Monday, June 2, 2014

Dua dah

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah mengurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat comel buat kami berdua. Inilah penyambung legasi keturunan kami yang akan mendoakan kami disana kelak. Ya Allah, kami sangat bersyukur diatas kurniaan Mu ini. Kami akan lanksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini sebaik mungkin dan akan memastikan anak2 kami menjadi penghuni syurga Mu Ya Allah. Yang sulung bernama Muhammad Qhalief Adieb dan yang kedua bernama Muhammad Qayl Adriey. Kedua2nya amat kami sayang. Walaupun Adieb sekarang ni terpaksa berkongsi kasih dengan adiknya namun sikit pun kasih sayang kami kepada mereka tidak berbelah bahagi. Sayangnya tetap sama dan tidak sikit pun berat sebelah. Selepas ini kena bersedia dari segi mental sebabnya kedua2 merupakan anak lelaki. Faham2 sajalah macam mana jadi nanti keadaan rumah. Kadang2 menguji kesabaran tapi itulah indahnya bila mereka ada. Rumah tak pernah sunyi dengan telatah Adieb. Sekarang tambah sorang lagi Adriey, kita tengok apa yang akan jadi lagi lepas ini. Hahaha. Apa pun kami tidak akan rasa semua itu tekanan bagi kami kerana anak2 kami merupakan penghibur dikala kami kesunyian dan kesedihan. Ya Allah kami sangat2 bersyukur diatas kurniaan ini. Alhamdulillah.

Related Posts:

  • Kaulah Segalanya Ruth Sahanaya - Kaulah Segalanya Mungkin hanya Tuhan Yang tahu segalanya Apa yang kuinginkan Di saat-saat ini Kau takkan percaya Kau selalu di hati Haruskah ku menangis Tuk mengatakan yang sesungguhnya Chorus : Kaula… Read More
  • Photo shootPetang ni ada photo shoot untuk album dikir barat terbitan JKKN di studio rakaman UM. Kebetulan tak balik kampung lagi jadi datang la nak ambik gambar untuk buat cover album. Tapi Kebetulan rakaman belum siap lagi terpaksa la… Read More
  • Ku Bahagia Lirik Ku Bahagia-Sherina, OST Laskar Pelangi Kita bermain-main Siang-siang hari Senin Tertawa satu sama lain Semua bahagia, semua bahagia Kita berangan-angan Merangkai masa depan Dibawah kerindangan dahan Semua baha… Read More
  • Percutian yang menyeronokkan di Sabah Bila cuti sekolah bermula sahaja, semua orang merancang percutian untuk ahli keluarga. CM pun tak terlepas dari merancang percutian juga. Tetapi percutian ke negeri Sabah kali ini telah lama dirancang iaitu sejak bulan 1 lag… Read More
  • Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi … Read More

0 Komen: