Sunday, July 13, 2014

Lidah Bercabang

Dalam satu-satu organisasi, rumahtangga, masyarakat mesti ada segelintir yang tergolong dalam mulut lidah bercabang. Mereka ini boleh dinamakan perosak sebab akan mengakibatkan perbalahan, pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Sedih, kan? Yang jadi mangsanya, kita semua ini.

Lidah bercabang ini sebenarnya adalah peribahasa yang bermaksud selalu berubah-rubah dan tidak dapat dipercayai. Juga dikenali dengan lidah biawak.

Selalunya orang yang lidah bercabang ini, nampak luarannya baik dan sopan. Katakan dia berborak dengan orang A tentang kisah X, lepas itu dia cakap dengan orang B tentang kisah X yang telah bertukar versi lain. Tidak ke.. pening kalau orang A dan orang B berborak tentang kisah X? Ada dua versi yang berlainan tentang kisah X. Kalau kisah X satu perkara penting, tidak ke aniaya namanya itu?

Motif? Ada yang nak nampak diri dia sahaja yang bagus di depan rakan-rakan lain. Ada yang suka porak perandakan keadaan, akan rasa puas hati dengan cara ini. Ada yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. Pendek kata, yang tiada motif pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negatif. Buanglah semua sifat-sifat negatif ini yang semakin akan memburukkan keadaan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman.

Apa yang patut kita buat? Paling mudah cuba selidik dahulu kisah X yang sebenarnya daripada orang lain juga. Jangan mudah terlalu percaya dengan orang yang lidah bercabang ini. Hadapi situasi getir yang diwujudkan oleh golongan lidah bercabang ini dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. Lama-kelamaan yang benar akan muncul. Pada masa itu terbukti segalanya. Harus diingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Sampai bila kita nak berada di takuk yang lama, dengan era yang serba maju dengan internet dan penggunaan sosial media yang meluas, CM rasa makin terasa banyak yang tidak boleh percayai. Naik takut pun ada.

Mula-mula tidak terlalu besar impaknya jika hanya melibatkan satu-satu komuniti, kelompok atau kejiranan. Tetapi bila ianya telah tersebar meluas melalui media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan lain-lain akan lebih mengeruhkan keadaan dan melibatkan komuniti yang lebih besar. Bila dah sampai tahap ini, memang terlalu bahaya dan berisiko tinggi. Walaupun kisah X hanya datang dari seorang yang lidah bercabang.


sumber : www.mialana.com

Related Posts:

  • Penangan gym Pertama kali dalam hidup CM pergi gym. Bukan nak jadi macam Sazali Samad pun, cuma nak bagi sihat jer sambil dapat mengurangkan berat badan, hehehe. Mula2 main gym memang rasa penat dan Sakit2 badan, maklumlah tak pernah bua… Read More
  • Kisah dulu-dulu Jam 2 pagi rasa tak mengantuk la pulak. Tiba2 CM teringat kisah dulu2 zaman kanak2 ribena. CM ni agak nakal jugaklah masa kecil dulu. Kalau teringat mesti senyum sorang dan rasa menyesal pun ada jugaklah. Pernah dulu kat pad… Read More
  • Hati dan perasaan Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah m… Read More
  • Anniversary ketigaAlhamdulillah,  tahun ni merupakan tahun ketiga perkahwinan kami.  Setiap 13 September merupakan hari yang wajib disambut oleh kami sebagai tanda mengingati perkahwinan kami pada tahun 2010. Seperti biasa kami akan … Read More
  • Makan ikan haruan bakar Pada hari isnin yang lepas, CM menerima panggilan dari Cikgu Asrul kawan sekolah dulu dan iPG pada jam 9 mlm. Dia ajak gi makan ikan haruan bakar. Sebelum ni geng sekolah dulu ada la dok ajak gi mancing, tapi disebabkan kesi… Read More

0 Komen: