Wednesday, April 2, 2014

Affan Tomyam & western food

Kali ini CM nak kongsikan kedai makan yang best. Hehehe. Asal makan jer mesti best hahaha. Xde dah diet...hancurrrr. ok kali ni macam biasa kedai Thailand jadi pilihan. Maklumla peminat tomyamkan. Hari tu gi tukar cover Ipad adieb yang tak muat kat Tesco Setia Alam. Lepas tukar terus balik jer. Tak masuk pun shopping dlm tesco tu. Masa tu lepas isyak. Jadi dah alang2 keluar terus makan kat luar la. Mula2 ingat nak makan kat Restoren Abdullah Chan tapi tengok kat kedai tu penuh lak orang. Jadi tukar plan ke kedai belakang Restoren Abdullah Chan. Kat depan Restoren ayam penyet ada kedai yang agak meriah iaitu  Afnan Tomyam dan western food. Ni first time CM pergi. Nak try rasa jer macam mana sebab nampak kedai tu ada class. Hehehe. Kat kedai tu macam2 ada makanan Thailand. Antaranya somtam atau orang Malaysia panggil kerabu mangga atau betik atau macam2 kerabu lagi termasuk kerabu kaki ayam. Terbaiklah. Tapi CM x order pun benda tu. Kat situ ada jugak mee celup. Boleh katakan macam2 ada la. Yang best sekali nasi air atau bubur nasi. Macam2 lauk ada boleh pilih2 ikut citarasa antaranya ayam udang sotong telur dan lain2 lagilah untuk dimasukkan kedalam nasi air. Tapi CM mesti la order makanan febret iaitu tomyam. CM order tomyam seafood dengan telur dadar jer. Simple dan jimat hahaha. Manakala wife CM lak order nasi air kononnya nak suap kat Adieb la. Last2 dia yang makan. Pahtu mintak nasi tambah lak lagi makan dengan tomyam yang CM order. Terliur katanya. Tanya mula2 nak makan nasi atau tak?, dia cakap x nak. Last2 bedal lauk yang CM order Adehhh. Hahaha.. air lak CM order air tembikai dan wife CM lak order air barli. Rasa air not bad lecah dan tawar. Air CM bagi 1 bintang dari 5 bintang. X nak bagi takut kecik ati lak. Lain kali kena order air kosong jer sebab rasa air kosong dengan air tembikai tu lebih kurang sama jer. :) tomyam lak rasanya x kick. Maksudnya rasa xde sampai terangkat. Rasa tomyam tu ada tapi rasa sedap sgt2 tu xde. CM bagi 3 bintang jer. Nasi air ok, CM bagi 5 bintang lah. So kalau sape2 nak rasai pelbagai makanan Thailand boleh datang ke sini sebab semuanya ada disini. Tu jer yg best sebab semua ada tapi rasa kurang ada hahaha.. harga agak murah la jugak hehehe.  Berbaloi lah... :)
Menu 
 
Order Tomyam Campur, tapi yang sampai tomyam seafood
ada ikan lak tuh :)  

Nasi air
 
Ni la menu bajet yang diorder 

Related Posts:

  • Mengubati kekecewaanSebagai manusia kita memang takkan lari dari perasaan kecewa a.k.a di kecewakan dan sebagainya. Sukar untuk kita cari ketenangan dan kebahagiaan perasaan. Kebahagiaan tak datang bergolek, ia perlu di cari dan di usahakan. Kec… Read More
  • Dedikasi untuk wifeMalam ni CM nak coretkan dedikasi untuk wife. Selalu cite pasal sahabat jerkan. Kesian lak kat wife CM. :). Dia amat bermakna dalam hidup CM. Tanpa dia xdelah sampai disini CM sekarang. Perkenalan semasa ting 6 dulu tidak dis… Read More
  • Buang jauh2...Petang ni nak tulis sikit jer...Bila fikir balik banyak perkara yang CM buat pentingkan diri sendiri. Rasa macam diri ni betul jer apa yang dibuat dan orang lain semuanya salah. Perasaan jer kot. Padahal xde pun rasa macam tu… Read More
  • Kenapa CM Selalu update blog?Sejak dua menjak ni CM rajin mengupdate blog. Nak tahu kenapa? Jap lagi CM cerita. Kalau sebelum ni asyik copy paste jer dari blog orang lain tapi sekarang  ni banyak lak idea nak menulis. Biasanya orang yang tulis blog … Read More
  • Singkirkan Fikiran Negatif!Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif itu nantinya akan membentuk peribadi-peribadi skeptis, pesimis dan kalah sebelum bersaing. Daya saing seseorang menjadi sa… Read More

0 Komen: