Saturday, October 5, 2013

Motivasi Untuk Berjaya


Setiap orang mempunyai dorongan motivasi diri yang berbeza. Terdapat lapan kekuatan emosi yang boleh dicetus dalam jiwa raga seseorang yang mahukan kejayaan. Tidak semua insan dapat melahirkan kesemua dorongan ini. Sesuaikan diri anda dengan niat perjuangan mengikut citarasa tersendiri. Dengan adanya doronga ini, motivasi diri menjadi lebih kekal dan bertahan.

Pertama : Niat meninggalkan kesakitan dan kecelakaan- Insan yang banyak menghadapi dugaan dan kecelakaan adalah lebih matang dalam menghayati pengertian kejayaan. Mereka mahu layanan hidup yang lebih baik dan mewah. Mereka mahu meninggalkan suasana yang mendukacitakan. Mereka sering impiankan segala kemewahan yang belum menjadi milik hidup dan berikhtiar untuk mengecapi kesempurnaan. Golongan ini sanggup bertahan apa sahaja, kerana mereka sering mewawasankan perubahan dan kemajuan. Seseorang boleh membina motivasi dengan membayangkan nikmat kemewahan yang bakal mengambil alih hidup susah sekarang.

Kedua – Niat mengenal dan melengkapkan tanggungjawab diri – Mereka memahami dan sedia melaksanakan tanggungjawab hidup. Motivasi datang dari daya mengawal dan mengolah hidup berasaskan rukun dan tanggungjawab yang telah ditugaskan. Contohnya, ibu bapa menjalankan tanggungjawab mengasuh dan menjaga anak. Pekerja menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh majikan. Mereka setia dengan panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Ketiga: Niat menebus kebenaran dan maruah – Golongan yang telah banyak menerima tekanan emosi atau hinaan mempunyai suatu kekuatan dalaman untuk menebus maruah diri. Mereka hanya hendak tunjukkan bahawa diri mereka bukan seperti apa yang diperkatakan oleh orang lain. Mereka sering mengimbas kembali kesakitan lalu (akibat fitnah atau celaan) sebagai kekuatan untuk mereka terus maju ke depan. Semakin banyak hinaan yang diterima, daya perjuangan menjadi semakin kuat. Merka berkeupayaan menukar kemarahan kepada suatu tenaga perjuangan yang kental.

Keempat – Niat untuk membuktikan diri – Golongan ini berusaha mengejar kecemerlangan kerana dirinya hendak mendapat kepuasan dari kejayaan. Mereka mahu mengenengahkan bakat dan ketrampilan hingga ke tahap yang tertinggi. Mereka sedia korban apa sahaja sehingga mrncapai hajat diri. Golongan ini tidak mementingkan nama dan pangkat. Mereka hanya mahu merasa cabaran. Semakin sengit suatu pertandingan, semakin mereka suka. Mereka anggap hidup adalah suatu pertarungan. Niat membuktikan diri seringkali timbul dari minat dan kecenderunagn sejak kecil. Mereka mempunyai misi hidup untuk menjadi insan yang istimewa. Mereka bersaing dengan diri sendiri dan sentiasa berikhtiar untuk menerokai bakat yang terpendam.

Kelima – Niat untuk memberi kebahagiaan kepada yang tercinta- Golongan ini menjadikan kekasih mereka, adik atau ibu bapa sebagai tumpuan dalam erti mengejar kemewahan. Mereka hendak berikan hidup yang terbaik untuk mereka. Mereka hendak hantarkan anak mereka belajar di universiti. Mereka menjadikan jiwa berbakti sebagai erti kehidupan yang tertinggi. Mereka tidak pentingkan apa yang dimiliki, tetapi bagaimana menggunakan milik diri mereka dengan bijak demi kebahagiaan orang lain.

Keenam – Niat hendak membela bangsa dan negara – Golongan ini berjiwa patriotik. Mereka mahu melepaskan bangsa dari ancaman dan kecaman kehinaan. Mereka berikhtiar untuk korbankan apa sahaja untuk membela nasib bangsa tersayang. Golongan ini menjadikan kejayaan diri sebagai teras untuk mencapai tujuan tersebut. Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi. Mereka dikenal perwira bangsa. Niat ini timbul akibat kesedaran tentang masalah yang sedang menimpa generasinya.

Ketujuh – Niat hendak mendapat tempat yang mulia di akhirat – Kesedaran hidup selepas mati adalah suatu kekuatan yang mendorong insan tertentu memperjuangkan sesuatu. Mereka mahu mencapai kesempurnaan dan kemuliaan di dunia hanya sebagai paspot akhirat. Insan ini tidak menghendakkan pulangan materialistik atau sanjungan keduniaan. Mereka tahu, yang terbaik dan datang kemudian. Mereka terus menyemai benih kebahagiaan denga harapan ia akan bercambah dan berbuah kemudian.

Kelapan : Niat mendapat penghormatan – Golongan ini menjadikan kebanggaan diri sebagai teras perjuangan. Mereka mahu menjadi juara yang disanjung ramai. Mereka akan rasa nikmat kepuasan bila nama disebut ramai dan disanjung tinggi. Samada dalam Buku Rekod dunia atau disiarkan dalam suratkhabar. Motivasi diri berdasarkan rasa penghormatan adalah suatu dorongan yang menjangkaui kewangan, piala atau sijil. Ia adalah suatu nikmat kerana keupayaan mendapat perhatian ramai.
Apa sahaja jenis motivasi yang dimiliki oleh seseorang , cuba semarakkan dengan motivasi yang lebih hakiki di aspek lain. Semakin banyak niat yang dapat kita tanam , semakin utuhlahperjuangan kita.


CM telah mempunyai motivasi yang tinggi apabila ada seseorang yang telah memberi dorongan dan semangat untuk mencapai sesuatu kejayaan. TQ dia :)

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...