Wednesday, May 25, 2011

Guru perlu hadir awal ke sekolah


Muhiddin Yusin (depan, tengah) menjawab soalan pada sesi dialog di Dewan Serbaguna Nabawan, Pensiangan, kelmarin.
Muhiddin Yusin (depan, tengah) menjawab soalan pada sesi dialog di Dewan Serbaguna Nabawan, Pensiangan, kelmarin.

PENSIANGAN 22 Mei - Semua guru di negeri ini perlu memastikan kehadiran awal mereka pada setiap sesi persekolahan sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, langkah itu penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap sesi persekolahan.

"Guru-guru perlu memastikan kehadiran mereka lebih awal di sekolah kerana mereka adalah fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar.

"Kehadiran awal guru ini amat penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pelajaran Negeri di Dewan Serbaguna Nabawan, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah, Osman Aganduk.

Menurutnya, komitmen tinggi guru amat penting dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.

Jelasnya, selain kehadiran murid di sekolah, kehadiran guru pada setiap sesi persekolahan merupakan komponen penting bagi memperkasakan pendidikan negeri.

"Ini kerana jika murid hadir tetapi guru tidak hadir sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik," katanya.

Dalam pada itu Muhiddin mengingatkan para guru dan kakitangan sokongan sekolah supaya tidak mengamalkan sikap menangguh kerja.

"Amalan ini menyebabkan banyak kerja atau tugasan tertangguh dan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang dikehendaki," ujarnya.

Related Posts:

  • KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARISPERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama… Read More
  • Terukir di BintangJika engkau minta intan permata Tak mungkin ku mampu Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba Ku hanya mampu jadi milikmu Pastikan kau bahagia Hati ini bukan milikku lagi … Read More
  • Pekan MundokMalam ni nak cerita tentang Pekan Mundok, Thailand.  Apa yang best sangat kat situ sampai orang nak pergi sangat? Bagi yang tidak kenal lagi Pekan Mundok, CM akan ceritakan secara ringkas jer. Pekan Mundok ni terletak di… Read More
  • Yakinlah Rezeki itu Jaminan AllahJika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. ---------------------- Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita leb… Read More
  • Cinta hatiku tak sihatApabila cinta hati CM tak sihat, macam2 perasaan datang.  Rasa sedih sangat2 bila tengok Cinta Hati CM tak sihat. Mula2 tu demam sikit jer lepas tu bawak la pergi mandi kolam. Semakin merebak demamnya sampai bengkak muka… Read More

0 Komen: