Thursday, May 26, 2011

Kementerian sudah lantik 6,148 Guru Sandaran Tidak Terlatih

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada tulisan Cikgu GSTT, Taiping, Perak dalam ruangan ini pada 6 April lalu yang bertajuk Mana surat panggilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)?

Dimaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk melaksanakan tindakan susulan supaya 13,184 GSTT yang berkhidmat pada 2010 dilantik semula pada sesi persekolahan 2011.

Sehubungan itu, tindakan berikut telah pun diambil:-

  • Mengenal pasti setiap GSTT yang terlibat, dan
  • Merangka tindakan untuk lantikan semula GSTT tersebut.
  • Sehingga kini, semua 13,184 GSTT yang dimaksudkan telah dikenal pasti. Mesyuarat Penyelarasan dengan semua Jabatan Pelajaran Negeri telah diadakan pada 16 Februari lalu bagi memaklumkan tindakan perlantikan semula GSTT tersebut.

    Sehingga 31 Januari lalu, kumpulan pertama seramai 3,560 orang telah dilantik semula oleh Jabatan Pelajaran Negeri di mana GSTT tersebut berada. Sehingga 31 Mac lalu, kumpulan kedua seramai 2,588 orang telah dilantik.

    Lantikan untuk kumpulan pertama dan kedua ini berjumlah seramai 6,148 orang.

    Baki GSTT berjumlah 7,036 orang sedang diusahakan untuk dilantik semula berasaskan taburan perjawatan di negeri-negeri dengan bilangan GSTT yang tersenarai serta menyesuaikan dengan opsyen yang diperlukan oleh sekolah.

    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Related Posts:

    • Rahsia kasih sayang lelakiUntuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak bersandiwara.  Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari tanda-tanda… Read More
    • Balik kampungEsok balik kampung setelah seminggu lebih bermulanya cuti sekolah masih tinggal kat klang selepas balik dari Sabah. Kalau dulu seronok jer nak balik kampung tapi sekarang keseronokan tu dah berkurang dah. Tak tahu apa puncany… Read More
    • Memerah idea bina cover album Hasil daripada seharian mengadap komputer akhirnya siap rekaan cover untuk album dikir cinta negara. Album ini adalah terbitan PENCINTA atau persatuan cinta negara naungan Datin Rosmah Mansor. Alhamdulillah setakat ni 80% da… Read More
    • Takuttt!!!Perkara yang Cm takuti sekarang ni ialah berat badan naik balikkkk. Argghh tidakkk! Tak sanggup dah nak besar balik. Tapi kenapa selera makan sukar nak dikawal sekarang ni. Kenapa semangat semakin berkurang sekarang ni... ken… Read More
    • SeganBercakap tentang segan ni semua orang perlu ada. Segan ni perlu ada dalam diri kita sebagai tanda kita menghormati seseorang. Sebagai contohnya kita segan nak bercakap tentang perkara yang mengarut dengan seseorang tanda kita… Read More

    0 Komen: