Friday, May 16, 2014

Hadiah hari guru paling bermakna

Tahun ini buat pertama kalinya sejak menjadi guru CM x sambut hari guru di sekolah. Nak tahu kenapa? Sebabnya CM telah dianugerahkan hadiah yang paling bermakna dalam hidup sepanjang menjadi guru. CM menyambutnya di wad bersalin Hospital Selayang. Malam sebelum tu kan, bukan main lagi buat persiapan nak sambut hari guru kat sekolah. Baju batik dah siap potong untuk di pakai di hari guru tu. Latihan persembahan hari guru pun dah seminggu praktis.  Semangat sungguh rasa nak sambut hari guru. Tapi baby tak bagi sambut kat sekolah sebab dia suruh sambut dia kat hospital. Sambut hari guru bersama-sama baby yang kedua di hoapital. Tepat jam 8.00 pagi pada 16 Mei 2014, lahirlah seorang putera yang sangat comel. Ya Allah syukur sangat dikurniakan hadiah paling bermakna hari guru pada tarikh keramat 16 Mei. Dari Klang ke Selayang yang mengambil masa setengah jam pada jam 3.30 pagi cukup memberi kegembiraan yang bermakna kepada CM walaupun tak dijangka baby akan keluar pada hari 16 Mei. Syukur pada Mu Ya Allah.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...