Monday, June 28, 2021

HIKAYAT DEWA MUDA SEMAN WAU BULAN BAHAGIAN 1 – 6 (AKHIR)

 

HIKAYAT DEWA MUDA SEMAN WAU BULAN BAHAGIAN 1 – 6 (AKHIR)
Dewa muda yang ditemani pengasuh bernama awang si jambul lebat berusaha mendapatkan kekasihnya iaitu puteri Ratna Mas. Secara simbolik dari segi psikoanalisis, terdapat nafsu dalam diri dewa muda.
Dewa muda di sepanjang perjalanannya diawasi pengasuh. Pengasuh inilah yang berusaha mencari air ketika dewa muda dahaga apabila sesat dalam hutan. Pengasuh itulah yang menemani Dewa muda naik ke kayangan melalui Wau Beremas, untuk menemui Puteri Ratna Mas.
Pengasuh itulah yang menjaga Dewa muda Semasa pengsan kerana terkena belantik embak. Dalam persembahan main pateri, Mantera Angin Dewa Muda diucapkan oleh Tok Pateri kerana bertolak daripada pemikiran orang Melayu bahawa dalam jiwa pesakit terdapat desakan hati yang didorong oleh kehendak nafsu yang dibendung oleh suatu keadaan yang menyebabkan nafsu atau anginnya tidak dapat dilepaskan lalu mengakibatkan semangat dirinya tidak kuat dan jatuh sakit.
Akhirnya dewa muda yang pengsan kerana terkena belantik embak telah dipulihkan oleh kekasihnya, puteri ratna mas yang menyamar sebagai bomoh, kemudian dewa muda tahu bahawa “bomoh” itu adalah kekasihnya dan dia tidak sakit lagi. JOM DENGAR SAMPAI HABIS UNTUK TAHU KESUDAHAN CERITA HIKAYAT DEWA MUDA...
Jangan lupa tekan subscribe untuk mendengar lebih banyak lagu-lagu dikir lama.

Related Posts:

  • Budak enam tahun juruhebah termuda Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri. LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara. Pada umur enam tahun, Amber … Read More
  • Psy menari tarian kanggaru PSY menghiburkan para peminatnya dengan tarian baharunya di Sydney semalam. SYDNEY - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun. Beribu-ribu peminat memba… Read More
  • Jumpa keris melekat pada akar kayu Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman. SEBERANG PERAI UTARA - Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar seba… Read More
  • Anu bengkak pakai gelangIPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau na… Read More
  • Buah labu terbesar dunia milik Wallace WALLACE (kiri) bercakap kepada Kelly dan Michael (kanan) tentang buah labu gergasi miliknya pada program Live with Kelly and Michael di New York kelmarin. NEW YORK - Seorang penanam labu, Ron Wallace dari Greene, Pulau Rh… Read More

0 Komen: