Thursday, May 26, 2011

Mana surat panggilan Guru Sandaran Tidak Terlatih?

SAYA merupakan salah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat lebih dua tahun. Saya ditamatkan kontrak perkhidmatan 31 Disember 2010.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, segala tugas dan amanah yang diberikan kepada saya dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa mengira waktu dan tempat. Ini termasuklah pada hari cuti umum sekiranya pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti luar seperti perkhemahan atau aktiviti sukan.

Di sekolah, kami juga tidak terkecuali bertugas seperti Guru Sandaran Terlatih (GST) yang lain seperti menjadi guru kelas, guru kadet dan sebagainya.

Tujuan saya memperincikan tugas ini bukan untuk mendabik dada atau mengungkit apa yang telah kami lakukan. Tetapi ia adalah sebagai renungan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya tidak mengabaikan nasib guru seperti saya. Apa yang membezakan GSTT dan GST adalah daripada segi ikhtisas sahaja kerana dari segi pengalaman dan mutu kerja ada antara kami yang lebih menyerlah berbanding GST.

Kenyataan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 3 Mac 2011 bahawa surat penamatan perkhidmatan yang diberikan kepada guru GSTT ditarik balik selain ingin menyerap golongan guru tersebut sebagai guru tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) amat menggembirakan 13,000 orang guru GSTT di seluruh negara. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Itulah perasaan kami.

Tetapi yang menghairankan sehingga kini berita tersebut yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri 'tidak sampai' kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Buktinya, sehingga kini kami guru GSTT masih belum menerima sebarang surat panggilan bertugas. Saya berasa amat sedih dan rasa seperti kami dipermainkan sedangkan kami percaya dengan prinsip kerajaan untuk mengotakan setiap apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Oleh itu saya berharap agar Timbalan Perdana Menteri meninjau sekali lagi sama ada arahan tersebut telah dilaksanakan oleh kakitangan KPM atau sebaliknya.

Kami guru GSTT sedia berkhidmat di mana sahaja asalkan kami berpeluang menjadi guru tetap. Kami tidak meminta lebih daripada itu. Yang kami pinta hanyalah renungan kasih pihak kerajaan tentang nasib kami guru GSTT di seluruh negara.

CIKGU GSTT

Taiping, Perak

Related Posts:

  • Ekspo Rantau PanjangBukan main teruja lagi diorang bawak jln2 ke tapak ekspo.  Macam2 nak naik mainan.  Pokai papa macam ni. Dapat naik dua benda jer sebab yg lain agak bahaya utk diorang.  Yang lucunya adriey sampai terkencing na… Read More
  • Pelombong jadi jutawan selepas jumpa tanzanite terbesar Seorang pelombong kecil di Tanzania bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan. Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-ma… Read More
  • Sedekah Lama jugalah termenung lepas saya jumpa kawan yang kematian isterinya semalam. Almarhum meninggalkan 3 orang anak selepas 2 minggu di hospital kerana jangkitan paru-paru. Suaminya ini dah lama ajak bersembang, namun kami … Read More
  • Pendengki Ni cm skrol2 terbaca status fb cikgu fadhly.  Sangat menarik tulisan beliau.  CM kalau pandai buat ayat camni mesti best blog ni hahaa.   So CM share utk tatapan semua pendengki. Payahnya hidup seorang… Read More
  • Rindu Itu satu ujian Kadang rindu itu datang dengan sendiri. Teringat kisah2 lama yang x akan kembali lagi. Rindu itu lumrah buat semua manusia. Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang… Read More

0 Komen: