
SHAH ALAM: Seorang wanita yang hilang kerja guru sandaran tidak terlatih berikutan kehamilan berjaya dalam tuntutannya apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengisytiharkan bahawa dia layak dan berhak dilantik untuk jawatan itu. Peguam mewakili plaintif, Edmund Boon, ketika ditemui berkata, mahkamah berpuas hati bahawa tindakan pada 12 Januari 2009 untuk menarik balik atau membatalkan lantikan plaintif sebagai guru sandaran tidak terlatih...