Sunday, February 26, 2012

Brunei kelima terkaya di dunia

BANDAR SERI BEGAWAN 25 Feb. - Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581).

Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli.

Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru.

"Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan antarabangsa kerana ia mengambil kira perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi berbanding hanya membuat perbandingan kadar pertukaran asing yang memutarbelit perbezaan sebenar dalam nilai," lapor majalah itu.

Awal bulan ini, Jabatan Pembangunan dan Perancangan Ekonomi (JPKE) melaporkan, indeks harga pengguna Brunei meningkat 1.8 peratus dari 2010 ke 2011, manakala purata pertumbuhan negara itu kurang daripada satu peratus setiap tahun.

Menurut JPKE, purata tahunan Indeks Harga pengguna (CPI) Brunei pada 2011 adalah 106.9 berbanding 104.8 pada 2010, dengan kadar inflasi dua peratus sepanjang tahun lalu.

Ekonomi Brunei didominasi oleh industri minyak dan gas dengan 90 peratus daripada eksportnya dan lebih separuh daripada KDNK negara itu datang daripada sektor tersebut.

Qatar dinamakan negara terkaya di dunia dengan jumlah KDNK per kapita lebih AS$88,000 (RM265,065) pada 2010, sementara Luxembourg di tangga kedua dengan KDNK per kapita lebih AS$81,000 (RM243,980) hasil daripada menjadi negara hab kewangan.

Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir AS$56,700 (RM243,980), manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita AS$52,000 (RM156,629). - AGENSI

Related Posts:

  • Tensionnnnnn!!!!!!Hari ini CM agak tensen dengan sorang minah tu.....tak payah nak cerita sebab apa, xde mood rasa. tiba2 hilang mood masa nak balik sekolah. Silapnya dari CM jugak. Tapi masalahnya minah tu berlagak macam la dia bos besar... 2… Read More
  • contact me Kepada sesiapa yang nak berkongsi link blog masing-masing atau nak  ajukan pertanyaan bolehlah hubungi moka pakai form ni.Jika nak kongsi  link. Masukkan link blog anda di sini. … Read More
  • Kaki bodek atau kaki kipas Isu kali ni agak hot sikit. Tapi dah itu ada dalam kepala sekarang ni, terpaksa CM tulis. Kalau tak tulis tak ingat lak. Ada satu kisah ni, seorang hamba Allah kalau depan bos lembut dan baik jer buat kerja. Semua cakap pasa… Read More
  • Itu bukan takdirnya Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh kawan CM di blognya untuk CM memberi komen dan semangat untuknya. CM tahu besar ujian yang di tempuhinya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pelbagai ujian dilaluinya… Read More
  • Perangai Pelik Ni nak cerita pasal perangai pelik CM. Kalau uols nak tahu. Cewahhh pandai guna uols dah sekarang ni :) hihihi. Kalau uols nak tahu CM ni ada perangai pelik sikit yang susah nak di ubah.  Salah satunya kalau orang pangg… Read More

0 Komen: