Monday, April 28, 2014

Johan dikir barat hari belia peringkat KL

Pada 26.4.2014 satu pertandingan dikir barat hari belia telah diadakan di Taman Tasik Permaisuri Cheras. CM tidak melepaskan peluang untuk bersama menyertai pertandingab tersebut. Kumpulan CM yang diberi nama Sunang Detaga membuat latihan selama 2 hari saja untuk pertandingan tersebut. Alhamdulillah,  akhirnya kami menjadi juara bagi pertandingan dikir barat peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan mewakili KL ke peringkat kebangsaan nanti di Putrajaya pada 25.5.2014. Pada pertandingan itu nanti, setiap negeri akan ada wakil kumpulan masing2.  Semoga kejayaan akan berpihak kepada kumpulan kami. Insyaallah. 

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...