Friday, December 13, 2019

Rindu Itu satu ujian


Kadang rindu itu datang dengan sendiri. Teringat kisah2 lama yang x akan kembali lagi. Rindu itu lumrah buat semua manusia.

Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang yang kita rindu tu? Sebenarnya yang paling bagus ialah bila kita sampaikan rindu kita pada seseorang tu melalui DIA. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

InsyaAllah bila kita  minta sungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tetapkan hati-hati orang yang kita rindu untuk tidak berpaling arah, dan sekiranya orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini, semoga Allah tenangkan hati kita dan ubati kerinduan itu seiring masa yang berlalu. InsyaAllah.
Ustaz Don Daniyal pernah pesan:
"Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah "


Kenapa surah al fatihah?

Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekedar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga dapat membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.

Sakit rindu itu satu ujian

Kerinduan dan kesedihan dan kesakitan yang kita alami hanya kita sendiri je yang tahu kan? Tapi yakinlah, Allah takkan menguji kita di luar kemampuan diri kita sendiri. Semua yang berlaku ade hikmah. Kita kena yakin dengan aturan Allah SWT. Semoga orang-orang yang kita rindu berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa. InsyaAllah (: 

Related Posts:

  • Antara permata dan batu Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :) Yups sang… Read More
  • Ikhlas ker dia maafkan kita? Maaf mudah diucapkan, mudah memaafkan..tapi benar-benar ikhlas kah seseorang memaafkan kita? Sesungguhnya melafazkan itu mudah, tapi untuk IKHLAS itu adalah sukar. Sebab tu orang kata, buat baik berpada-pada, buat jah… Read More
  • Adieb is two dah 5.3.2014 maka genaplah umur Muhammad Qhalief Adieb 2 tahun. Sekejap jer masa berlalu pejam celik dah masuk dua tahun dah umur dia. Walaupun adieb ni agak 'cergas' kat rumah namun CM x pernah  rasa geram kat dia. Kadang2… Read More
  • Baru dapat idea Setelah hampir sebulan dok fikir macam mana nak mulakan majalah sekolah ni akhirnya ptg ni baru dpt idea. Ideanya simple jer guna word jer buat. Tak payah nak susah2 fikir nak guna software pelik2. Sebelum ni CM ada … Read More
  • Sahabat kerana Allah Alangkah beruntung nya jika mempunyai sahabat seperti ini kan. Tapi dalam kehidupan sekarang agak sukar kita mendapatkan sahabat yang seperti ini. Mungkinkah kita mendapat sahabat seperti yang di inginkan ini? Ja… Read More

0 Komen: