Friday, July 12, 2013

Tema “Aman Palestin” dan Perjuangan Perwira Negara di Lahad Datu Warnai Persembahan Dikir Barat

Irama dikir barat bertemakan Aman Palestin dan Lahad Datu berkumandang di Universiti Malaya (UM) sempena dengan Konsert Suara Dikir 2012 atau lebih dikenali sebagai NADI’14 anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) yang berlangsung baru-baru ini.

Lagu “Warisan Bangsa” dan “Palestin Diihatiku” menjadi pilihan kumpulan pendikir Red Warriors sebagai menghargai perjuangan perwira negara di Lahad Datu dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap saudara sesama Islam di Palestin. Manakala pendikir Akademi Arjunasukma mempersembahkan lagu bertajuk “Tinggallah Kasih” dan “Air mata Palestin”.

Pendikir Jahar Seruling Emas selaku Tok Jogho kumpulan Akademi Arjunasukma berjaya memukau hadirin dengan persembahan hebat walaupun beliau seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah cacat penglihatan. Turut membuat persembahan pada malam tersebut adalah Din Deewana daripada Dikir Warriors dan tiga orang tukang karut yang tersohor di kalangan pendikir iaitu, Suranelaya, Sinar Kencana dan Sunan Malaya.

Menurut Pengarah Projek, Muhammad Nor Akraminuddin Mohd Razihan, NADI’13 pada tahun ini berjaya menarik lebih ramai penonton berbanding pada tahun lepas.

“Selain warga UM, dikir barat ini juga turut dihadiri oleh wakil anak kelantan dari beberapa universiti lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan anak Kelantan di perantauan,” tambah beliau.

NADI’13 merupakan projek tahunan PMKUM yang bertujuan memelihara dan menyemarak irama dikir barat yang merupakan salah satu kesenian tradisi pantai timur yang diwarisi sejak turun temurun dan telah menjadi ikon kesenian di negeri Kelantan khususnya.

Persembahan dikir barat pada malam itu turut diselangi dengan acara cabutan bertuah dan diakhiri dengan persembahan lagu yang tersohor di kalangan rakyat kelantan iaitu “Wau Bulan”.



Persembahan dari pendikir Akademi Arjunasukma dan Dikir Warrior



Majlis turut diselangi dengan acara cabutan bertuah



Antara barisan pendikir lain yang turut membuat persembahan

sumber : website um

Related Posts:

  • Guru sandaran rayu sambung kontrak Sebahagian daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menunjukkan berita mengenai nasib mereka selepas tidak disambung tugas sebagai guru walaupun ada kenyataan pihak tertentu mengekalkan jawatan itu di Kangar, sema… Read More
  • NUTP cadang sistem penilaian baru untuk tujuan naik gaji07/01/2011 12:33pmKUALA LUMPUR, 7 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya melibatkan soal pergerakan gaji kakitangan dan … Read More
  • ARWAH IBU MELAWAT JENAZAH ANAKKisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jen… Read More
  • Larang guru kerja SabtuKUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakit… Read More
  • Jawatan GSTT di Negeri Melaka - Jan 2011JAWATAN:- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)(Sekolah Menengah negeri Melaka)SYARAT-SYARAT:1. Warganegara Malaysia2. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah3. Mempunyai kelayakan akademik y… Read More

0 Komen: