Thursday, July 25, 2013

KEMBAR SIAM : Tembikai Seberat 7.2 Kg Ditemui Di Tumpat

TUMPAT – Seorang petani terkejut apabila pokok tembikai tanpa biji yang ditanam mengeluarkan buah kembar siam seberat 7.2 kilogram di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian, di sini.
Mohamad Ibrahim, 48, berkata, dia menanam tembikai itu pada Mei lalu di atas tanah seluas dua hektar yang dulunya adalah tanah terbiar, diusahakan bersama empat petani.
Mohamad (kanan) bersama Penghulu Mukim Bunohan, Mohamad Yaakob menunjukkan tembikai kembar siam yang berbuah di ladang kontraknya di Kampung Kok Durian
“Ini kali pertama dalam hidup saya melihat tembikai kembar siam, ia sungguh pelik dan mengejutkan petani lain,” katanya.
Menurutnya, kewujudan buah tembikai kembar Siam itu disedarinya ketika memetik ratusan buah tembikai yang baru masak di ladangnya, kelmarin.
“Pada mulanya saya sangka buah itu berdekatan antara satu sama lain, tetapi apabila ditarik, rupanya ia melekat,” katanya.
Mohamad berkata, pada musim pendebungaan lagi, dia sudah menyedari kehadiran benih tembikai kembar ini tetapi tidak menyangka ia hidup subur.
“Adalah dua tiga bunga tembikai ini kembar, tetapi hanya satu hidup subur,” katanya.
Menurutnya, sejak tembikai kembar siam ini dijumpai dan dipamer di bangsal tembikainya, ia menjadi tarikan orang ramai.
“Kehadiran tembikai siam ini memberi rezeki kepada saya, sejak penduduk kecoh mengetahui adanya tembikai siam di sini, ramai yang datang melihatnya, sekali gus menjadikan jualan tembikai yang lain laris,” katanya.
Menurutnya, dia tidak bercadang untuk menjual tembikai tersebut kerana ia sesuatu yang unik untuk dijadikan kenangan, namun bimbang ia tidak tahan lama.
“Suatu hari pasti tembikai ini akan busuk dan akan hilang identitinya sebagai tembikai kembar siam,” katanya.
- Sinar Harian

Related Posts:

  • Dah mtk izin kambing katanya... Lawak giler CM baca tajuk berita nih. Ada ker mengaku x bersalah sebab dia ckp dh mtk izin dengan kambing. Apa punya kambing la manusia ni hahaha... Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan… Read More
  • Xde mood dah...Bermulalah part xde mood nak wt keje dah... mcm mana nak cari balik mood kerja yang telah hilang ni. Dah la keje banyak lagi menanti di depan ni. Baru bulan 3 jer dah  xde mood dah. Cerita lama berulang kembali dah. Hmmm… Read More
  • Kerja yang tak sudah Mencabar pulak rasa tahun ni jadi cikgu. Apa yang mencabarnya. Orang cakap senang jadi cikgu tapi hakikatnya kena kerja 24 jam. Huhu... rasa nak pitam pun ada sekejap memikirkan kerja yang tak habis2 ni... macam2 sistem ke… Read More
  • Baru dapat idea Setelah hampir sebulan dok fikir macam mana nak mulakan majalah sekolah ni akhirnya ptg ni baru dpt idea. Ideanya simple jer guna word jer buat. Tak payah nak susah2 fikir nak guna software pelik2. Sebelum ni CM ada … Read More
  • Siapa Admin Page Murtads in Pantai Timur? Masyaallah,  apabila orang islam yang dah murtad buat page dengan menghina agama islam, menghina Allah, menghina nabi.. mengucap panjang CM dibuatnya.  Mengapa ini boleh terjadi? tambah2 orang yang murtad ini orang… Read More

0 Komen: