Saturday, January 22, 2011

Kontrak 1,614 GSTT disambung

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menyambung kontrak 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua GSTT yang akan disambung kontrak itu adalah terdiri daripada guru sandaran yang terpilih memenuhi syarat utama kelayakan iaitu berpengalaman bertugas selama tiga tahun berturut-turut.

Menurutnya, syarat lain yang perlu dipenuhi ialah bersedia untuk ditukarkan ke sekolah lain.

"Kami telah menjalankan proses saringan dan mendapati 1,614 GSTT yang terdiri daripada 338 guru sandaran sekolah rendah dan 1,276 dari sekolah menengah memenuhi syarat tersebut. Jadi kami mengambil keputusan untuk menyambung kontrak mereka.

"Untuk tujuan itu, kementerian telah mengarahkan jabatan pelajaran di setiap negeri supaya mengambil semula guru-guru sandaran ini dengan segera dan berharap mereka akan mendapat surat tawaran dalam masa terdekat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini GSTT yang masih belum disambung kontrak setelah ia tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

Sementara itu, berhubung permintaan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) supaya GSTT yang berpengalaman lebih tiga tahun diberi keutamaan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru (IPG), Puad berkata, keutamaan sememangnya telah diberikan kepada golongan tersebut.

Bagaimanapun katanya, tidak semua guru sandaran itu boleh melanjutkan pengajian ke IPG kerana kebanyakannya tidak memenuhi syarat bidang pengkhususan dalam pendidikan di sekolah.

"Kami memberi keutamaan. Sebab itu wujudnya Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC) tetapi masalahnya ialah kebanyakan guru sandaran ini tidak memenuhi syarat pengkhususan dalam mata pelajaran di sekolah.

"Sebagai contoh, guru sandaran yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan sukar untuk dipilih ke IPG berbanding mereka yang mempunyai kelulusan di dalam bidang bahasa dan sejarah kerana kurang pengkhususan terhadap bidang tersebut di sekolah,'' jelasnya.

Related Posts:

  • Pertandingan Dikir Barat Terbuka Malaysia   Ni ialah poster yang CM buat khas untuk pertandingan dikir barat Terbuka Malaysia nanti di Putrajaya. Pertandingan ni dikelolakan oleh Persatuan Cinta Seni Kuala Lumpur (PERINTIS). CM merupakan exco PERINTIS yang ber… Read More
  • Bahaya ketagih internet   Ketagihan terhadap internet menyebabkan seseorang lebih gemar meluangkan masanya untuk berada lebih lama di depan komputer… Read More
  • Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Tahun ni CM kena jadi ajk untuk majlis persaraan GPK HEM iaitu Pn. Hamidah. Tugas CM hanyalah kena buat persembahan video dan banner jer. Semua kerja tu berjaya di buat dengan sempurna. Tapi bukan itu jer kena buat, ker… Read More
  • Bersabarlah BersabarlahDisaat apa yang kita impikan begitu dekatDan telah Allah letakkan di atas telapak tanganSungguh hanya dengan kehendak Allah jua lahJari-jari kita dikuatkan untuk kemudian menggenggamnyaSungguh hanya Dialah yan… Read More
  • Cara simpan fail dalam gajetBagaimana anda menyimpan fail termasuk dokumen Office, foto dan video yang disimpan dari pelbagai peranti seperti telefon, kamera dan tablet? Kebanyakannya pasti membiarkannya saja dalam gajet masing-masing. Namun, bagaima… Read More

0 Komen: