Saturday, January 22, 2011

Kontrak 1,614 GSTT disambung

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menyambung kontrak 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu.Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua GSTT yang akan disambung kontrak itu adalah terdiri daripada guru sandaran yang terpilih memenuhi syarat utama kelayakan iaitu berpengalaman bertugas selama tiga tahun berturut-turut.Menurutnya, syarat lain yang perlu dipenuhi ialah bersedia untuk ditukarkan ke sekolah lain."Kami telah menjalankan proses...

Friday, January 21, 2011

Larang guru kerja Sabtu

KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah. Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela. Presiden NUTP, Hashim...

Monday, January 17, 2011

ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAK

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati...

Jawatan GSTT di Negeri Melaka - Jan 2011

JAWATAN:- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)(Sekolah Menengah negeri Melaka)SYARAT-SYARAT:1. Warganegara Malaysia2. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah3. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf (Telah tamat pengajian dan dianugerahkan IJAZAH atau DIPLOMA)4. Mempunyai kepujian Bahasa Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam 3matapelajaran yang lain.5. Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnyaperingkat SPM, matapelajaran...

Friday, January 14, 2011

Guru sandaran rayu sambung kontrak

Sebahagian daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menunjukkan berita mengenai nasib mereka selepas tidak disambung tugas sebagai guru walaupun ada kenyataan pihak tertentu mengekalkan jawatan itu di Kangar, semalam. KANGAR 5 Jan. - Harapan sekumpulan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di negeri ini untuk sentiasa bergelar guru musnah setelah ditamatkan kontrak perkhidmatan walaupun ada di antara mereka pernah mengharumkan nama...

Monday, January 10, 2011

NUTP cadang sistem penilaian baru untuk tujuan naik gaji

07/01/2011 12:33pmKUALA LUMPUR, 7 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya melibatkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat. Presidennya Hashim Adnan berkata, urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman. Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat setelah lama berkhidmat...