Thursday, July 11, 2013

Tak bersalah makan orang

Florida: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang dituduh membunuh dan kemudian memakan sebahagian mayat lelaki gelandangan di Connecticut didapati tidak bersalah atas tuduhan tidak siuman.
Tyree Lincoln Smith dari Bridgeport bagaimanapun akan menghabiskan seluruh hidupnya terkurung, di pusat rawatan jiwa, bukan di penjara.
Panel tiga hakim mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan Smith membunuh mangsa, Angel Gonzales tetapi pada mangsa sama, pihak pembela juga membuktikan tertuduh tidak bersalah kerana tidak siuman.

Keputusan itu disambut gembira oleh anggota keluarga mangsa.
“Keadilan sudah terlaksana. Saya tidak kira di mana dia ditahan asalkan dia dikurung selama-lamanya,” kata Talitha Frazier, adik ipar Gonzales.
Smith ditangkap tahun lalu dan dituduh membunuh lelaki gelandangan yang mayatnya ditemui di tingkat tiga sebuah bangunan tinggal di bandar itu, 39 hari selepas dibunuh.
FotoSMITH (kanan) bersama peguamnya di mahkamah, semalam.
Polis berkata, Smith berlumuran darah apabila memberitahu sepupunya, Nicole Rabb mengenai pembunuhan itu selepas terasa inginkan darah kerana merasa muak setelah makan steak aneh.
Dia menceritakan bagaimana dia membunuh Gonzalez dengan kapak dan menghancurkan muka serta kepala mangsa.
Smith kemudian memberitahu Nicole, dia memakan satu mata mangsa yang didakwanya rasa seperti kerang sebelum makan sebahagian otak mangsa di kawasan tanah perkuburan berhampiran.
“Smith memberitahu sepupunya bahawa kepala Gonzalez hancur sehinggakan dia boleh mengambil mata dan otak mangsa dengan mudah,” menurut dokumen mahkamah. - Agensi

Related Posts:

  • HILANG INGATANSatu tips yang menarik yang CM jumpa kat facebook iaitu tip hilang ingatan. Ingatkan tips pasal apa, rupanya tips cara2 nak menabung untuk tunaikan haji. bagus jugak tips ni yer. Semoga kami sekeluarga dijemput kesana nanti i… Read More
  • Ulang tahun perkahwinan yang ke 6Alhamdulillah,  13.9.2016 merupakan ulang tahun perkahwinan cm yang ke 6  dah.  Macam2 pahit manis Yang telah dilalii bersama. Itu mengajar erti hidup berumahtangga Yang sebenar. Susan senang sama2 harungi bers… Read More
  • Banner oh banner  Ada satu cerita seorang mamat ni, mula2 order dengan CM banner nak letak kat sekolah bini dia. Mula2 CM bagi la harga, tapi tersilap kira sebab di bagi dalam ukuran meter. So lepas 2 hari CM bagitau balik harga seb… Read More
  • Redha Yakinlah apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang2 jika kita turutkan hati kita yang kecewa boleh menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Apa pun yang berlaku, kita perlu redha dengan ketentuannya.… Read More
  • Koleksi hiasan kelasNi antara koleksi yang CM buat dan di tempah oleh cikgu-cikgu kelas. Yang paling best boleh tukar background ikut citarasa kita. No hal n xde caj pun. RM 10 jer jadual, carta, harijadi dan jadual tugasan setiap satu tu cikgu … Read More

0 Komen: