Monday, July 8, 2013

Syarat minimum SPM 7A untuk mohon jadi guru


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.

Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - Bernama

Related Posts:

  • Isu Cikgu suka bermain Facebook di sekolahDalam isu cikgu-cikgu bermain facebook di sekolah, rasanya ramai yang ada pandangan yang berbeza. Seperti yang kita tahu, memang kebanyakkan sekolah sekarang samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah memang mempunyai … Read More
  • Cikgu 1Jadual waktu dan guru adalah ibarat isi dan kuku. Jadual waktulah yang menentukan pergerakan seharian cikgu di sekolah. Tanpa Jadual Waktu sekolah akan jadi haru-biru dan tenggelam punca. Selalunya jadual waktu ditampal d… Read More
  • Guru Tuisyen SambilanGeledah punya geledah kat internet jumpa la jawatan kosong ni bagi yang berminat sangat nak jadi guru . Untuk pengalaman awal, bolehla mohon guru tuisyen ni dulu sebagai persiapan untuk mohon KPLI atau DPLI nanti. Yang dah ja… Read More
  • Jenis dan Kategori Guru yang anda mungkin Tak TahuOk. Di sini, ada kategori bagi setiap guru yang anda mungkin tak tahu. Walaupun secara luarannya, nampak sama sahaja. Tapi ada perbezaan yang ketara antara guru-guru tersebut. Antaranya.. 1. Guru Tetap. Ini antara yang pali… Read More
  • 12 ribu GSTT TIDAK akan diberhentikanBeberapa hari lepas, aku dengar berita yang agak panas. Dengarnya, Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak t… Read More

0 Komen: