RPT Tahun 5 KSSR 2015


RPT Tahun 6 KBSR 2015

LIHAT JUGA :
1. DS & DSKP Semua Subjek KSSR Tahun 1 Hingga Tahun 5
          2. Contoh Format RPH Terbaru 2015 Semua Subjek KSSR



RPT Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5

DOWNLOAD : Persediaan Lengkap Guru Sesi Persekolahan 2015

RPT Rancangan Pengajaran Tahunan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
RPT Rancangan Pengajaran Tahunan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

RPT Tingkatan 1 2015

RPT Tingkatan 2 2015

RPT Tingkatan 3 2015

RPT Tingkatan 4 2015



RPT Tingkatan 5 2015


sumber : sistemguruonline.my

Himpunan ABM Alat Bantu Mengajar KSSR

Himpunan ABM Alat Bantu Mengajar KSSR
Himpunan ABM Alat Bantu Mengajar KSSR
CM ingin sekali berkongsi pelbagai ABM [ Alat Bantu Mengajar ] kepada semua guru-guru KSSR yang ingin memantapkan lagi pedagogi semasa P&P di dalam bilik darjah amnya.

Terima kasih! :)

DOWNLOAD :

1. ABM FlashCard Pelbagai Gambar dan Tema
2. Pedagogi KSSR | ABM Flash Card Gambar-gambar Haiwan
3. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Kad Nombor 1 Hingga Nombor 10
4. Pedagogi KSSR | ABM English List of Food Idioms
5. Pedagogi KSSR | ABM List of 600 Common Verbs Used in English
6. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Sifir Bintang 2 dan 8
7. Pedagogi KSSR | ABM Flash Card Siri Anggota Badan BM & BI
8. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu 32 Kemahiran Bahasa Malaysia
9. Pedagogi KSSR | ABM Topeng Muka Pelbagai Watak Yang Comel
10. Pedagogi KSSR | ABM Pendidikan Islam Nama Malaikat dan Tugas
11. Pedagogi KSSR | ABM Ekspresi Muka Atau Perasaan Yang Pelbagai
12. Pedagogi KSSR | ABM Perumpamaan Peribahasa Bahasa Melayu
13. Pedagogi KSSR | ABM Pendidikan Islam Adab Membaca Al-Quran
14. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Kata Adjektif
15. Pedagogi KSSR | ABM Umum Gambar Haiwan Laut dalam Akuarium
16. Pedagogi KSSR | ABM Kemahiran Hidup Koleksi Gambar Alatan Pertukangan
17. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Arab Bahagian dalam Rumah
18. Pedagogi KSSR | ABM Umum Bahan Jadual Waktu dalam Kelas
19. Pedagogi KSSR | ABM Sivik & Kewarganegaraan Gambar Bendera 14 Buah Negeri
20. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Kata Bidalan
21. Pedagogi KSSR | ABM Umum Border Cute
22. Pedagogi KSSR | ABM UMUM Rama-rama Dot-dot Pelbagai Guna
23. Pedagogi KSSR | ABM Kelas Carta Kehadiran Bentuk Strawberry
24. Pedagogi KSSR | ABM Kelas Carta Organisasi Yang Menarik
25. Pedagogi KSSR | ABM Kalendar Cikgu Yang Simple
26. Pedagogi KSSR | ABM Label Peralatan & Bahagian Dalam Bilik Darjah
27. Pedagogi KSSR | ABM Tanda Hari Dalam Seminggu
28. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Sebutan Diftong
29. Pedagogi KSSR | ABM Flashcard ABC Bentuk Ultraman
30. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Arab Fonts Putus-putus
31. Pedagogi KSSR | ABM Umum Bulan Dalam Setahun
32. Pedagogi KSSR | ABM Pendidikan Islam Puzzle Huruf Alif Sampai Ya
33. Pedagogi KSSR | ABM Jadual Waktu Kelas
34. Pedagogi KSSR | ABM Jadual Tugasan Kelas 2015
35. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Jam Burung Hantu
36. Pedagogi KSSR | ABM Kata Berlawan Antonim
37. Pedagogi KSSR | ABM Kata Hikmah Bahasa Melayu & Arab
38. Kata-kata Perangsang Bilik Guru
39. Pedagogi KSSR | ABM Pepatah Bahasa Melayu Warna Pelangi
40. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Kata Kerja Bergambar
41. Pedagogi KSSR | ABM Umum Gambar 5 Kartun Comel 
42. Pedagogi KSSR | ABM Pendidikan Islam Rukun Iman Serta Nama & Tugas Malaikat
43. Pedagogi KSSR | ABM Umum Border Mushrooms & Clouds
44. Pedagogi KSSR | ABM Nama Bulan dan Hari Seminggu
45. Pedagogi KSSR | ABM Bendera & Nama Negeri-negeri di Malaysia
46. Pedagogi KSSR | ABM Pend Islam Niat 5 Solat Waktu
47. Pedagogi KSSR | ABM Pend Moral Nilai-Nilai Murni
48. Pedagogi KSSR | ABM Pelbagai Jenis Pantun Agama, Nasihat,Jenaka, Teka-teki
49. Pedagogi KSSR | ABM Umum Penanda Buku Bentuk Telefon
50. Pedagogi KSSR | ABM Umum Penanda Buku Yang Kreatif
51. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Penjodoh Bilangan
52. Pedagogi KSSR | ABM Peraturan di Dalam Kelas
53. Pedagogi KSSR | ABM Peribahasa Bergambar Yang Menarik
54. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Inggeris Huruf E
55. Pedagogi KSSR | ABM Pend Islam Rukun Iman 6 Perkara
56. Pedagogi KSSR | ABM Pend Islam Rukun Islam 5 Perkara
57. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Sifir Bentuk Kereta Api
58. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Sifir Jari
59. Pedagogi KSSR | ABM Matematik Simbol Matematik
60. Pedagogi KSSR | ABM Bahasa Melayu Kata Sinonim
61. Pedagogi KSSR | ABM Sticker Nama Yang Cantik
62. Pedagogi KSSR | ABM Bahan Membuat Sudut Subjek Seni
63. Pedagogi KSSR | ABM Pend Islam Tanda-tanda Waqaf
64. Pedagogi KSSR | ABM Token Kelas Yang Menarik
65. Pedagogi KSSR | ABM Matemarik Jenis-jenis Matawang Dunia
66. Pedagogi KSSR | ABM Pend Islam Nama-nama Bulan Islam
67. ABM Agama Islam KSSR | ABM Doa Sebelum & Selepas Makan
68. ABM Kelas KSSR | ABM Doa-doa Untuk Memudahkan Murid Belajar
69. ABM Dunia Sains KSSR | ABM Fungsi Anggota Badan
70. ABM Bahasa Inggeris KSSR | ABM Grammar Notes
71. ABM Umum KSSR | Hiasan Pelbagai Nombor dan Tag
72. ABM Matematik KSSR | ABM Sistem 24 Jam
73. ABM Hiasan Kelas | ABM Kata-kata Semangat
74. ABM Pendidikan Seni Visual KSSR | ABM Hasil Kreatif Bahan Terbuang
75. ABM Pendidikan Islam  KSSR | ABM Nama-nama Nabi 
76. ABM Kecerian Kelas | ABM Organisasi Kelas
77. ABM Umum KSSR | ABM Peta i-THINK Tergantung
78. ABM Bahasa Inggeris KSSR | ABM Places in School
79. ABM Umum KSSR | ABM Reading Corner Article
80. ABM Bahasa Inggeris | ABM Simple Past Tense
81. ABM Sudut Sejarah KSSR | ABM Gambar Bendera Negeri dan Perdana Menteri
82. ABM Umum Kelas | TAG Kebenaran Keluar Kelas
83. ABM Teka-Teki Murid Sekolah Rendah
84. ABM Bahasa Inggeris | ABM Places in School Puzzle
85. ABM Pendidikan Islam | Mari Mengenal 25 Rasul 

sumber : sistemguruonline

Saturday, January 3, 2015

55 Amalan Sunnah Rasullullah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah   anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Tuesday, December 2, 2014

Soalan-soalan bodoh

1 ) Shower
*baru keluar bilik air,habis mandi shower*
Mak : Baru shower ke ?
Aku : Tak , hujan kat bilik air .
2 ) FB chat
*blupp!* (bunyi chat)
Stranger : HyE , ngA watPer uH ? NgA on9 kEw ?
Aku : Tak , tengah panjat menara KLCC !!
3 ) Raya korban
*kat dalam kereta time raya korban*
Adik aku : Ma , penah tak ada orang yang kena sembelih ?
Mak aku : Haaa , rasa2 ada tak ?
4 ) Jenazah
*A terserempak dengan B*
A : Semalam aku ternampak makcik kau dikebumikan , dia dah meninggal ke ?
B : Haaa kalau anda bijak laksana ,  cubalah teka bodoh .
5 ) Telur masin
*time makan*
Mak aku : Ek , terlebih masin pulak telur masin ni harini.
Aku : Ha'ah kan , sebelum ni manis je .
6 ) Gelak
*A tengah gelak2 sebab B buat lawak*
B : Apsal kau gelak doh ?
A : Sebab taklawak,sebab tu la aku gelak !!
7 ) Main bola
*tengah saat genting , Kamil berusaha untuk menjaringkan gol *
Jurulatih : Kamon !! Cepat !! Apa yang kau kena buat cuma jaringkan gol je !!! Cepat gol kan ! Kamon kamon !
Kamil : Habis tu kau ingat aku tengah buat apa sekarang ni ? Buru unikorn ?! *sambil lari2 bawak bola*
8 ) Pantai 

Alia : Wey jom pegi Teluk Batik hari Ahad ni .
Dila : Nak mandi2 ke ?
Alia : Eh taklaaa . Saje nak korek2 pasir kot2 terjumpa tulang dinasour.
9 ) Keluar rumah
Zila : Mak , nak keluar kejap petang ni .
Mak : Dengan kawan2 ke ?
Zila : Ehhh, mestilah dengan musuh2 saya .
10 ) Pemadam
A : Dude nak pinjam pemadam .
B : Nak buat apa ?
A : Nak tolong Harry Potter lawan Voldermort doh !
11 ) Ajak tengok wayang
A : Jom tengok wayang petang ni wey .
B : Nak tengok movie ke ?
A : Takdelahhh,saje nak kira berapa banyak seat yang ada kat dalam tu .
12 ) Tengah tengok wayang 
*A dan B baru je lepas tengok salah satu scene movie yang hebat gila bapak*
A : Wey kau nampak tak scene tadi tu weyh ?!
B : Taknampak langsung doh ! Aku bayar tiket ni semata2 nak tengok siling je doh !
13 ) Hospital 
*A tengah lawat B yang tengah patah kaki,tangan dan leher akibat eksiden*
A : Pehhh !! Sakit tak wey ?
B : Bodoh , mana sakit dol .
14 ) Tak dengar
*dalam kelas*
A : Wey .
B : *dok mengelamun,tak dengar*
A : Woi ! 
B : *masih tak dengar* *taklama tu baru perasan* Eh kau panggil aku ke tadi ?
A : Eh taklaaa . Aku panggil meja ni tadi . Hai meja , apa khabar ? Sihat ?
15 ) Sewa kereta 
Someone : Kereta sewa ni korang amik sendiri lah kan tadi ?
Aku : Eh takdelahh , kereta ni datang sendiri tadi .
16 ) Eksiden 
*A ternampak B eksiden gila teruk dan berdarah2*
A : Kau okey tak ??
B : Okey !! *siap buat thumbs up*
17 ) Makanan
*aku tengah nak bayar makanan,amik banyak2 sebab lapar gila babeng*
Pakcik : Ni berapa orang yang nak makan ni ?
Aku : Eh takde sapa nak makan pon . Saje2 beli pastu buang .
18 ) Mesin ATM
*B ternampak A baru lepas cucuk duit*
B : Wahhh,duit banyak2 ni kau cucuk kat ATM ke tadi ?
A : Alhamdulillah turun dari langit .
19 ) Iklan TV
*suara kat iklan TV*
"Samsung Galaxy S III , designed for humans" 
Aku : Aku ingatkan untuk anjing sebelah rumah aku tadi !
20 ) Nak sewa kereta 
Tokey : Nak sewa kereta ke ?
Aku : Taklah , nak sewa Titanic . Ada tak kat sini ?
 
 http://myraazraff.blogspot.com

Friday, November 14, 2014

Pertandingan DIkir Barat Kebangsaan RTM 2014 - suku akhir

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kumpulan Sunang Detaga iaitu sebuah kumpulan dikir barat yang CM sertai yang berpengkalan di Lembah Klang layak ke peringkat akhir pertandingan dikir barat kebangsaan 2014 anjuran RTM. Macam tak caya lak rasa dapat melangkah ke final. Tarikh dijangka pertandingan akhir itu ialah bulan 2 2015. Lambat Lagi tarikhnya jadi sempat la membuat persedian untuk ke final. Pertandingan peringkat suku akhir berlangsung di Kelantan iaitu di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Lubok Jong Pasir Mas. Sebanyak 10 pasukan yang berentap di peringkat suku akhir untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Akhirnya 4 buah kumpulan berjaya ke peringkat akhir iaitu Kump. Sunang Detaga, KL, Kumpulan Sri Kemayan Bachok, Kel. Kumpulan Suara Proton, Shah Alam, Sel dan Kump Lubalang Hasil, LHDN Kota Bharu, Kel. 4 buah kump ini akan merebut hadiah tempat pertam iaitu RM40 ribu. Semoga Kumpulan Detaga beroleh kejayaan nanti. Nanti jangan lupa saksikan pertandingan peringkat akhir bulan 2 2015 di TV1 secara langsung yer... kalau nak tengok streaming peringkat suku akhir hari tuboleh tengok kat sini : http://new.livestream.com/accounts/10837684/events/3567693

Sempena kumpulan Sunang Detaga melayakkan diri ke peringkat suku akhir, CM telah design baju t shirt Sunang Detaga yang bercopkan lambang sayap Gold yang sangat ekslusif. Khas untuk suku akhir. Untuk final akan CM design yang lain. Kalau sape nak tempah masih ada lagi. what's up CM 017-9080175.


Tuesday, November 4, 2014

Photo Booth Ranggi creation

Alhamdulillah berakhir sudah perjalanan Hari Keusahawanan Kokurikulum 2014. Program yang berlangsung dengan begitu meriahnya akhirnya sudah menutup tirainya. Nak tau CM bertugas sebagai apa hari keusahawanan tu? CM bertugas mengambil gambar Photo Booth. Kitaorang buka photo booth bertemakan warung yang sangat unik ccetusan idea kawan CM. So CM pun designlah Backdrop 8 X 8 bertemakan warung. Rasa nak pecah kepala fikir camne nak buat. akhirnya mendapat idea dan idea itu telah diterjemahkan ke atas backdrop. hehehe. Memang tak menang tangan la jawabnya mengambil gambar pada hari keusahawan tu. Yang menarik Ambik gambar terus print dengan harganya RM3 sahaja. Murahkan. kalau siapa2 nak buak photo booth sempena hari perkahwinan, keusahawanan ker, hari graduasi ker atau hari kanak-kanak ker atau apa2 majlis lah senang boleh la contact CM dengan emailkan CM di suaramuda@gmail.com atau layari Facebook www.facebook.com/ranggicreation . Insyaallah mesti hari anda akan lebih meriah. Bergantung kepada anda nak pakej macam mana, Nak jemput kami sewa tapak ker atau nak sewa ker atau apa2 jelah boleh emailkan saya yer. CM. Ni antara gambar yang sempat CM Save kat laptop. Menarikkan?