Sunday, February 7, 2016

2015 Yang Cemerlang
















Penutup tahun 2015 yang cemerlang. Begitulah kesimpulan yang boleh CM simpulkan. Disebabkan lama dah tak menulis, jadi malam ini terdetik dihati untuk menulis sikit tentang pencapaian yang cemerlang tahun 2015. Baru-baru ini berlangsung pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2015 anjuran RTM. Pertandingan itu diadakan di Kuantan Pahang. CM pun terlibat sama dalam pertandingan tersebut mewakili kumpulan Sunang Detaga, KL. Sebanyak 4 kumpulan yang berentak pada hari itu untuk merebut hadiah RM40000 (hadiah terbesar dalam sejarah penganjuran dikir barat). Dipendekkan cerita, kumpulan CM telah berjaya menyapu bersih semua hadiah pada pertandingan tersebut. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Antara hadiah yang kumpulan CM menang ialah, Jogho terbaik (RM5000), Tukang Karut Terbaik (RM5000). Persembahan Terbaik,(RM5000) dan juara keseluruhan (RM40,000). Alhamdulillah syukur kehdarat ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Walaubagaimanapun, dah lebih 2 bulan dah pertandingan tersebut, tapi tak dapat merasai lagi hadiah kemenangan tersebut.Tapi tak mengapalah, tak kan lari gunung dikejar. hehehe. Dapat hadiah nanti, kumpula CM dah rancang dah nak buat kenduri kesyukuran dengan menumbangkan seekor lembu. semoga hadiah itu cepat2 dapat dan perancangan pun dapat dijalakan nanti, insyaalah.

Thursday, February 4, 2016

Fenomena air pelbagai perisa


Sekarang fenomena air pelbagai perisa. Nak sebut pun tak reti, hentam jelah air gelas besar atau pelbagai perisa. Kalau cikgu2 sekolah CM dia oanggil ngeteh. Sebabnya gerai yang jual air ni diorang namakan ngeteh. Ada macam2 jenama diorng buat. Ada champion, kopi, dan macam2 lagilah. Harga mak ai bblh tahan jugaklah. Dengan harga rm5 sebekas besar tu,CM jangkakan peniaga dapat untung tak kurang rm500 sehari. Perghh bayangkan kalau sebulan.Air ni asal usulnya dari Thailand. CM beli kat thailand rm2.50 sahaja. Sampai lembah klang jadi rm5. Hari tu CM pergi kat kuantan ada jugak org jual air no kat sana denhan harga rm3.90. Hehehe murah sikit. Tapi tetap untung. kalau sebelum ni CM pengemar air ni, sekarang kurang dah sebab dah beli serbuknya kat tahiland. Jadi jimat ler. Rasa sama jer dgn kat kedai. So jangan mwmbazir yer...Tu jelah nk kongsi malam ini.

Tuesday, August 11, 2015

Rindu?

Betul kata hafiz hamidun ni, sebab ianya percumalah ramai orang sia2kn perasaan itu. Bila dah xde baru nak meratapi atau baru nak hargai erti rindu itu. So selagi masih ada kesempatan ini, manfaatkanlah perasaan rindu itu kepada orang yang disayangi dan dirindui selalu.

Monday, August 10, 2015

Tokoh Dikir Barat Kelantan 2015

Tahniah my father yang dianugerahi tokoh dikir barat negeri kelantan buat kali ketiga dah kalau CM tak silap. Mungkin ramai tak tahu yang ayah CM merupakan pengiat kesenian dikir barat antara yang paling lama di negara kita. Barisan pengiat seangkatan beliau dah ramai meninggalkan kita semua.. alhamdulillah semoga Allah memanjangkan umur ayah CM ni. Oohhh lupa nak bagitau, nama ayah CM ni orang panggil Dollah Tok Deh atau Dollah Anak Singa atau Pak Nik Lah. Merupakan seorang tukang karut lagend di negeri Kelantan. Alhamdulillah pada saat ini ayah CM masih diberi kesihatan yang baik. Syukur alhamdulillah. Kalau sape2 nak jemput ayah CM buat show boleh la hubungi ayah CM tu atau PM jer CM. :)

Galeri sejarah

Alhamdulillah... semakin menampakkan hasil dah galeri sejarah yang telah lama tertangguh... banyak lagi benda bak krna buat. Hari ni batu siap gantung banner sebagai backdrop galeri sejarah ni. Semoga dipermudahkn proses seterusnya....rada nak patah pinggang gantung banner sorang2 yang saiznya 24 x 10 kaki.... huhu.. xpelah buat aorang pun yang penting projek kita ni siap.... next porjek tgh byk menanti..... semoga dipermudahkan... aminnnn

Thursday, August 6, 2015

Tempahan Design Banner dan Bunting

Berita baik bagi sesiapa sahaja nak tempah design banner atau bunting dan print sendiri. CM menawarkan perkhidmatan mengdesign banner atau banting dengan kos yang murah jer. HANYA RM15 SAHAJA 1 design Bunting dan RM20 untuk banner. Murahkan?  Kalau anda design di kedaikan, harga untuk 1 design bermula dari RM40 keatas....mahalkan?. Kos print baru RM1 satu kaki. Kos design tu jer mahal.Kalau CM design anda hanya bawak pergi print sahaja. Kalau bunting saiz 2 x 5 kaki baru RM10 jer print. Try bagi orang kedai design dan print.Upah design RM40 + Print RM50 dah kosnya. mahalkan? So kalau sape2 yang tak pandai nak design boleh la whats up CM-017-9080175.
Kat bawah ni adalah beberapa contoh2 bunting dan banner yang CM telah buat untuk sekolah. Ni jer sempat upload..banyak sangat tak larat nak upload :)
















Sunday, April 5, 2015

Pertandingan dikir barat hari kraf kebangsaan

Kerja gila. Hahahah.. tu jelah boleh cm katakan. Pertama dan terakhir CM jadi tukang karut dikir. Hahaha... walaupun tengok skrip tapi CM tetap enjoy hahaha.... sangat2 melucukan betul...adoii...hahaha

Button badge

Sempena pelancaran program 'The Champion' Kaunselor sekolah CM mintak tlg buatkan button badge. Jadi CM buatlah. Lepas tu nak dijadikan cerita, kaunselor sekolah CM tu pun promote kat group wasap kaunseling daerah klang. Jadi bertalu2 cikgu2 sekolah cal CM mtk tlg buatkan button badge. Hahaha. Jadi nilah hasilnya....alhamdulillah... siap dalam masa sehari