Wednesday, May 25, 2011

Guru redah hutan untuk ke sekolah



MOHD. Fozi Ali memeriksa barang yang dipunggah dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya ketika berhenti rehat di jalan balak Hulu Tembeling, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 17 Mei - Jika para guru di kawasan bandar menikmati suasana ceria pada cuti hujung minggu, tetapi tidak kepada seorang guru di pedalaman Hulu Tembeling, dekat sini yang meredah hutan untuk ke sekolah.

Mohd. Fozi Ali, 37, antara 70 orang guru di lima sekolah rendah di pedalaman Hulu Tembeling yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini.

Guru yang berkelulusan Diploma Pendidikan dalam bidang Muzik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada 1998 telah berkhidmat di sekolah itu sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kesukaran berulang-alik dan memunggah barang keperluan setiap minggu ke sekolah memaksa dia menukarkan kereta sedannya dengan membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

''Kemudahan kenderaan itu untuk berulang-alik ke sekolah lebih selesa selain dapat membantu penduduk kampung memunggah barang keperluan dapur dari bandar Jerantut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Fozi memberitahu, dia tidak menyangka akan bertugas di sekolah itu kerana menganggap masalah pengangkutan dan jalan raya merupakan cabaran baru baginya.

''Saya terima cabaran bertugas di sini dengan rasa senang hati walaupun perit terpaksa berjauhan dengan isteri yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Maran," katanya.

Dia sebelum ini bertugas di sebuah sekolah di Jengka, Maran dan hanya seminggu sekali bertemu isteri dan anaknya di daerah itu.

''Saya berbangga kerana dapat menabur bakti di sini dan acuan yang cukup bernilai untuk membentuk pengalaman diri sebagai bekalan apabila berpindah ke bandar atau tempat lain kelak," ujarnya.

Related Posts:

  • Kaki bodek atau kaki kipas Isu kali ni agak hot sikit. Tapi dah itu ada dalam kepala sekarang ni, terpaksa CM tulis. Kalau tak tulis tak ingat lak. Ada satu kisah ni, seorang hamba Allah kalau depan bos lembut dan baik jer buat kerja. Semua cakap pasa… Read More
  • contact me Kepada sesiapa yang nak berkongsi link blog masing-masing atau nak  ajukan pertanyaan bolehlah hubungi moka pakai form ni.Jika nak kongsi  link. Masukkan link blog anda di sini. … Read More
  • Kisah Nyata : Keajaiban Kesabaran dan Kekuatan DO'A Seorang ISTERI Di Madinah ada seorang wanita cantik shalihah lagi bertakwa. Bila malam mulai merayap menuju tengahnya, ia senantiasa bangkit dari tidurnya untuk shalat malam dan bermunajat kepada Allah. Tidak peduli waktu itu musim panas… Read More
  • Antara kerjaya dan keluarga Alhamdulillah syukur pada Allah, kerana CM dipostingkan sama tempat dengan wife CM. Posting hari ini berkenaan tentang kerjaya dan keluarga. Agak sedih bila tengok kawan2 yang berjauhan dengan family apabila dipostingkan aga… Read More
  • Ujian Itu Hadiah Dari Allah Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenar… Read More

0 Komen: