Wednesday, August 20, 2014

Alkisah adieb dan adriey

Dua hero comel CM merupakan orang yang paling CM sayang.  Hari2 berlalu penuh kebahagiaan dan kegembiraan. seronokkan tgk anak membesar depan mata dengan keletah lucunya dan sedikit nakal.

Ok mula2 nal cerita pasal Abg Adieb dulu. Anak sulung dn merupakan hero dalam keluarga. Tiada istilah takut kat orang.  Tak kira la sape yang dia jumpa mesti kena tolak. Yang sebaya dengan dia la. Kadang2 risau nak bawak jalan rumah orang disebabkan kenakalan dia tu semua barang dia sentuh. Huhu. Itulah adieb. Pengubat jiwa dan lara papa. Selalu kena cubit sebab cakap x nk dgr. Tp tu lah.. kita cubit dia, dia cubit kita balik. Silap ajaran. Hahaha.

Manakala Adriey pula dah nak jadi obesiti dah. Ikut papa dia la tu hahaha. Mana x obesitinya baru masuk 3 bulan dah berat 7.8 kg. Pampers kena pakai saiz L dah. Dasyat kn anak CM ni. Kalau balik sekolah mesti dua2 hero ni akan CM peluk. Hilang segala masalah di sekolah. Adib pulak seronok dgr dia cakp yea yea papa balik. .. heheh... adriey lak tersenyum tersengih sorang2 suruh papa dia ambik tu.

Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel dan menjadi penghibur dikala sunyi. Semoga anak2 CM menjadi anak yang soleh dan diredhai Allah selalu. Aminnnn.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...