Thursday, July 12, 2012

Bercerai angkara fahaman politik



CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Related Posts:

  • Kadang Kita Rasa ...   Kadang kita rasa, kita sudah buat yang terbaik ... Tapi sebaliknya, masih ada kekurangan ... Kadang kita rasa, kita sudah cukup bahagia ... Tapi sebaliknya, hati kita masih kosong ... Kadang kita rasa, kita… Read More
  • T shirt Nordin FC kilauan emas 4Alhamdulillah rezeki kali ini CM telah mengdesign t shirt untuk peminat Nordin FC atau Megat Nordin. Senang jer design kali ni kerana x perlu edit banyakm ambik gambar tukar kepada black n white n tulis sikit2 dan siap. Semog… Read More
  • 10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK 1. Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang akti… Read More
  • Nak gi pulauDua tiga hari ini, rasa nak gi tinggal kat pulau jer sorang diri. Melupakan segala bebanan kerja,  stress dan segalanya yang membelenggu fikiran ketika ini. Entah apa yang bermain dikepala saat ini sehingga berat untuk m… Read More
  • Love Quotes : Missing You "Before I sleep and after I wake up and all the hours in between ... you occupy my mind. So, practically every moment of the day you are in my thoughts. I miss you."  "It's true we don't know what we've got until i… Read More

0 Komen: