Wednesday, November 18, 2020

JANJI

Ada kata kata mutiara yang berbunyi “janji merupakan sebuah hutang yang harus dibayar” dan "kalau lembu berpegang pada talinya, kalau manusia berpegang kepada JANJI". Kata kata tersebut bukanlah sebuah hiasan peribahasa atau pepatah semata, ia lebih dari itu. Menurut Islam, janji merupakan sesuatu yang harus ditepati sepertimana hutang yang harus dibayar. 

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

Ditambah dalam riwayat Muslim : Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri muslim.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Janji mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam. Tidak boleh kita sesuka hati mengucap janji jika kita tidak berasa yakin boleh menepatinya. Tentang pentingnya menepati janji ini juga ada di dalam surah an Nahl ayat 91 dan 92, yang berbunyi,
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya mengujimu dengan hal itu. Dan sesungguhnya di hari Kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu”.

Ingkar terhadap janjinya sendiri merupakan salah satu sifat orang munafik. Padahal, Allah sangat membenci orang munafik. Ada terdapat di dalam surah An Nisa ayat 145, Allah berfirman, “Sungguh, orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”.

Related Posts:

  • Kenapa beria sangat?Malam ni nak jawab persoalan yang ditanya dulu iaitu kenapa CM beria sangat nak kurus? Hahaha...beria sangat ker? Mestilah beria kerana xde pun orang kat dunia ni nak jadi gemuk. Uols nak jadi gemuk? Xnak kan?. Titik tolaknya… Read More
  • KusutJam dah pukul 2 pagi dah tapi kenapa mata x boleh lelap lagi. Fikir punya fikir baru teringat ptg td pekena tea ais. Golek sana golek sini x boleh tido jugak. Jadi masa tengah golek2 macam2 dok fikir dalam kepala. Semakin fik… Read More
  • Jadi Ustaz kejapPetang ni nak jadi ustazlah kejap. Hahaha. Bukan nk jd ustaz pun cuma sebagai renungan untuk kita bersama. Setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sesekali kita tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama. CM dulu2 pun se… Read More
  • Koboi yang buntuNi lepas tulis artikel kusut teringat pulak pasal tema koboi untuk majlis dinner akhir tahun nanti. Masa tu kena pakai pakaian bertemakan koboi. Buntu betul rasa fikir nak cari pakaian koboi nih. Nak sewa rasa x berbaloi dan … Read More
  • Benci betul rasa!!!Tiba2 rasa benci pulak bila tgk gambar2 tuh...arghhh sakit hati rasa. Takpe2 lepas ni giliran CM lak buat diorang sakit hati. Bukan main seronok lagi yer...hmmm menyampah tengok. Ok dah puas hati dah Hahaha.... :) Gambar mana… Read More

0 Komen: