Saturday, October 5, 2013

Motivasi Untuk Berjaya


Setiap orang mempunyai dorongan motivasi diri yang berbeza. Terdapat lapan kekuatan emosi yang boleh dicetus dalam jiwa raga seseorang yang mahukan kejayaan. Tidak semua insan dapat melahirkan kesemua dorongan ini. Sesuaikan diri anda dengan niat perjuangan mengikut citarasa tersendiri. Dengan adanya doronga ini, motivasi diri menjadi lebih kekal dan bertahan.

Pertama : Niat meninggalkan kesakitan dan kecelakaan- Insan yang banyak menghadapi dugaan dan kecelakaan adalah lebih matang dalam menghayati pengertian kejayaan. Mereka mahu layanan hidup yang lebih baik dan mewah. Mereka mahu meninggalkan suasana yang mendukacitakan. Mereka sering impiankan segala kemewahan yang belum menjadi milik hidup dan berikhtiar untuk mengecapi kesempurnaan. Golongan ini sanggup bertahan apa sahaja, kerana mereka sering mewawasankan perubahan dan kemajuan. Seseorang boleh membina motivasi dengan membayangkan nikmat kemewahan yang bakal mengambil alih hidup susah sekarang.

Kedua – Niat mengenal dan melengkapkan tanggungjawab diri – Mereka memahami dan sedia melaksanakan tanggungjawab hidup. Motivasi datang dari daya mengawal dan mengolah hidup berasaskan rukun dan tanggungjawab yang telah ditugaskan. Contohnya, ibu bapa menjalankan tanggungjawab mengasuh dan menjaga anak. Pekerja menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh majikan. Mereka setia dengan panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Ketiga: Niat menebus kebenaran dan maruah – Golongan yang telah banyak menerima tekanan emosi atau hinaan mempunyai suatu kekuatan dalaman untuk menebus maruah diri. Mereka hanya hendak tunjukkan bahawa diri mereka bukan seperti apa yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka sering mengimbas kembali kesakitan lalu (akibat fitnah atau celaan) sebagai kekuatan untuk mereka terus maju ke depan. Semakin banyak hinaan yang diterima, daya perjuangan menjadi semakin kuat. Merka berkeupayaan menukar kemarahan kepada suatu tenaga perjuangan yang kental.

Keempat – Niat untuk membuktikan diri – Golongan ini berusaha mengejar kecemerlangan kerana dirinya hendak mendapat kepuasan dari kejayaan. Mereka mahu mengenengahkan bakat dan ketrampilan hingga ke tahap yang tertinggi. Mereka sedia korban apa sahaja sehingga mrncapai hajat diri. Golongan ini tidak mementingkan nama dan pangkat. Mereka hanya mahu merasa cabaran. Semakin sengit suatu pertandingan, semakin mereka suka. Mereka anggap hidup adalah suatu pertarungan. Niat membuktikan diri seringkali timbul dari minat dan kecenderunagn sejak kecil. Mereka mempunyai misi hidup untuk menjadi insan yang istimewa. Mereka bersaing dengan diri sendiri dan sentiasa berikhtiar untuk menerokai bakat yang terpendam.

Kelima – Niat untuk memberi kebahagiaan kepada yang tercinta- Golongan ini menjadikan kekasih mereka, adik atau ibu bapa sebagai tumpuan dalam erti mengejar kemewahan. Mereka hendak berikan hidup yang terbaik untuk mereka. Mereka hendak hantarkan anak mereka belajar di universiti. Mereka menjadikan jiwa berbakti sebagai erti kehidupan yang tertinggi. Mereka tidak pentingkan apa yang dimiliki, tetapi bagaimana menggunakan milik diri mereka dengan bijak demi kebahagiaan orang lain.

Keenam – Niat hendak membela bangsa dan negara – Golongan ini berjiwa patriotik. Mereka mahu melepaskan bangsa dari ancaman dan kecaman kehinaan. Mereka berikhtiar untuk korbankan apa sahaja untuk membela nasib bangsa tersayang. Golongan ini menjadikan kejayaan diri sebagai teras untuk mencapai tujuan tersebut. Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi. Mereka dikenal perwira bangsa. Niat ini timbul akibat kesedaran tentang masalah yang sedang menimpa generasinya.

Ketujuh – Niat hendak mendapat tempat yang mulia di akhirat – Kesedaran hidup selepas mati adalah suatu kekuatan yang mendorong insan tertentu memperjuangkan sesuatu. Mereka mahu mencapai kesempurnaan dan kemuliaan di dunia hanya sebagai paspot akhirat. Insan ini tidak menghendakkan pulangan materialistik atau sanjungan keduniaan. Mereka tahu, yang terbaik dan datang kemudian. Mereka terus menyemai benih kebahagiaan denga harapan ia akan bercambah dan berbuah kemudian.

Kelapan : Niat mendapat penghormatan – Golongan ini menjadikan kebanggaan diri sebagai teras perjuangan. Mereka mahu menjadi juara yang disanjung ramai. Mereka akan rasa nikmat kepuasan bila nama disebut ramai dan disanjung tinggi. Samada dalam Buku Rekod dunia atau disiarkan dalam suratkhabar. Motivasi diri berdasarkan rasa penghormatan adalah suatu dorongan yang menjangkaui kewangan, piala atau sijil. Ia adalah suatu nikmat kerana keupayaan mendapat perhatian ramai.
Apa sahaja jenis motivasi yang dimiliki oleh seseorang , cuba semarakkan dengan motivasi yang lebih hakiki di aspek lain. Semakin banyak niat yang dapat kita tanam , semakin utuhlahperjuangan kita.


CM telah mempunyai motivasi yang tinggi apabila ada seseorang yang telah memberi dorongan dan semangat untuk mencapai sesuatu kejayaan. TQ dia :)

Thursday, October 3, 2013

Perhelatan Tamadun Melayu 1 - Tanjung Pinang, Indonesia

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan, pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia mengikuti rombongan kebudayaan membuat persembahan di negara tersebut. CM mewakili negeri Kelantan dibawah akademi arjunasukma membawa kesenian dikir barat dan wayang kulit untuk memperkenalkan budaya kelantan amnya Malaysia di negara tersebut. Perjalanan CM ke sana dari Klang ke sana mengambil masa hampir 10 jam lebih. Dari Klang kami menaiki kereta ke Jeti Stulang Laut seterusnya menaiki feri ke Pulau Batam dan sekali lagi menaiki feri dari Pulau Batam ke Tanjung Pinang.
Jeti Stulang Laut

Feri ke Pulau Batam

Pintu masuk Pulau Batam
Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Sampai disana kami dibawa menginap di Hotel Bintan Beach Resort ( BBR). Hotel itu agak selesa tetapi jauh dari kawasan bandar. Pergerakan untuk ke sesuatu tempat agak terhad kerana hotel tersebut terletak jauh dari jalan utama. Kami bergerak dengan bantuan PANITIA atau pemandu yang dikhaskan untuk membawa kami dari negeri kelantan ke tempat membuat persembahan atau ke tempat lain.

Sampai di lobi hotel menunggu kunci bilik

Ni la nama hotel CM menginap

Bilik CM jer 3 orang sebilik,bilik lain 2 orang jer

Kotak nasi yang cantik

Ni la menu hari-hari selama 4 hari, xde kuah...adoiii
CM berada di Tanjung Pinang selama 4 hari. Hari pertama team kami membuat acara perarakan di hadapan wakil presiden indonesia. Banyak negara yang menyertai Perhelatan Tamadun Melayu 1 antaranya Thailand, singapura, Brunei, Malaysia dan beberapa lagi kepulauan seluruh Indonesia. Malaysia menghantar wakil dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Johor, Selangor, dan Kelantan. Setiap negeri mempersembahkan kebudayaan masing2. Pada hari perarakan, kawasan Tanjung Pinang dipenuhi pasukan tentera dan polis Indonesia yang berkawal.keselamatan wakil presiden Indonesia. Peserta perarakan di buat pemeriksaan sebanyak 3 kali seorang sebelum dibenarkan berarak dihadapan wakil presiden tersebut. Perarakan tersebut berjaya dijalankan dengab sempurna.
Henny dan Cut Zulaikha, pembantu kami selama 4 hari disana

Bersama Datuk Nazri, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke sana

Posing sebelum perarakan

Tentera Indonesia yang berkawal ketat
Pada Keesokaannya, kami dikehendaki membuat persembahan wayang kulit. Yang menariknya ini kali pertama CM main muzik wayang kulit iaitu canang. Nampak senang tetapi susah sebenarnya. Alhamdulillah, persembahan tersebut berjaya dilaksanakan.
 

Wayang Kulit di Gedung Fatimah (Gedung tu Dewan la)
 
 

Latihan Wayang Kulit sebelum membuat persembahan pada malam tersebut
Pada hari ketiga pula, kami dikehendaki membuat persembahan dikir barat pula di pentas utama. Agak ramai penonton pada malam itu. Kami mempersembahkan persembahan yang bertenaga dan berjaya mencuit hati rakyat indonesia. Rasa bangga membuat persembahan pada malam tersebut kerana semua penonton bertepuk tangan sehingga diminta untuk membuat persembahan pada malam penutup Perhelatan Tamadun Melayu 1. Kami satu2nya wakil dari Malaysia membuat persembahan pada malam penutup tersebut.
 

Rehearsal sebelum membuat persembahan malam tersebut

Persembahan bertenaga yang memukau penonton
Pada hari ahad, hari terakhir kami di sana, kami dibawa berjalan pusing pulau penyengat oleh Datuk Nazri. Nak pergi ke Pulau Penyengat perlu menaiki bot. Bila sampai di sana kami solat zohor di masjid yang dibina menggunakan putih telur. Mengikut kepercayaan orang disana, kalau pasangan yang bercinta pergi sana boleh menyebabkan putus lepas tu kalau berada di masjid sana tidak boleh tersalah cakap. Lepas selesai solat kami pusing pulau tu dengan menggunakan kenderaan yang di panggil sebagai becak. Bayarannya ialah 30 ribu rupiah. Rupanya di sana terdapat banyak kubur raja2 zaman dahulu. Kiranya di pulau tu menyimpan seribu satu sejarah tamadun melayu.
 

Naik bot Pancung ke Pulau Penyengat

Sejarah Masjid di Pulau Penyengat

Menaiki Becak

Masjid yang di perbuat daripada campuran putih telur

Pulau Penyengat dipenuhi dengan makam kesultanan zaman dahulu
Selepas pusing pulau, ingatnya nak shopping tapi rupanya pada hari ahad kedai buka separuh hari sahaja. Jadi terlepas la shopping. Banyak benda yang tak sempat dibeli. Jadi yang sempat dibeli hanya kain sarung jawa, baju batik untuk adieb, magnet peti ais dan kerepek jer. Kain sarung batik CM sempat beli 4 helai jer. 1 untuk isteri, mak, mak mertua dan kawan. Yang istimewa jer dapat :). Kami bertolak pulang pada hari pagi isnin lebih kurang jam 8 pagi dan sampai di klang pada pukul 7 petang. Pengalaman disana cukup memberi pengalaman baru kepada CM kerana itu pertama kali CM menjejak kaki di Indonesia. :)

Semoga jumpa lagi di lain masa
 
Banyak lagi cerita yang belum di ceritakan, kalau hendak ditulis semuanya boleh buat novel ni. ini secara ringkas perkongsian CM di sana

Monday, September 23, 2013

Family Day SKKJ 2 2013 - Jom Rileks


Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. Pada 21 september 2013 merupakan hari sekolah ganti sempena raya. Tapi pada tarikh tu telah dibooking tarikh oleh penyelaras program Family Day iaitu Pn. Azurah dan Pn. Afni. Dua orang ni memang terbaiklah sebab programnya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah walaupun pada mulanya ramai yang nak tarik diri tetapi bila dah nak sampai hari program semuanya settle masalah. Kami bertolak pada pkul 1 lebih walau dalam jadual pukul 12.30tgh namun disebabkan masalah jem dan hari bekerja jadi terpaksalah kami bertolak lewat sikit. Semasa konvoi kami lebih kurang 30 buah lebih kereta kami dipimpin oleh Pn. Azurah dan suaminya sebagai ketua konvoi. Perjalanan agak lama sikit disebabkan jalan jem. Di pertengahan jalan kami berhenti rehat dulu untuk makan tengah hari walaupun jam dah pkul 3 lebih dah di Warung Soto Kuala Selangor dekat dengan Cendol Borhan tu.  
 
Soto Special dan Kue Tiaw Sup
Selepas selesai kami meneruskan konvoi ke tempat program iaitu Dorani Bayu Resort Sg. Besar.  Kami sampai disitu lebih kurang pukul 4.30 ptg. Memang seronoklah konvoi kesana. Sampai disana kami diberi taklimat dan diberi kunci bilik untuk menyimpan bagasi masing2. Pada pukul 5 ptg, kami diminta untuk turun ke gelanggang Futsal untuk acara sukaneka. Antara acara sukaneka pada petang itu ialah acara kanak2 seperti tiup tepung dan bawa bola ping pong dalam sudu manakala acara orang dewasa pula mengupas kelapa, bawak kacang dengan chop stick dan acara berpasangan iaitu bawa bola guna kepala. Memang meriah dan yang paling best CM dapat no 1 acara kupas kulit kelapa. Hehehe..tak sia2 pergi gym :).
Hamper yang dimenangi oleh CM :)

Adieb yang nak main jugak..letih main dengan Adieb

Best ke tu :)

Susah nak ambik kacang tu :)

 Setelah selesai acara sukaneka itu, kami dihidangkan atau dijamu atau yang lebih tepat lagi dibelanja makan buah durian dan duku oleh Ikhwan Engineering iaitu suami Pn. Azurah. Best sangat. Semoga lagi murah rezeki mereka. :).

 Terima kasih Ikhwan Engineering sponser buah :)

 Pada sebelah malam pula kami dihidangkan dengan jamuan bbq dan pertandingan karaoke. Seronok la jugak mendengar suara2 cikgu2 sk kg jawa 2 ni nyanyi yer. Ada yang best dan ada yang sumbang hahaha. Apa yang penting ialah enjoy!!!. 

Mic Tak best langsung katanya...

Setelah selesai kami  balik la berehat dalam bilik masing2.  Bilik CM mengadap laut, rasa tenang jer kat sana. Memang betul2 rileklah. Pada Keesokaannya acara yang dijalankan ialah bermain futsal dan yang paling best ialah mencari remis. Seronok betul tengok diorng ni mencari remis yer. CM x join sebab telah ditugaskan untuk ambik gambar jer. Hehehe padahal malas nak cari sebab dah siap mandi dah, diorang tu tak mandi lagi...:).
 Cari jangan tak cari remis tu

 Pada pukul 12 lebih kami pun check out dah. Sempat bergambar ramai2 sebagai tanda kenangan. Sangat seronok dan berbaloi pergi Family Day kat sana walau pada pertengahanya CM rasa nak tarik diri dah sebab ada masalah tertentu. Tapi semangat tu datang balik dan tak jadi tarik diri :) pecah rahsia..hehehe.
 
Tahniah untuk BKGK 2013 terutama Pn. Azurah yang memang terbaik menguruskan program ni walau banyak masalah yang dihadapinya namun program ni tetap berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga tahun depan walau dah tak jadi ajk BKGK CM harap dia dapat membantu BKGK laksanakan program macam ni lagi. Semasa balik kami singgah di Pekan Sg. Besar untuk makan tengah hari dan pada sebelah petang pula melawat kilang buat kerepek.Yang petang CM x join sebab adieb dah tido dah dan tak nak ganggu dia. Itu jelah ceritanya walau nak cerita pendek tapi jadi panjang la pulak. :)
 
 
Makan Tengah hari si Pekan Sg. Besar

  Ni gambar bawah ni gambar yang dibeli semasa disana, semuanya fresh sebab baru naik ke darat

Udang Lipan 
 
Ketam Fresh
 
Mentarang
 
Remis
 
Best tido :)
 
 
Muka bengis semacam jer..adoiii :( 

AJK BKGK kecuali CM hehehe

Gambar2 lain sila rujuk facebook skkj2 :)

Wednesday, September 18, 2013

Cinta hati ku

Jiwang la pulak CM ni hahaha... seronok jugak tulis macam ni...

Ibarat pungguk rindukan purnama
Begitulah hatiku
Padamu yang ku sayang selalu
Tiada lain hanya satu
Namamu bermain di kalbu

Sayangku
Cintaku untukmu
Usah kau ragui kesetiaanku
Usah kau resah sayangku
Hati ini milikimu
Tersemat dijiwa terkunci dikalbu

Engkau
Cinta hatiku
Pengubat rinduku
Penawar dukaku
Penghibur sunyiku
Dikala malam datang bertamu

Semangatmu
Tersemat dihatiku
Menjadi kekuatan hidupku
Tak pernah pudar walau satu
Menyinari sinar cahaya hidupku

Walau badai sentiasa melanda
Tetap utuh benteng dibina
Takkan musnah hancur binasa
Walau terpaksa bergadai nyawa
Akan ku tetap sentiasa bersama

Untuk dia jer.... :)

Monday, September 16, 2013

Hati dan perasaan

Bercakap tentang hati dan perasaan ni Kadang2 boleh buat seseorang itu angau, kecewa, sedih, berduka, mengelamun, gembira, bahagia dan lain2 yang seangkatan dengan perasaan. Tapi apabila bermain dengan perasaan ni ia mudah membuatkan seseorang tu mabuk seketika jika perasaan tu indah. Jika perasaan itu dimainkan Kadang2 membuatkan seseorang itu akan melakukan perbuatan di luar jangkaan. Sebagai contoh, jika seorang wanita memainkan perasaan seseorang lelaki dengan memberikan pelbagai harapan palsu, mungkin akan menyebabkan tindakan luar kawal dari seseorang lelaki itu untuk membalas dendam sebagai protes kerana malu apabila perasaan dimainkan. Takutkan. Walau bagaimanapun, perkara sebegini mungkin boleh dielakkan jika wanita tidak memainkan perasaan lelaki dan lelaki tidak memainkan perasaan wanita. Jika perkara ini berlaku seeloknya bincanglah elok2 supaya perkara tersebut tidak berlaku.
Bagi hati pula, ia sukar untuk diterjemahkan melalui percakapan. Ia mungkin boleh dilihat melalui perbuatan seaeorang itu. Biasanya mulut akan kata lain tapi hati tidak. Hati akan tetap betul sampai bila2 kerana hanya diri sendiri sahaja yang tahu apa isi hatinya. Tetapi mulut tidak. Mulut hanya manis berkata-kata dan tidak pernah jujur  dengan hati. Hati kata ya tapi mulut kata tidak. Apabila sesorang itu suka kepada sesorang, hatinya mudah tersentuh dan sentiasa berkata-kata. Tapi mulut tidak, hanya menafikan atau mendiamkan sahaja walaupun hati memberontak inginkan dia. 
Namun begitu, hati dan perasaan ini biasa akan hadir bersama jika ia menyukai atau membenci kepada seseorang. Ada hati adalah perasaan. Namun perasaan mudah berubah jika hati terguris atau terluka. Perasaan itu sukar dibuang jika hati dah menyukai seseorang.  Walau benci pada seseorang yang pernah di sayangi, namun perasaan sayang tu tak akan pernah pudar walau hati sudah tawar.
Itu sahajalah CM nak kongsikan tentang hati dan perasaan. Jangan  mainkan perasaan seseorang jika perasaan itu tiada padanya dan jangan sakiti atau menguris hati seseorang jika tak ingin hati kita diguris sama. Ingatlah hati dan perasaan kita hanya kepada Allah swt. Jagalah hati kita supaya bersih dari kotoran2. Hehehe..
Nota kaki : 
Teringat lagu ni, satu-satu saya sayang Allah, dua-dua sayang Rasullulah, tiga-tiga sayang ibu ayah, 1 2 3 sayang semuanya :)